Malaysia Mungkin Hantar 4 000 Bakal Jemaah Haji


Oleh AMREE AHMAD DR. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 malam ini.PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4,000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah fardu itu pada musim ini.
Bayangan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 malam ini.
“Alhamdulillah, setakat ini, pihak Tabung Haji sudah menyenaraikan 4,000 orang untuk layak menerima vaksin Covid-19 dan dijangka pergi ke Tanah Suci dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya moderator, Ahmad Shukri Yusoff yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan pada program berkenaan.
Forum bertajuk ‘Takut Allah atau Takut Covid-19 itu turut mencipta kelainan apabila dimulakan bacaan surah Yasin dipimpin Ahmad Tirmizi Ali dan disertai oleh kesemua mufti secara maya.
Malaysia pada tahun lalu tidak dapat menghantar bakal jemaah haji ekoran penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengekang penularan kes Covid-19.
Sebaliknya, negara itu hanya membenarkan 10,000 penduduk termasuk warga asing menetap di Arab Saudi sama ada bekerja atau belajar untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima itu.
Bagaimanapun, media antarabangsa awal bulan ini melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mungkin memberi kebenaran sebanyak 60,000 jemaah dari luar negara pada musim kali ini.
Zulkifli sebelum itu memberi bayangan kebarangkalian Tabung Haji tidak dapat menghantar 31,600 bakal jemaah pada kali ini disebabkan pelbagai syarat ketat ekoran wabak Covid-19 masih belum reda.
“Barang kali, kuota untuk setiap negara dikurangkan, cuma, saya belum lagi dapat makluman muktamad dari Arab Saudi, tetapi, insya-Allah, akan diberitahu dalam masa terdekat,” katanya.
Justeru, beliau berharap bakal jemaah sudah divaksin agar bersiap sedia kerana Arab Saudi dijangka menambah protokol kesihatan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat.
Ini termasuk hanya membenarkan jemaah cukup sihat dalam usia antara 18 hingga 60 tahun selain telah menerima imunisasi sama ada vaksin jenis Pfizer atau AstraZeneca sahaja.
Beberapa negara kemungkinan tidak menghantar jemaah haji mereka ke tanah suci bulan depan antaranya Indonesia dan Singapura atas faktor kebimbangan penularan lebih dahsyat wabak tersebut.
“Saya menaruh keyakinan Malaysia tidak akan menangguhkan penghantaran jemaah seperti tahun lalu dan berharap supaya ada juga dihantar walaupun sedikit bilangannya,” kata Zulkifli. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/malaysia-mungkin-hantar-4000-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Ada Lagi Kuota Rasmi Jemaah Haji Malaysia

Belum Ada Lagi Kuota Rasmi Jemaah Haji Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 259 hits
ZULKIFLI MOHAMAD Al BAKRI ZULKIFLI MOHAMAD Al BAKRI PUTRAJAYA Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji setakat ini mengakui belum lagi menerima jumlah sebenar kuota jemaah haji Malaysia bagi musim ibadah fardu itu kali ini Menteri di Jabatan Perdan...
Antrean Jemaah Haji Aceh 127 000 Masa Tunggu Berangkat Hingga 30 Tahun

Antrean Jemaah Haji Aceh 127 000 Masa Tunggu Berangkat Hingga 30 Tahun

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 230 hits
Sejak pandemi Covid 19 merebak yang mengakibatkan dua tahun pelaksanaan haji tertunda sebanyak 4 187 orang calon jemaah haji asal Aceh batal berangkat
Rekod 7 748 Lagi Kes Baru Jangkitan Covid 19 Malaysia Jangkau 600 000

Rekod 7 748 Lagi Kes Baru Jangkitan Covid 19 Malaysia Jangkau 600 000

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 269 hits
MALAYSIA NOW Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2 612 Pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas kanak kanak yang merupakan penduduk Sri Penara Cheras Sri Penara dikenakan PKP diperketatkan pada 28 Mei lalu sehingg...
Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 339 hits
Berita yang menggembirkan apabila Setem Khas Agong Ke 15 Bakal Dikeluarkan Pos Malaysia sempena stiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Ianya merupakan koleksi setem dan filateli khas yang terbaik Tambahan p...
Kemenag Tunggu Pengumuman Resmi Soal Saudi Izinkan Jemaah Haji Dari Luar

Kemenag Tunggu Pengumuman Resmi Soal Saudi Izinkan Jemaah Haji Dari Luar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 226 hits
Khorizi pun mengatakan pihaknya terus berkoordinasi dengan perwakilan Indonesia di Arab Saudi untuk mendapatkan perkembangan informasi resmi dari Khadimul Haramain
Covax Ships 828 000 Doses Of Covid 19 Vaccines To Malaysia

Covax Ships 828 000 Doses Of Covid 19 Vaccines To Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 322 hits
Joint News Release World Health Organisation Malaysia has received the second batch of COVID 19 vaccines shipped via the COVAX Facility or COVID 19 Vaccine Allocation Plan a partnership between the World Health Organization the Coalition fo...
Pandemi Dan Antrean Panjang Calon Jemaah Haji

Pandemi Dan Antrean Panjang Calon Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 259 hits
Penundaan keberangkatan haji 2020 dan 2021 mengakibatkan ratusan ribu calon jemaah haji Indonesia gagal ke Tanah Suci Menurut data kuota dasar jemaah haji Indonesia pada 2020 sebanyak 221 000 orang Belum termasuk kemungkinan tambahan 10 000...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang