Membicarakan Tentang Buku Dan Kesan Daripada Ekonomi



Anwar Ibrahim: Ulasan Buku "The Third Pillar" Oleh Raghuram Rajan

Ulasan Buku 'The Third Pillar' oleh Raghuram Rajan (Penguin Random House, 2019) Pandemik Covid-19 kini telah mengancam segala andaian dan pendapat terkait dunia yang serba rencam dan saling bergantung ini. Sebagai contoh, meski sejumlah besar wang dan tenaga diperuntukkan untuk membangun sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan juga tenaga hijau, bahan api fosil kekal sebagai sumber tenaga yang ampuh bagi sebahagian besar dunia. Negara-negara yang bergantung harap kepada bahan bakar fosil sebagai pendanaan, pertumbuhan dan pembangunan negara berasa selamat untuk beberapa dasawarsa yang mendatang. Namun, perangkaan yang sebegitu ternyata lesu dan hancur lebur tatkala serangan Covid-19. Dampak kejatuhan harga minyak dunia tidak hanya mengesankan negara-negara yang bersumberkan petrol dan gas, malah segala aktiviti eksplorasi dan pengolahan bahan mentah turut terganggu. Jutaan pekerja dan keluarga, termasuk para pekerja asing akan terlorong kepada pengangguran, ketidakamanan sosial dan perpindahan besar-besaran. Di Amerika Syarikat hanya dalam kira-kira empat minggu, 22 juta warga Amerika telah mengajukan pengangguran, sekaligus menghilangkan satu dasawarsa jumlah kenaikan pengambilan pekerjaan. Ini ternyata kadar pengangguran tertinggi di Amerika sejak zaman meleset (Great Depression) hampir 100 tahun yang lalu. Perkembangan ini semestinya akan membenam ramai warga dan keluarga ke dalam lembah kemiskinan, hilang tempat tinggal, bankrapsi, dan mungkin membawa kepada pelbagai gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, penyakit mental dan sebagainya. Dan ini belum mengambilkira gergasi-gergasi perniagaan yang bergantung kepada permintaan berterusan oleh Amerika demi kelangsungan mereka. Minggu ini saya menelaah semula buku berjudul ‘The Third Pillar’ karya Raghuram Rajan. Beliau adalah mantan ketua Royal Bank of India dan juga Professor Ekonomi di University of Chicago. Buku ini diterbitkan pada tahun 2019 sebelum kemelut Covid-19 bermula. Buku ini menggariskan tentang permasalahan kapitalisme yang tidak terkekang dan juga menganjurkan beberapa penyelesaian dan jalan keluar tanpa mengganggugugat segala yang ada saat ini. Membacanya tatkala perkembangan Covid-19 pada hari ini ternyata mengujakan. Intipati dari penghujahannya adalah bahawa di era globalisasi hari ini, pasaran dan kekuasaan politik sudah menjadi begitu ampuh dengan mengorbankan tonggak ketiga tata sosial yakni masyarakat. Dengan membiarkan masyarakat menjadi longlai dan lesu, maklumat penting yang hanya mampu diajukan oleh mereka telah hilang. Maklumat mustahak yang dimaksudkan adalah sifat kemanusiaan dan sikap belas. Tanpanya demokrasi dan kapitalisme hanya akan menjadi barah, ganas dan menghancurkan. Syarikat-syarikat gergasi dan tokoh-tokoh birokrat asing tidak akan memahami kesan perjanjian perdagangan ke atas sesebuah bandar kecil atau desa secara nyata. Masyarakat-masyarakat tersebut mampu mengatasi kesusahan hidup harian dengan bergantung pada perhubungan, jaringan tidak rasmi. Namun, kepercayaan dan sikap belas telah lenyap. Di sebaliknya adalah indvidu-individu tidak dapat menandingi kekuatan dalam pengemudian ekonomi global, dan sebahagian besarnya hanya menguntungkan para cukong dan kelas elit. Pemerkasaan masyarakat adalah sesuatu yang dapat mengimbangkan, malah membalikkan sebahagian unsur-unsur negatif terkait kapitalisme hari ini. Menurut Rajan, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dalam menerapkan kebijakan di sektor awam dan swasta bagi memupuk kebangkitan masyarakat. Pembangunan masyarakat tidak hanya terhad kepada khidmat sosial. Malah, masyarakat yang sihat dan berdaya adalah kunci kepada tata sosial yang stabil dan berukun. Kemelut Covid-19 telah sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada kekurangan yang wujud dalam infrastruktur masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang mati di rumah tanpa diketahui oleh jiran tetangga selama beberapa hari. Krisis ini juga menonjolkan semangat kemanusiaan yang jitu dalam mendukung dan membantu mereka yang memerlukan. Di seluruh dunia kita dapat menyaksikan kerajaan-kerajaan yang bertindak secara efektif dan tidak efektif dalam mendepani kemelut ini. Kita juga dapat melihat negara-negara yang masih terteguh nilai kemasyarakatannya seperti sikap belas dan ambil berat antara satu sama lain termasuk kepercayaan dan kreativiti. Ternyata mereka mampu untuk berhadapan dengan kekacauan dan ketidaktentuan ini dengan lebih baik. Apa yang penting, The Third Pillar memberikan hujah terperinci mengapa dunia perlu mencari titik keseimbangan baru antara negara, sektor swasta dan individu agar semua pihak diberi peluang yang saksama untuk kemakmuran dan martabat diri. ANWAR IBRAHIM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/membicarakan-tentang-buku-dan-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Royalti Dan Ekonomi Lepas Pkp

Kesan Royalti Dan Ekonomi Lepas Pkp

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 289 hits
sham ghazSekadar pandangan kecil saya bab minyak jatuh dulu sempat lah minat n fight untuk royalti Kelantan Terengganu Minyak Jatuh dan Kesan Kepada Malaysia Kelantan Terengganu Sabah dan Sarawak Yang jatuh tu adalah WTI West Texas Intermed...
Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

Buku Cerita Atas Talian Engkaulah Adiwiraku Ajar Anak Tentang Covid 19 Cara Santai

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 403 hits
Sebuah buku cerita atas talian baharu telah dihasilkan bertujuan untuk membantu kanak kanak memahami tentang wabak COVID 19 Pengisiannya telah disusun khas dengan kerjasama lebih daripada 50 organisasi yang bekerja di sektor kemanusiaan ter...
Covid 19 Jadi Perangkap Ekonomi

Covid 19 Jadi Perangkap Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 246 hits
Menurut laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia pula pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar akan menguncup sebanyak 2 61 pada 2020 Amat membimbangkan ialah kenyataan Bank Negara Malaysia yang laporannya menyebut bahawa pertumb...
Bagaimana Iraq Bertahan Sekatan Ekonomi Pbb 1991 Hingga 2003 Dr Azman

Bagaimana Iraq Bertahan Sekatan Ekonomi Pbb 1991 Hingga 2003 Dr Azman

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 250 hits
Iktibar dari Iraq dalam mengurus food security DALAM hal keselamatan makanan ketika berdepan dengan bencana jangka panjang model Kerajaan Iraq antara yang menarik Iraq sebenarnya sebuah negeri pertanian Kewujudan 2 batang sungai yang membel...
Perkenal Pertanian Model Baru Ekonomi Pasca Covid 19

Perkenal Pertanian Model Baru Ekonomi Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 239 hits
Oleh Mustaffa Kamil Ayub ULASAN Sektor sumber bekalan makanan adalah paling utama dan kritikal terutama di saat ini beberapa bulan dan tahun mendatang Di sini pentingnya kita melihat bahawa food security adalah penting tanpa terlalu bergant...
6 Bulan Lagi Ekonomi Menonggeng

6 Bulan Lagi Ekonomi Menonggeng

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 213 hits
Kredit MhDaily Tengok macamana Allah tentukan Alhamdulillah Jatuh je PH kita kena corona ni Bayangkan kalau PH memerintah lagi macamana ujar seorang teman aku semalam Sebab kita buat preparation dah lama bang Since December last year kita d...
Kejahatan Marak Yasonna Ekonomi Sulit Jangan Salahkan Napi Asimilasi

Kejahatan Marak Yasonna Ekonomi Sulit Jangan Salahkan Napi Asimilasi

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 298 hits
Menkum HAM Yasonna Laoly mengaku sudah menyiapkan sejumlah antisipasi atas dampak dampak yang terjadi usai membebaskan narapidana termasuk jika kembali berulah Namun menurut Yasonna kecil potensi para napi asimilasi melakukan kembali tindak...
Ekonomi Dan Politik Menggesa Pengakhiran Wabak Gambaran Keseluruhan Untuk Mata Wang Cad Dan Jpy

Ekonomi Dan Politik Menggesa Pengakhiran Wabak Gambaran Keseluruhan Untuk Mata Wang Cad Dan Jpy

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 304 hits
Pemacu utama pasaran global berisiko adalah situasi politik di Amerika Syarikat yang berkait langsung dengan pilihan raya pada November Ekoran krisi ekonomi yang tidak dapat dielakkan penilaian pemilihan Trump semakin menurun memaksa beliau...
Pm Thailand Rayu 20 Terkaya Bantu Bangun Ekonomi Negara

Pm Thailand Rayu 20 Terkaya Bantu Bangun Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 320 hits
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o cha berkata beliau akan menemui 20 orang terkaya di negara ini untuk mendapatkan bantuan bagi menangani kemerosotan ekonomi akibat wabak Covid 19 Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah