Membendung Arus Kebangkitan Konservatisme Agama Di Malaysia Siri 1


Membendung arus kebangkitan konservatisme agama di MalaysiaMari kita cipta dan sebarkan naratif tandingan kita sendiri yang inklusif dan adil agar menjadi benteng melawan konservatisme agama



 
Aliran dan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini menganjurkan forum di George Town, Pulau Pinang mengenai “Kebangkitan konservatisme dan masa depan hak wanita dan demokrasi Malaysia“.

Forum itu menampilkan empat penceramah: pengarah eksekutif SIS Rozana Isa, Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthurirani Patto dan setiausaha kehormat Aliran Dr Azmil Tayeb. Ia dikendalikan oleh Karen Lai dari Women’s Centre for Change.

Dorongan bagi diadakan forum ini bermula dengan keperluan bagi NGO seperti SIS untuk meluaskan jangkauannya ke luar Lembah Klang. SIS telah melakukan banyak kerja yang layak dipuji dalam mempertahankan dan memajukan hak wanita di Malaysia, khususnya melalui program Telenisa.

Program ini menyediakan nasihat perundangan secara percuma kepada wanita Islam – 75% daripadanya adalah daripada 40% isi rumah termiskin – yang menghadapi kesukaran luar biasa untuk memahami sistem mahkamah Syariah dalam kes yang melibatkan perceraian, poligami, nafkah dan harta sepencarian.

Kebanyakan orang Melayu hanya mengenali SIS sebagai pertubuhan “sesat” berdasarkan fatwa (syor agama) yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Namun, usaha SIS yang mengagumkan dalam membantu kaum wanita Melayu yang miskin dan lemah untuk memperjuangkan hak mereka dalam sistem mahkamah Syariah yang patriarki itu sebahagian besarnya tidak disedari oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, adalah sebuah keperluan bagi SIS untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti di luar Lembah Klang bagi menyucikan penyelewengan yang tidak adil ke atas SIS dan mempamerkan kerja penting dan bermakna yang dilakukan mereka.

Enakmen Islam baharu yang baru diluluskan di Terengganu baru-baru ini yang memusykilkan serta menindas ini menyuntik keperluan mendesak untuk menganjurkan forum awam untuk membincangkan ancaman yang ditimbulkan oleh konservatisme agama terhadap hak individu orang Islam dan bukan Islam.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Enakmen baharu Terengganu itu bertujuan untuk ‘memperbaiki’ kanun jenayah Syariah negeri dengan menjenayahkan bomoh dan sihir, wanita hamil atau mereka yang bersalin di luar nikah, wanita ‘berlagak’ seperti lelaki, serta mereka yang bertujuan melakukan liwat. Hukuman bagi kesalahan ini ialah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.



READ MORE:  'Pulau' horror for conservatives

 

Cukup memeranjatkan bagaimana cerdik pandai agama di Terengganu boleh menghasilkan enakmen ini pada ketika negara – dan dunia – sedang mengalami peningkatan kos sara hidup dan bersiap sedia untuk menghadapi kemelesetan global yang semakin meruncing menimbulkan rasa tidak percaya. Ia menunjukkan kekurangan belas kasihan dan empati oleh para konservatif agama yang menanggapi mereka ini telah tersasar dari jalan yang benar.

Enakmen hukuman yang tidak diperlukan ini gagal mempertimbangkan masalah sistemik yang membawa kepada kes kehamilan luar nikah di kalangan wanita Melayu.

Daripada menghukum wanita-wanita ini, yang berkemungkinan besar dari golongan miskin dan kurang berpendidikan, mungkin apa pihak berkuasa Islam negeri Terengganu harus lakukan adalah untuk melindungi hak-hak wanita ini dengan lebih baik, menangani ketidakadilan sosioekonomi yang mereka hadapi, dan membantu untuk merumuskan sebuah program pendidikan seks yang komprehensif dapat dijalankan selain dari hanya berpantang seks semata-mata.

Kekurangan belas kasihan dan empati di kalangan penganut agama ini juga jelas dalam hingar-bingar baru-baru ini mengenai projek Kementerian Kesihatan bagi memperkenalkan ubat profilaksis pra-pendedahan (PrEP) di beberapa hospital kerajaan terpilih sebagai sebahagian daripada usaha pengurangan bahaya untuk memerangi penyebaran virus HIV/Aids.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/membendung-arus-kebangkitan_26.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ritual Agama Melaungkan Azan Bukan Berlaku Di Malaysia

Ritual Agama Melaungkan Azan Bukan Berlaku Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 177 hits
Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Susulan sebuah video berdurasi 2 27 memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan yang tular di media sosial ketika ini MCMC ingin memaklumkan bahawa
Menteri Agama Nak Simpan Lagi Kah Ini Ni Banyak Walaun Dalam Yadim Banyak Lagi Yang Berbakat Dalam Malaysia Ni

Menteri Agama Nak Simpan Lagi Kah Ini Ni Banyak Walaun Dalam Yadim Banyak Lagi Yang Berbakat Dalam Malaysia Ni

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 300 hits
Kepada Senator tengokkan sikit Jangan sampai MEMUDHARATKAN ker jaan PERPADUAN Kenapa mereka masih pegang jawatan ni
Krisis Telur Berbulan Bulan Adakah Ayam Malaysia Sudah Mandul Ppim Samudera My 18 01 2023

Krisis Telur Berbulan Bulan Adakah Ayam Malaysia Sudah Mandul Ppim Samudera My 18 01 2023

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR 18 Januari 2023 Krisis telur yang berlarutan sejak berbulan bulan meninggalkan sebuah tanggapan adakah ayam di Malaysia sudah mandul sehingga tidak mampu lagi untuk bertelur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerusi hantaran d...
Sejarah Malaysia Vatican Jalin Hubungan Rasmi Melalui Najib Razak

Sejarah Malaysia Vatican Jalin Hubungan Rasmi Melalui Najib Razak

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 223 hits
ROME VATICAN CITY NAJIB Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir Rom semalam Turut serta Dr Koh Tsu Koon Jamil Khir Baharom Bernard Domp...
Michelle Yeoh And Malaysia Madani

Michelle Yeoh And Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 426 hits
Academia is the death of cinema It is the very opposite of passion Film is not the art of scholars but of illiterates Werner HerzogLike Zan Azlee I did not like the movie Everything Everywhere All At Once The last good role I saw Michele Ye...
Aktiviti Program Wacana Membangun Negara Madani Dan Amanat Perdana Menteri Untuk Malaysia Ppim 19 01 2023

Aktiviti Program Wacana Membangun Negara Madani Dan Amanat Perdana Menteri Untuk Malaysia Ppim 19 01 2023

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 228 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri ke Program Wacana Membangun Negara Madani dan Amanat Perdana Menteri Untuk Malaysia anjuran Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Institut Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Antarabangsa P...
Cadangan Tarikh Cuti Panjang Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Cadangan Tarikh Cuti Panjang Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 240 hits
Cadangan Tarikh Cuti Panjang di Malaysia Sepanjang Tahun 2023 Mesti ramai sudah tidak sabar untuk merancang percutian pada tahun 2023 ni kan Untuk artikel kali ni saya nak kongsikan beberapa tarikh yang sangat sesuai untuk korang plan pergi...
Maksud Konsep Rukun Malaysia Madani Yang Diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Maksud Konsep Rukun Malaysia Madani Yang Diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 272 hits
Malaysia Madani 6 Rukun Maksud Konsep Pelaksanaan Malaysia MadaniPada 19 Januari 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dih...
Malaysia Madani Apa Maksud Sebenar Madani Yang Nak Diterjemahkan

Malaysia Madani Apa Maksud Sebenar Madani Yang Nak Diterjemahkan

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 316 hits
Semalam berlangsung amanat khas perdana menteri Membangun Malaysia Madani sebuah konsep yang tidak asing bagi mereka yang meneroka gagasan pemikiran Anwar Ibrahim Berbanding Malaysia konsep masyarakat madani ini lebih mendapat perhatian di ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco