Membenci Perpaduan Sesama Islam Sikap Syaitan Timbalan Mufti Perak


https://i0.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/03/20190308-timbalan-mufti-perak-perpaduan-islam.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
PERPADUAN sesama Islam adalah suatu tuntutan dari Allah SWT. Membiarkan bahkan menggalakkan umat Islam terus bercerai berai adalah sangat bersalahan dengan perintah Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Aali Imran: 103)

Ia adalah satu kekuatan yang tidak boleh diabaikan dan memberi kesan yang besar jika tidak diberi perhatian sewajarnya. Musuh-musuh Islam akan menggunakan peluang dari hasil perpecahan sesama umat Islam untuk melemahkan umat Islam dan akhirnya menjadikan umat Islam seperti bidak-bidak di papan catur untuk diatur uruskan oleh musuh-musuh mereka sendiri.

Firman Allah SWT: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

Apa yang berlaku di hadapan mata samada di luar atau di dalam negara kita sendiri telah membuktikan betapa benarnya firman Allah bahawa selama mana umat Islam melakukan maksiat dan kemungkaran, melepaskan tangan mereka dari terus memegang kemas “tali Allah” dan melucutkan pegangan terhadap “tali penyambung sesama umat” maka kehinaan akan menimpa umat ini seperti yang berlaku juga kepada umat-umat terdahulu.

Rasuah, salah guna kuasa, LGBT termasuk dalam kumpulan maksiat dan kemungkaran, namun jangan dilupakan terus menggalakkan perpecahan sesama umat Islam juga satu maksiat yang sebaris dengan maksiat-maksiat tadi.

Firman Allah SWT: “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah (kembali berpegang dengan agama Allah ) dan adanya sebab dari manusia(menghubung kembali hubungan sesama manusia). Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan).” (Aali Imran: 112)

Kita sebagai umat Islam di negara ini sepatutnya merasa gembira apabila ada usaha-usaha penyatuan antara umat Islam. Perbuatan terus melaga-lagakan umat Islam dan merasa tidak tenteram dengan usaha menyatupadukan umat Islam khususnya di negara ini adalah mirip sasaran kerja syaitan yang mereka ikrarkan untuk terus melihat orang beriman bercerai-berai. Mereka sanggup menggunakan apa cara sekalipun samata-mata untuk mencapai hasrat yang keji itu.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Al-Maidah: 91)

Sebagaimana kita rancak berkempen untuk perpaduan berbagai kaum di Malaysia ini demi membina sebuah negara yang kuat, maju dan dihormati namun yang lebih utama adalah mengajak majoriti penduduk negara ini di kalangan umat Islam agar bersatu padu.

Perpaduan umat Islam di negara ini sangat penting kerana ia adalah tulang belakang kepada negara ini dan perpecahan sesama umat Islam akan membahayakan kepentingan-kepentingan Islam yang sekian lama terpelihara di negara ini. Sudah tentu perpaduan umat Islam di negara ini mesti didasarkan kepada ajaran-ajaran Islam, bersatu atas dasar aqidah Islamiyyah dan merapatkan saf sesama muslim untuk mendaulatkan Islam di dalam kehidupan dan hidup bernegara.

Hendaklah kita memelihara diri kita dari sifat “kesyaitanan” apabila merasa selesa apabila melihat umat Islam berterusan berpecah dan sinis terhadap usaha menyatupadukan umat Islam.

Sahibus Samahah Haji Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak


Kenyataan Lim Guan Eng berkaitan kerjasama UMNO-PAS berbaur hasutan – Ka Siong
https://pakdin.my/kenyataan-lim-guan-eng-berkaitan-kerjasama-umno-pas-berbaur-hasutan-ka-siong/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.daengselili.space/2019/03/blog-post_70.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FvMNZX+%28%D8%AF%D9%85%D9%8A+%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%8A%D9%88+%D9%84%D9%88%DA

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejak Bila Seru Perpaduan Melayu Islam Dianggap Satu Kesalahan Perkauman Tok Mat

Sejak Bila Seru Perpaduan Melayu Islam Dianggap Satu Kesalahan Perkauman Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 308 hits
SEMENYIH 1 Mac 8211 Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan mengapa setiap kali bercakap berkaitan Melayu dan Islam akan dituduh rasis Jelas beliau adakah Malaysia baru yang dikatakan membuka pintu kepada ...
India Tindas Umat Islam Kashmir Sikap Ph Bagaimana

India Tindas Umat Islam Kashmir Sikap Ph Bagaimana

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 345 hits
PENUNJUK perasaan menuntut keamanan berikutan ketegangan di Kashmir ketika di Lahore Pakistan kelmarin AFPISLAMABAD 4 MAC INDIA didakwa melakukan penganiayaan terhadap umat Islam Kashmir semasa operasi pasukan keselamatan kerajaan memerangi...
Insulting Islam Heavy Sentence For First Timers Excessive Says Ex Mufti

Insulting Islam Heavy Sentence For First Timers Excessive Says Ex Mufti

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 299 hits
The 10 year sentence imposed on a first time offender who insulted Prophet Muhammad is excessive said former Terengganu mufti Ismail Yahya The Star today reported Ismail s reaction towards the case of 22 year old Alister Cogia from Sarawak ...
Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 357 hits
Mempertahankan dan memuliakan Rasullullah SAW adalah menjadi kewajipan buat umat Islam serta haram sama sekali menghina Baginda Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata menyintai Rasulullah SAW juga termasuk dalam ke...
Berhenti Hina Islam Dan Jadikan Ia Trend Mufti Nasihatkan Non Muslims

Berhenti Hina Islam Dan Jadikan Ia Trend Mufti Nasihatkan Non Muslims

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 426 hits
Oleh JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN Nampaknya masih ada lagi posting posting yang JELAS menghina Islam oleh bukan muslim Ertinya hal ini seperti ingin dijadikan trend oleh sesetengah pihak Ia bukan lagi kes...
Informasi K Tan Penuhi Keperluan Rakyat Bina 5 000 Rumah Mampu Milik Islam

Informasi K Tan Penuhi Keperluan Rakyat Bina 5 000 Rumah Mampu Milik Islam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 342 hits
Dr Izani Hussin melakukan gimik perasmian Projek Taman Jepun Bina 5 000 rumah mampu milik penggal lepasKOTA BHARU Pada penggal ke 13 sebanyak 5 000 unit rumah mampu milik dibina di seluruh Kelantan bagi memenuhi keperluan rakyat Pengerusi J...
Kit Siang Takes A Dig At Islam

Kit Siang Takes A Dig At Islam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 255 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang pointedly asked today if spreading lies and fabrications were consistent with Islam s Shariah or way of life In a statement alluding to Opposition party PAS the DAP leader questioned how the Islamists reconc...
Sikap Bangsat Manusia Punca Krisis Pencemaran Gas

Sikap Bangsat Manusia Punca Krisis Pencemaran Gas

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 425 hits
1 Sekolah di Pasir Gudang banyak dah ditutup setelah ramai pelajar jatuh sakit akibat terhidu gas beracun kesan dari pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim oleh manusia bangsat Semua guru dan pekerja sekolah juga telah diarah...
7 Sikap Buruk Tetamu Majlis Kahwin

7 Sikap Buruk Tetamu Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 1005 hits
PERKAHWINAN merupakan satu detik bersejarah buat pasangan mempelai yang sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga Biasanya selepas akad nikah majlis resepsi diadakan untuk meraikan tetamu sebagai memenuhi tuntutan agama agar sesebuah ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn