Membantu Anak Cepat Membaca Cara Syu
Antara masalah yang sering Syu alami setiapkali ajak anak membaca; anak lari, hilang tumpuan, anak give up, anak tak enjoy dan stres.huhu whats next? Haaa ibu nya pula 'ter' marah dan 'ter' hangin, 'ter' singa dan bermacam-macam 'ter' lagi kerana frust dangan respon anak. At the end, apa pun tak menjadi! pfftt~
Gambar: theAsianparent
If you know, you know.. ye dan Syu sedang melalui fasa ini. Sebab tu orang kata nak ajar anak, kena ada ilmu. Bukan ilmu akademik semata-mata, tapi ilmu pengasuhan dan handling adalah lebih crucial. Sebab hanya dengan ilmulah kita sedar bahawa lain anak lain level nya
Terapkan MinatStep paling penting bagi I adalah minat. Minat itulah yang akan menentukan how focused they are in learning session. Minat juga akan mempengaruhi motivasi anak, juga memudahkan proses kefahaman anak dalam pembelajarannya
Yes. Ianya proses.
So bila kita kata proses, semesti nya akan ada jangka waktu yang diperlukan sebelum nak dapat hasil. Penting untuk mommies semat dalam minda perkara ni, sebab kita as parents memang cenderung untuk kejar dan nak cepat je dapat hasil tu, sehingga mengabaikan nilai-nilai yang anak boleh kutip semasa proses itu berjalan
Hadam dan faham betul-betul, bahawa minat hanya akan hadir dengan kasih sayang, senyuman, kreativiti, semangat ingin tahu yang meluap-luap serta di dalam suasana yang menyeronokkan.
Silap Syu selama ini adalah meletakkan stres dalam mengajar anak. Bila stres, maka hilanglah kemesraan. Bila hilang kemesraan, suasana tidak akan lagi menyeronokkan. Tegang. Bila suasana tegang, stres makin bertambah. Akhirnya, mak nya frust, anak pun hilang minat dan fokus
I selalu lupa untuk terapkan kemesraan itu dengan anak-anak bila waktu mengajar.
Pelik
Dalam keadaan biasa, I boleh je sembang santai-santai dengan anak, bertukar cerita dan pandangan dengan anak-anak. bahkan I selalu share kisah I zaman kecil, masa I sebaya mereka. Tapi entah roh apa yang merasuk, bila time belajar, I tak boleh jadi semesra itu. Sigh~
Sabar itu susahnya nak datang. Hanya dengan ilmu je kita boleh lalui proses ini dengan sabar
Ya, hari-hari kita bercakap dengan anak. Betul, ianya komunikasi, tapi is it a real communication atau sekadar "lontaran arahan" semata-mata? huhu
The sad truth is memang dalam 10 bicara I dengan anak, 8 darinya adalah perintah/order
"Abang Naufal, sidai tuala ni" "Eh heyy, kasut tu kenapa awak tak susun semula atas rak?" "Abang! Mainan ni simpan sekarang sebelum ibu sapu semuanya keluar"
Silap ibu tak perasan terbuat semua perkara itu
Sedangkan I sendiri pun selalu akan rasa malas nak dengar orang suruh sesuatu bila di paksa dan marah. Sahihnya I lebih selesa dan suka berbual dengan seseorang yang selalu bagi tips dan buah fikiran
So, dapat dah hint di situ
Yes tepat! Key point nya adalah kemesraan
Kemesraan merupakan faktor yang penting dalam mendorong anak senang mendengar dan ikut apa yang kita ajak dia buat. So sebelum anak boleh membaca dengan fokus, ibu kena terapkan dulu kemesraan antara anak, ibu dan buku
Boleh cuba bacakan dahulu buku untuk anak dan buat dalam keadaan santai, deskriptif, dan interaktif. Bukan ibu syok sendiri baca buku ye
Membacakan buku kepada anak memang jarang dibuat dalam masyarakat kita. Berbanding negara barat, mereka membudayakan 'bedtime story' seawal anak berusia 8 bulan. eh~Faham ke budak tu? Bacakan buku kepada anak 8 bulan?
Haa konsep 'bedtime story' ni sebenarnya lebih kepada nak membiasakan anak-anak jatuh cinta dengan buku melalui cerita yang kita perdengarkan kepada mereka.
Tu silap kita. Sebab hanya menekankan minat anak baca buku sedangkan sebelum tu tak pernah usaha nak biasakan anak jatuh cinta dengan buku dulu. Sekarang pilihan di tangan mak, di tangan ayah
Ayuh make a move. Buat perubahan. As for me, I akan mula dengan anak-anak sendiri dulu. Dan insyaAllah, you all juga mommies daddies out there yang membaca blog I ni. I know I bukan retis, bukan public figure. Tapi I yakin, setiap perkongsian di sini pasti akan memanfaatkan paling tidak pun, seorang
Thanks for reading my blog
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2019/11/bantu-anak-fokus-membaca.html