Membakar Hobi Minat Ibarat Membakar Bakat Yang Ada


Assalamualaikum
Bismillah
Aku tak nak ulas berkenaan cerita viral. Apa yang aku nak kongsikan ialah setiap orang mempunyai hobi masing-masing. 
Mempunyai hobi merupakan suatu perkara yang baik cuma jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang lain. 
Aku percaya setiap orang mempunyai minat masing-masing. Aku sendiri sejak dari kecil sudah mempunyai hobi menulis. 

Dan antara kesukaan orang yang minat menulis ini dia cenderung untuk simpan koleksi seperti :Peralatan menulis - Pen, warna, highliter, pembaris, pensel dllBuku - Kertas warna, buku nota, buku ring, buku cover keras dll.Stickers - Pelbagai jenis stickers jurnal Washi tapeGunting, gam, double side tape, selotapeDesk organizer - Rak-rak bukuLampu perhiasan Aksesori laptopSebenarnya ada banyak lagi yang hanya orang yang betul-betul minat menulis sahaja tahu. Nampak barang tu tak banyak mana pun. 
Sekecil-kecil barang RM2 kalau dibeli 1 plastik memang makan puluhan ringgit juga. Malah ada yang sampai ratusan ringgit

Cuma yang mak aku tak suka tu, aku suka sepahkan barang dengan kertas sampah. Selepas menulis dan hias buku nota aku tak kemas. Part ini aku memang kena bebel habislah. 
Seiring dengan peningkatan usia hobi dan minat ini boleh berubah. 
Aku dulu memang minat menulis cuma mampu beli buku nota sahaja. TETAPI SEBAB HOBI & MINAT, aku sanggup kumpul duit beli peralatan untuk menulis.
Bulan ni beli kertas warna, bulan depan beli pen warna walaupun pen aku dah banyak. Hahaha~
Nak sesuatu tetapi tak mampu nak beli pada ketika itu sebab masih sekolah. Duit belanja pun minta ibu bapa. Nak guna duit ibu bapa pun kadang berfikir kali-kali sebab sebagai anak pun faham, ibu bapa dah susah kerja untuk kita. 
Sekarang kerja pun berdasarkan minat juga. Dah boleh beli laptop, meja, alat aksesori dan peralatan menulis sendiri. 
Selain minat menulis, aku juga suka menonton Anime. Disebabkan kami adik beradik minat anime, di rumah ada koleksi 6 hardisk. 
Tetapi hobi atau minat sesuatu perkara yang kita tak boleh nak halang. 
Adakah menggunakan cara yang HALAL atau HARAM untuk memenuhi keinginan kita?Apabila sesuatu perkara yang kita minat dan mahukan tu kita tak dapat. Kita pasti akan cuba cara lain untuk dapatkan apa yang kita mahu

Dan di sinilah yang kita perlu ambil perhatian! Cara Yang HaramUntuk mendapatkan apa yang diinginkan, boleh jadi kita mencuri barang orang lain.Nampak macam mudah kan? Tetapi ianya benar-benar berlaku. Sebagai contoh, di sekolah pada ketika itu 'trend' semua minat Anime. 
Semua orang ada koleksi barang anime. Nanti akan ada sifat cemburu dan iri hati antara kawan-kawan sebaya. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mampu miliki apa yang orang lain ada

Sama-sama pun minat juga, tetapi tak mampu. Akhirnya sebab nak dapatkan apa yang diinginkan sampai mencuri barang orang lain.
Kalau tak curi barang kawan, mungkin mencuri duit ibu bapa sendiri. Kita tak tahu apa yang anak-anak kita fikir tau

Sekali mencuri kalau tak tertangkap, ia akan jadi terbiasa untuk mencuri kali kedua.. ketiga dan seterusnya.

Cara Yang HalalBagi sokongan dan dorongan dengan bersyaratApabila anak minat sesuatu tak salah untuk bagi sokongan dan dorongan dengan apa yang mereka minat cuma dengan bersyarat. 
Sebagai contoh, kalau exam nanti dapat result lebih baik dari sebelum nie. Naikkan duit belanja. 
Ataupun apa yang anak kita tak suka buat, kita bagi reward dengan hadiahkan apa yang mereka suka. 
Sebagai contoh, kita hadiahkan 'meja belajar' kalau anak hafal 1 juz Quran. Kita hadiahkan 'Buku Kitab' kalau anak dapat puasa penuh Ramadan

Kalau anak minat kumpul koleksi kpop, poster dan sebagainya. Tak salah yang penting kita sendiri pantau minat anak. Sentiasa ingatkan anak untuk solat 5 waktu, jaga aurat, dan jangan taksub. 
Aku faham ada sesetengah ibu bapa tak mampu nak penuhi keinginan anak. Aku sendiri datang daripada keluarga yang susah. Apa yang aku mahu beli aku cuba untuk usaha seperti kerja part-time, jual keropok, buat kerja freelance

Kalau ada kemahiran tertentu seperti menjahit, memasak, servis kereta, servis laptop boleh jadikan kemahiran tersebut untuk jana pendapatan.Membakar Hobi Ibarat Membakar Bakat Yang AdaBagi aku membakar hobi ibarat membakar bakat yang ada. Waktu remaja kita suka mencuba banyak benda, terikut dengan trend, dan rasa tak nak ketinggalan. 
Pada waktu ini kebanyakkan remaja sedang mencari hala tuju mereka. Siapa diri mereka? Jadi jiwa remaja mudah untuk terpengaruh dengan keadaan sekeliling. 
'Perasaan suka mencuba' yang membuak-buak

Kalau tidak dipantau dan didorong minat mereka ke arah sesuatu yang lebih baik, kemungkinan besar untuk terjebak ke arah sesuatu yang tak baik.
Zaman kita tak sama dengan zaman anak-anak kita sekarang. 
Daripada hobi dan minat itu kita boleh lihat sendiri potensi atau bakat yang mereka ada. 
Aku ada 8 orang adik-beradik, semua mempunyai minat yang berbeza. 
Adik lelaki aku mempunyai hobi dan minat sebagai photographer & videographer. Dan hobi dia nie memang antara hobi yang mahal antara kami semua. Nak beli camera bukan murah! Beli kamera pun dengan duit biasiswa. 
Ibu bapa tak halang cuma tak mampu nak support minat adik sebab nak beli aksesori kamera dia pun boleh habis duit gaji. 
Aku memang selalu bagi dorongan dan sokongan dengan apa yang adik aku suka. Aku selalu kata minat dia boleh jana pendapatan pada masa akan datang kalau dia betul-betul ada passion dengan apa yang dia minat. 
Adik aku seorang pula suka memasak, melukis dan buat jurnal.
Disebabkan adik aku baru Tingkatan 2, jadi kebanyakkan peralatan berkenaan hobi aku yang belikan. Pada masa lapang, memang kerja dia buat jurnal dan melukis. Selain itu, dia juga suka buat aksesori seperti keychain. 
Malah, ada beberapa keychain yang adik aku jual sebab ramai permintaan dari kawan-kawan dia. 
Adik aku lelaki yang dah bekerja pula suka main game. Aku tak tahu sangat pasal game Mobile Legend. Tidak dinafikan kalau adik aku main game kadang sampai tak ingat makan. 
Tetapi sebagai kakak juga aku selalu ingatkan adik-adik aku apapun yang dorang suka dan minat tiada halangan yang penting jaga kesihatan dan jangan buat ibu bapa risau. 
Apabila minat yang melibatkan duit (contohnya bayar domain blog, beli aksesori kamera, beli diamond dan sebagainya) apa yang penting sekali pastikan ada kerja sendiri. Kalau tak mampu untuk beli, beli apa yang mampu sahaja dulu. 
Kalau ibu bapa support apa yang kita minat tu bersyukurlah dan jagalah hati orang tua kita. 
Benda yang orang nampak remeh ni jangan buat main tau. Kalau orang tegur minat atau hobi kita pun bukan main kita sakit hati kan

Apapun yang kita buat dan minat, ingatlah peranan dan tanggungjawab kita sendiri sebagai anak, ibu bapa, suami, dan isteri. 
Apapun masing-masing punya minat kan. Kalau tak suka, nasihat dengan cara berhikmah

Sekadar perkongsian pendapat. Lain orang lain caranya kan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/09/membakar-hobi-minat-ibarat-membakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebiji Macam Suara Marsha Milan Askar Bukan Sekadar Askar Serlah Bakat Menyanyi

Sebiji Macam Suara Marsha Milan Askar Bukan Sekadar Askar Serlah Bakat Menyanyi

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 208 hits
Menerusi halaman tiktok tular satu video nyanyian seorang askar wanita yang menyanyikan lagu oleh penyanyi terkenal Marsha Milan iaitu lagu yang berjudul Cinta Nyanyian askar wanita tersebut yang amat merdu dan mirip sekali dengan penyanyi ...
Tak Sokong Minat Ramai Panas Hati Bapa Bakar Koleksi K Pop Anak

Tak Sokong Minat Ramai Panas Hati Bapa Bakar Koleksi K Pop Anak

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 227 hits
Setiap daripada kita pastinya mempunyai minat tersendiri sehingga sanggup menghabiskan duit tenaga dan masa bagi mengumpul sesuatu barangan terutamanya buat mereka meminati artis Korea Selatan Terbaharu tular sebuah video memaparkan hancurn...
Ni Bukan Caranya Tak Faham Minat Anak Bapa Dikecam Bakar Koleksi Barang Kpop

Ni Bukan Caranya Tak Faham Minat Anak Bapa Dikecam Bakar Koleksi Barang Kpop

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 200 hits
Baru baru ini viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Cik Atien yang memaparkan anak perempuannya telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut gadis remaja itu dilihat menangi...
Perghh Minat Punya Pasai 2 Lelaki Berjalan Atas Kabel Lintas Kawah Gunung Berapi

Perghh Minat Punya Pasai 2 Lelaki Berjalan Atas Kabel Lintas Kawah Gunung Berapi

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 282 hits
Pasangan duo ini berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna Instagram Guinness World RecordsPORT VILA VANUATU Dua penggemar aktiviti pengembaraan ekstrem berjaya menempa nama dalam Guinn...
Hiburan Memang Hobi Menyondol Eh Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu Isteri Ddnk Buat Laporan Polis

Hiburan Memang Hobi Menyondol Eh Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu Isteri Ddnk Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 224 hits
Sejak berita tentang perkahwinan mereka diterbitkan oleh media nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris sering menjadi bualan di media sosial Sebelum ini ada yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK kerana wa...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo