Membaca Ayat Al Quran Berulang Kali Di Dalam Solat



SOALAN:
Boleh jelaskan tentang hukum seseorang itu membaca ayat Al-Quran secara berulang kali di dalam solat?

JAWAPAN:
Dalam membaca Al-Quran al-Karim, kita dituntut untuk melakukan tadabbur terhadap ayat-ayat yang terdapat di dalamnya. Begitu banyak nas yang menggalakkan perbuatan tadabbur al-Quran antaranya seperti yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ
“(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad) yang penuh dengan keberkatan, supaya mereka mentadabbur ayat-ayatnya.” [Surah Shad (29)]

Antara cara yang disebutkan oleh para ulama’ untuk menambahkan tadabbur ke atas ayat-ayat yang dibaca adalah dengan cara membacanya secara berulangkali. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar Al-Ghifari beliau berkata:

قَامَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ بِآيَةٍ حَتَّى أَصْبَحَ يُرَدِّدُهَا
“Rasulullah SAW pernah berdiri di dalam solat dengan membaca satu ayat yang baginda mengulang-ulangnya sehingga pagi. Dan ayat tersebut adalah:

إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Sekiranya Engkau (wahai Allah) mengazab mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu dan sekiranya Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Riwayat Ibn Majah (1350)]

Imam Al-Nawawi Rahimahullah menjadikan hadis di atas ini sebagai sandaran dalam mengeluarkan pendapat beliau bahawa adalah disunatkan untuk seseorang itu mengulangi bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan tujuan untuk tadabbur. Ini seperti yang disebutkan oleh beliau dalam kitab Al-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Quran (Hlm. 86).

Demikian juga Imam Al-Nawawi menukilkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat ini juga turut diamalkan oleh para salafussoleh di dalam solat mereka. Antaranya adalah sahabat Nabi SAW yang bernama Tamim Al-Dari R.A yang mengulang-ulang bacaan ayat ke-21 dari Surah Al-Jaatsiyah di dalam solat beliau. Begitu juga Asma’ bint Abu Bakar Al-Siddiq yang mengulang-ulang ayat ke-27 dari Surah Al-Thur di dalam solat. Demikian Ibn Mas’ud R.A mengulangi bacaan ayat ke-114 dari Surah Taha dan ramai lagi dari kalangan salaf yang melakukannya. [Rujuk Al-Tibyan fi Adab Hamalat Al-Quran, Al-Nawawi (Hlm. 87- 88)]

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum membaca ayat al-Quran secara berulangkali di dalam solat adalah dibolehkan. Bahkan ia disunatkan sekiranya dilakukan dengan tujuan untuk lebih menghayati dan memaknai bacaan ayat tersebut di dalam solat. Kami juga menyebut bahawa perbuatan ini boleh dilakukan sama ada di dalam solat-solat fardhu dan juga solat-solat sunat.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/membaca-ayat-al-quran-berulang-kali-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbukti Bahawa Ayat Al Quran Berkhasiat Besar Sekali

Terbukti Bahawa Ayat Al Quran Berkhasiat Besar Sekali

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 312 hits
Pencuri melekat di tembok pagar sampai pagiCHUKAI TERENGGANU Hajat seorang lelaki yang mahu memecah masuk sebuah rumah di di Bukit Kuang tidak kesampaian apabila suspek melekat di tembok pagar rumah berkenaan Mummy Knowmaa yang memuat naik ...
Larang Baca Ayat Quran Km Melaka Bersuara Untuk Siapa

Larang Baca Ayat Quran Km Melaka Bersuara Untuk Siapa

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 353 hits
Adly patut beri respon neutral bukannya sibuk pertahan Fort PinBANGI Ketua Menteri Melaka Adly Zahari sepatutnya memberikan respon yang lebih neutral atau memilih untuk berdiam daripada menjadi penyambung suara kepada Timbalan Speaker DAP D...
Hukum Memberi Salam Pertama Dua Kali Ketika Solat

Hukum Memberi Salam Pertama Dua Kali Ketika Solat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 395 hits
SOALAN Adakah sah solat saya sekiranya saya memberi salam ke sebelah kanan dua kali kerana saya ingin memperbetulkan bacaan salam sebelah kanan saya yang pertama Lalu selepas membetulkan salam sebelah kanan saya memberi salam sebelah kiri A...
Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca 17 Kali Sehari Jom Hafal Maksudnya

Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca 17 Kali Sehari Jom Hafal Maksudnya

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1628 hits
Tanpa Kita Sedar Setiap Kali Kita Solat Inilah Doa Yg Kita Baca Sekurang kurangnya 17 Kali Sehari Jom Hafal MaksudnyaAssalamualaikum Dahsyatnya doa duduk diantara dua sujud Doa yang kita baca pada dalam solat kita Robighfirlii Warhamnii Waj...
Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Selepas Video Baca Ayat Al Quran Tular

Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Selepas Video Baca Ayat Al Quran Tular

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 446 hits
Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha Qatar kerana memiliki suara lunak dan fasih membaca al Quran Hal ini berikutan pihak pengurusan masjid terdengar bacaan merdu Shalawi Siraje ...
Timbalan Speaker Melaka Tak Benarkan Ketua Pembangkang Akhiri Bahas Dengan Petikan Ayat Al Quran

Timbalan Speaker Melaka Tak Benarkan Ketua Pembangkang Akhiri Bahas Dengan Petikan Ayat Al Quran

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 279 hits
Sidang DUN Melaka panas isu baca ayat al Quran Sesi perbahasan Belanjawan Melaka 2020 hari ini kecoh seketika berhubung isu bacaan petikan ayat al Quran Suasana panas berlaku selepas Timbalan Speaker Datuk Dr Wong Fort Pin tidak membenarkan...
Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit

Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1526 hits
Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit Datangnya sakit adalah ujian daripada Allah dan kita sebagai hambaNya mestilah berusaha dan berikhtiar untuk merawat penyakit yang ada dalam tubuh Ada yang sakit jumpa doktor itu ikh...
Seks Beberapa Kali Dengan Sekali Mandi

Seks Beberapa Kali Dengan Sekali Mandi

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 679 hits
Hai readers Harini Cik Mimi nak share tentang Persoalan tentang ilmu agama Maaf kalau ada kesilapan dari Cik Mimi sebab Cik Mimi copy dari sebuah buku yang Cik Mimi baca Kalau ada kemusykilan kita sama sama la kongsikan kan Cik Mimi rasa ta...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments