Memahami Rukun Islam Secara Lengkap Mudah
Apakah rukun islam?
Sebagai seorang Muslim, kita semua wajib mengetahui rukun iman dan rukun islam.
Oleh itu, artikel ini akan membantu anda memahami topik berkaitan rukun Islam secara lengkap dan tersusun.
Dalam panduan ini, saya juga akan menyatakan huraian lengkap berkaitan setiap rukun yang terdapat dalam rukun islam, berserta dengan contoh-contoh yang berkaitan.
Jadi, mari kita mulakan..
Pengertian Islam
Islam bererti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.
Iman dan Islam tidak boleh diceraikan untuk memperoleh pelepasan azab akhirat nanti.
Keistimewaan Islam
Memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah Yang Maha Esa.
Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah SWT.
Mengatur cara beribadat kepada Allah SWT.
Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia.
Mengatur hukum-hukum jenayah (jinayat) yang sesuai dengan manusia.
Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan.
Mempertinggi akhlak manusia.
Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan.
Rukun Islam
Rukun Islam diibaratkan seperti tiang-tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna.
Rukun Islam itu ada 5 perkara:
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH
WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH
Maksudnya:
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.
Syahadah bererti menyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti dia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.
Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap orang Islam.
Apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah.
2. Mendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Waktu
Bilangan Waktu
Zuhur
4 rakaat
Asar
4 rakaat
Maghrib
3 rakaat
Isyak
4 rakaat
Subuh
2 rakaat
3. Menunaikan Zakat
Zakat Harta
Antara jenis zakat harta adalah:
Binatang ternakan
Emas dan perak
Tanaman seperti padi, gandum, tamar, jagung dan sebagainya.
Buah-buahan seperti anggur dan sebagainya.
Apabila zakat harta digunakan untuk menyucikan harta, maka zakat fitrah digunakan untuk menyucikan hati dan jiwa.
Zakat fitrah juga dinamakan “zakat al-nafs” ertinya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan sebahagian bahan makanan yang mengenyangkan menurut ukuran yang ditentukan oleh syarak pada bulan Ramadhan setiap tahun.
4. Puasa Pada Bulan Ramadhan
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berikut dikecualikan daripada berpuasa:
GOLONGAN YANG DIKECUALIKAN BERPUASA
1. Orang yang sakit kerana sekiranya dia berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat atau penyakitnya lambat sembuh.
2. Orang yang sedang dalam perjalanan yang lebih daripada 2 marhalah (92km).
Kalau tidak menyusahkan boleh meneruskan puasa.
Ini adalah lebih baik dengan syarat, mula bertolak sebelum subuh.
3. Wanita yang hamil atau wanita yang menyusukan anak dan bimbangkan kesihatan dirinya atau anak, atau kedua-duanya.
4. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa.
5. Mengerjakan Haji Ke Baitullah Bagi Yang Berkemampuan
Bagi mereka yang berkemampuan dari segi:
Belanja pergi dan balik.
Belanja untuk tanggungan yang ditinggalkan.
Kesihatannya yang baik.
Keselamatan perjalanan dan kenderaan.
Sempat masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa.
Penutup
Semoga panduan ini dapat membantu anda memahami rukun Islam dengan mudah.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai agama Islam, anda boleh meninggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.
Semoga bermanfaat!
The post Memahami Rukun Islam Secara Lengkap & Mudah appeared first on AKU ISLAM.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-islam/