Cara Mudah Dan Pantas Buat Qr Code Untuk Dskp Sekolah Rendah
As Salam,Cara Mudah dan Pantas Buat QR Code Untuk DSKP Di Sekolah-Cikgu lain dah jauh perjalanan mengikuti teknologi Quick Respon (QR) Code ni, saya baru nak belajar buat sendiri pada tahun baru 2020 ni.Itupun ada alasan kuat yang buat saya nekad untuk try Google dan search cara mudah nak buat QR Code ni. Yelah, saya bersyukur dan berterima kasih apabila ada kalangan guru yang pandai ICT ni bagi mudah , senang dan jimat nak sediakan DSKP yang geng-geng guru sedia maklum akan ketebalannya kan.haha
QR Code untuk DSKP Matematik Tahun 2-hasil ikut tutorial di QR Code Generator
Bukanlah kedekut sangat dengan ink printer tu, tapi bayangkanlah.Kalau satu subjek ada satu DSKP yang muka suratnya hampir cecah 50-70 helaian, kalau kita mengajar tiga subjek pun dah boleh tahu berapa banyak page yang kita kena print kan.
Ini pula hasil tutorial yang saya share kat bawah.QR Code yang colour hijau tu GB saya request untuk dia, nampak tak, GB saya pun berkenan dengan qr code customize ni tau.haha
Ada kalangan kawan yang reti kecilkan saiz DSKP, tapi saya pula old fashioned.Tambah dengan pakej rabun, memang taklah saya nak kecilkan saiz DSKP saya kan.haha
Sebenarnya, walaupun ramai yang share QR Code DSKP untuk dikongsikan oleh semua guru, termasuk pentadbir sekolah saya, tapi sayangnya, ada QR Code yang dikongsikan tidak seragam saiznya.Saya pulak, walaupun tak berapa advance bab ICT ni, tapi sebab nak bagi cantik Fail Mengajar saya, saya gigih ikut tutorial cara nak buat custome QR Code untuk DSKP yang saya ajar sendiri.Nah, inilah hasilnya:)
Alhamdulillah, okeylah sikit kan, boleh edit colour, tukar frame sendiri-daripada yang biasa kita tengok kalau QR Code mesti kotak empat segi je bentuknya.Sebelum explore, saya ingat memang gitulah rupanya bentuk qr code ni .haha.Kampung people betul ai ni kann
Cara Mudah dan Pantas Buat QR Code Untuk DSKP Sekolah RendahJom, saya kongsikan sedikit cara mudah nak buat QR Code ni.Lepas ni, korang yang geng-geng cikgu yang selalu kena handle bahagian Pendaftaran Program Sekolah, korang buatlah design qr code yang lebih cun dari ini ya.heh
First sekali kena sign up for trial kat website qr code Generator.Kalau tak sign up nanti kita susah nak customize qr code kita.Tak susah pun, dia cuma mintak masukkan email dan password, kemudian activate password kat email
lepas tu korang klik button hijau NEXT tu, dia akan keluar box ni.Pilih menu PDF sebab DSKP kita semua dalam pdf kan
Lepas kita pilih menu PDF tadi, klik NEXT, keluar box ni.Masukkan file name dan boleh upload file pdf kita.Sebelum tu korang kena download dan save siap-siap dalam folder korang dskp tu semua
Ini caranya yang mudah kita nak upload.Drag je dari file folder tu ke box biru yang upload pdf tu
lepas dah setel upload pdf, klik NEXT, korang akan nampak box ni.boleh klik preview kalau nak tengok macam mana rupa bila kita scan qr code kita nanti
Lepas tu, keluar box ni.Kat sinilah korang boleh klik menu yang saya bulatkan tu.Ikut kreativiti korang.Boleh upload image sendiri kalau tak nak guna yang sedia ada
Ini yang saya buat.Orang malas macam saya, pilih je mana yang ada, dah lawa sangat lah ni kononnya.haha.Kalau dah puas hati, klik download dan save dalam pictures korang ya
Orait, harapnya dapat bantu geng cikgu atau sesiapa sahaja yang mahu buat qr code customize sendiri.Sangat mudah.Ikut je step dalam website tu, jadilah nanti qr code kita
Owh ya, saya ada juga buat qr code untuk blog saya ni.Punyalah excited, semua benda ko nak qr code kan.haha.Dengan qr code, dah tak payah nak taip alamat url bagai, scan je terus dapat website atau info yang kita perlukan.Best kan teknologi ni.heh.Jom sebarkan dan manfaatkan
Selamat mencuba
My Notes : I am Teaching, but Also Learning:)-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/01/cara-mudah-dan-pantas-buat-qr-code.html