Memahami Cerai Talak Bolehkah Isteri Minta Cerai Bagaimana Caranya



Bolehkah seorang isteri minta cerai daripada suami?
Apakah hukumnya?
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai penceraian:
Jenis talak dan hukumnya Persoalan berkaitan isteri ingin minta cerai Jika ini adalah topik yang anda sedang cari, artikel ini adalah untuk anda.
Jom kita mulakan:

Isi kandungan: 1. Apakah itu talak (penceraian)
2. Jenis-jenis talak
3. Hukum talak
4. Bolehkah isteri minta cerai?
Persoalan 1 Persoalan 2 Persoalan 3 5. Kesimpulan
 
Apakah Itu Talak (Penceraian) Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca daripada pelbagai sebab.
Ada antaranya yang melibatkan masalah nafkah, faktor pergaulan bebas di luar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain dan sebagainya.
Semua masalah ini boleh membawa kepada bibit-bibit penceraian antara pasangan yang berkrisis.
Istilah Talak Talak ialah satu hukum yang melepaskan ikatan perkahwinan (pembatalan nikah) dengan lafaz, “aku ceraikan dikau dengan talak satu, dua atau talak tiga.”
 
Jenis-Jenis Talak 1. Talak Bain Sughra Suami telah menceraikan isteri dengan talak satu dan khuluk, iaitu bertebus talak dengan bayaran tertentu.
Tiada boleh rujuk melainkan melalui akad nikah yang baharu.
2. Talak Bain Kubra Apabila suami telah menceraikan isteri dengan talak tiga, bekas isterinya tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua perkara-perkara berikut:
Setelah selesai idah perempuan Berkahwin dengan lelaki lain Ada persetubuhan dengan suami baru Bercerai dengan suami baru Selesai idah dengan suami baru 3. Talak Raj’i Suami telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dan boleh dirujuk semula sekiranya isteri dalam idah tanpa akad yang baharu.
Tetapi jika idahnya tamat, mereka berdua hendaklah dinikahkan semula.
 
Dua Jenis Kalimah Talak 1. Talak Sarih (terang) Aku ceraikan/talakkan engkau
2. Talak Kinayah (tidak terang) Kau sekarang janda
Kau dengan aku putus
 
Hukum Talak 1. Wajib
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.
2. Haram
Apabila isteri diceraikan dalam waktu-waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isteri dalam keuzuran/sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran.
3. Sunat
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak).
Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan, atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.
4. Makruh
Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah.
5. Harus
Harus bagi suami melepaskan isterinya disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid
 
 
Persoalan: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Di sini saya sertakan tiga persoalan mengenai isteri minta cerai berdasarkan tulisan Ustaz Muhamad Fathi Yusof dalam buku Fiqah Perkahwinan.
Soalan 1 Saya baru berkahwin dua tahun lalu dan dikurniakan seorang anak.
Malangnya saya dan suami selalu berbeza pandangan dan bertengkar. Bila direnung, saya dapati suami saya bukanlah jahat atau curang, tetapi kami mungkin tidak serasi dan banyak berbeza dari segi budaya dan cara berfikir.
Mungkin latar belakang keluarga juga mempengaruhi konflik kami ini.
Keadaan ini banyak menimbulkan tekanan dalam hidup dan pekerjaan saya sehingga mendorong saya untuk memikirkan soal penceraian.
Apakah hukum seorang isteri memohon cerai?
Jawapan:
Penceraian adalah diharuskan tetapi sepatutnya menjadi pilihan terakhir selepas bersungguh-sungguh dan jujur dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan.
Suami dan isteri tidak boleh memandang ringan soal penceraian.
Masalah yang timbul akibat ikatan perkahwinan biasanya tidak hilang atau luput dengan penceraian seperti yang disangka ramai orang.
Bahkan penceraian mendatangkan lebih banyak masalah.
Biasanya akan berlaku pertikaian panjang dalam soal penjagaan anak, soal nafkah, timbul masalah penyesuaian diri dengan status yang baru dan lain-lain.
Ringkasnya, penceraian lebih mendatangkan masalah daripada penyelesaian.
Mana-mana suami atau isteri yang terlintas untuk berpisah perlu kembali bermuhasabah tentang ketinggian nilai perkahwinan di sisi Allah SWT.
Nikah ialah ibadah dan selari dengan sunnah Rasulullah.
Tujuan perkahwinan adalah untuk membina ikatan yang halal dan diredhai Allah sesuai dengan tujuan penciptaan manusia.
Keluarga adalah pusat kebahagiaan dan cinta.
Ikatan pernikahan dan keluarga terbukti sebagai asas untuk membawa kegembiraan dan kerukunan hidup.
Jika ada kelemahan yang perlu dinilai, bukan ikatan itu, tetapi kelemahan yang ada pada kedua-dua suami dan isteri.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
— Surah Ar-Rum ayat 21
Perlu juga diingat bahawa setiap perkara yang baik ada cabaran dan dugaan.
Allah menguji manusia dengan kesukaran, sama ada sukar dalam bentuk kebendaan, atau mungkin juga dari sudut perasaan.
Ujian ini adalah satu sentuhan daripada Allah untuk mengajak manusia agar sentiasa ingat kepadaNya dan bergantung sepenuhnya kepada RahmatNya.
Jika manusia mengharap kesempurnaan dalam kepuasan perasaan atau harta benda, maka dia akan kecewa.
Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.
Kelemahan pada pasangan dan keluarga itu adalah simbol cinta Allah.
Hikmahnya adalah untuk kita sentiasa berserah kepada Allah.
Membina keserasian dalam sesebuah rumah tangga bukan perkara mudah.
Tempoh dua tahun masih singkat untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Proses saling memahami, menginsafi kelemahan diri, saling menasihati, menyerap kebaikan dan menyisih keburukan berlaku secara beransur-ansur.
Apa yang penting ialah sentiasa memohon kepada Allah agar mengurniakan kelapangan jiwa supaya sentiasa berada di atas landasan yang diredhaiNya dalam membina mahligai kasih.
Kedua-dua suami dan isteri sewajarnya sentiasa berikhtiar agar rumah tangga dapat terus bertahan hingga akhir hayat.
Bekalan yang paling penting untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan ialah bekalan hidup beragama.
Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga.
Kedua-dua suami isteri diajak untuk memperbanyakkan bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan.
Syukur kerana dikurniakan pasangan hidup.
Dengan bersyukur, masing-masing lebih terdorong untuk memfokuskan kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pasangan, dan cuba untuk melupakan kelemahan-kelemahannya.
InsyaaAllah dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan perasaan untuk berpisah.
Ingatlah pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak
— Riwayat Abu Daud
Selain itu, perlu diingat juga bahawa kadangkala anasir luar juga boleh mempengaruhi cinta suami isteri.
Peranan ibu bapa dan mertua adalah untuk menjadi pendamai dan pemujuk, bukannya batu api atau perosak rumah tangga.
Begitu juga sahabat dan kawan-kawan.
Setiap suami isteri mesti berwaspada agar tidak mudah terpesona dengan hasutan jahat mereka yang berjiwa busuk.
Untuk mereka pula tersedia balasan atas kejahatan seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
Bukanlah daripada golongan kami bagi sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang wanita dengan suaminya
— Riwayat Abu Daud
Soalan 2 Bagaimana jika saya mahu berpisah tetapi suami enggan melepaskan saya, adakah ada ruang untuk saya memaksa suami saya?
Jawapan:
Terdapat beberapa bentuk perpisahan antara suami isteri.
Talak biasanya ialah penceraian yang dilakukan oleh suami.
Isteri pula tidak mempunyai hak untuk menceraikan suami.
Kuasa untuk talak berada di tangan suami kerana diiktiraf oleh Allah sebagai “pihak yang memegang ikatan nikah” seperti dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 237.
Oleh itu, dia mempunyai amanah untuk menjaga sebaik mungkin ikatan nikah itu agar tidak berlaku penceraian.
Suami perlu berhati-hati dan teliti sebelum bertindak untuk melafazkan cerai atau talak.
Bahkan menurut Islam, lafaz talak merupakan lafaz yang tidak boleh dijadikan mainan atau senda gurau.
Bagi seorang isteri pula, hak untuk berpisah dengan suami boleh berlaku melalui beberapa jalan, iaitu fasakh atau khuluk.
Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim.
Hak ini timbul jika suami mengabaikan nafkah, mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, menimbulkan kecederaan kepada isteri, mati pucuk atau alasan-alasan lain yang termaktub dalam undang-undang.
Oleh sebab fasakh hanya boleh berlaku jika terdapat kelemahan ketara di pihak suami, maka pilihan yang dirasakan lebih sesuai untuk masalah keserasian suami isteri ialah khuluk.
Khuluk atau tebus talak berlaku apabila isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami.
Tebusan itu disebut semasa lafaz khuluk dibuat dan jika jumlah khuluk tidak disebut dengan jelas, maka suami berhak mendapat mahar misil daripada isterinya.
Hukum khuluk ini bersandarkan firman Allah:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
— Surah al-Baqarah ayat 229
Ibnu Abbas meriwayatkan:
Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasul Allah, (tentang) Tsabit bin Qais, aku tidak mencelanya dalam perkara akhlak dan agama. Tetapi aku benci akan kekufuran dalam Islam (dengan sebab tidak dapat melaksanakan hak-hak suami).’ Nabi bertanya, ‘Bolehkah kamu memulangkan kebunnya kepadanya?’ Dia menjawab, ‘Boleh.’ Rasulullah SAW bersabda kepada Tsabit bin Qais, ‘Terimalah kebun itu, dan ceraikannya dengan talak satu.'”
— Riwayat al-Bukhari
Oleh sebab khuluk berlaku atas kehendak isteri, maka isteri tidak dikira menanggung mudharat akibat perpisahan sebagaimana talak biasa.
Oleh itu, suami diharuskan melafazkan khuluk ketika isterinya berada dalam keadaan haid atau dalam keadaan suci walaupun selepas berlaku persetubuhan.
Talak Taklik Di Malaysia Selain menamatkan akad secara fasakh dan khuluk, talak taklik ialah satu cara penceraian yang agak popular di Malaysia.
Hal ini berlaku kerana terdapat undang-undang yang mensyaratkan lafaz taklik tertentu sejurus selepas lafaz akad nikah.
Lafaz taklik ini tidak diwajibkan menurut hukum syarak, tetapi diamalkan di negara kita kerana memberi perlindungan tambahan kepada isteri.
Lafaz taklik ini berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.
Namu begitu, secara umumnya ia mengandungi hak isteri untuk memohon cerai apabila berlaku beberapa perkara seperti suami tidak tinggal bersama-sama isteri dalam tempoh tertentu, kegagalan suami membayar nafkah dan menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan isteri.
Talak taklik berlaku apabila isteri membuat pengaduannya di mahkamah dengan sokongan saksi atau bukti lain yang memadai dan permohonannya diterima oleh mahkamah.
 
Soalan 3 Kalau saya telah berpisah, adakah masih ada ruang untuk kami bersatu semula dengan cara rujuk?
Jawapan:
Jika perpisahan berlaku secara khuluk, maka suami tidak berhak untuk rujuk kepada isterinya dalam tempoh idah kerana khuluk ialah sejenis talak ba’in.
Bekas suami atau isteri itu tidak boleh bersatu kembali melainkan dengan mengadakan akad yang baharu dan mas kahwin yang baharu.
Hukum ini meliputi talak khuluk yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepas persetubuhan.
 
Penutup Setiap suami yang diberikan amanah dan kuasa oleh Allah untuk memutuskan soal talak perlu berhati-hati dalam menggunakan kuasa ini.
Talak hanya boleh dilafazkan jika penceraian itu tidak dapat dielakkan bagi menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah.
Moga Allah menjadikan kita semua insan yang menjaga batas-batas hukum Allah dan memenuhi amanah yang diberikan olehNya.
The post Memahami Cerai & Talak: Bolehkah Isteri Minta Cerai? Bagaimana Caranya? appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/talak-isteri-minta-cerai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 392 hits
Suami tidak suka mandi antara penyebab kes perceraian di daerah Kuantan Malah punca itu dikesan menjadi penyumbang kepada statistik perceraian di Kuantan yang secara purata merekodkan kira kira 1 000 kes setiap tahun dalam tempoh dua tahun ...
Video Suami Kaki Pukul Sujud Merayu Menangis Depan Isteri Batalkan Cerai Di Pejabat Agama

Video Suami Kaki Pukul Sujud Merayu Menangis Depan Isteri Batalkan Cerai Di Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 782 hits
Kesabaran seseorang pasti ada batasnya isteri mana yang tak hilang sabar jika mempunyai suami kaki pukul tak beri nafkah jika sudah diberi peluang berkali kali Jalan terakhir adalah menuntut cerai daripada pihak berkuasa itu maknanya pintu ...
Bolehkah Isteri Mengambil Duit Suami Secara Senyap Senyap

Bolehkah Isteri Mengambil Duit Suami Secara Senyap Senyap

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 1015 hits
Bolehkah isteri mengambil duit suami secara senyap senyap Assalamualaikum wbt Cikla agak inilah dilema si isteri yang tak bekerja Bukan apa kadangkala duit yang diberi oleh suami setiap bulan hanya cukup untuk belanja dapur dan keperluan ke...
Punggung Isteri Menggerutu Antara Punca Cerai Di Malaysia Hannah Yeoh

Punggung Isteri Menggerutu Antara Punca Cerai Di Malaysia Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 846 hits
Punggung isteri menggerutu antara punca cerai di Malaysia Hannah YeohPunggung isteri menggerutu antara punca cerai di Malaysia Hannah Yeoh
Sebelum Cerai Tikam Isteri Dengan Pisau Pemotong Sayur

Sebelum Cerai Tikam Isteri Dengan Pisau Pemotong Sayur

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 288 hits
Sebelum cerai tikam isteri dengan pisau pemotong sayurSeorang lelaki berusia 24 tahun sedang diburu polis kerana disyaki menikam isterinya dalam kejadian di pasar raya kelmarin lapor Dalam kejadian jam 9 30 malam di sebuah pasar raya di Per...
Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 715 hits
Isteri maut disembelih suami kerana enggan lakukan hubungan intimGara gara menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim seorang wanita berusia 60 tahun maut disembelih suaminya dengan parang lapor Dalam kejadian yang berlaku pada waktu sub...
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 327 hits
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan
Isteri Ditikam Dikelar Suami

Isteri Ditikam Dikelar Suami

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 412 hits
Juruwang dalam proses bercerai diserang ketika bekerja di pasar raya Mohd Izuan Roseli 13 November 2018 3 00 AM
Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 848 hits
Jangan berkira dengan anak isteri insyaAllah gaji cukup sampai hujung bulanHidup ini tidak selamanya kita di atas Kadangkala Tuhan datangkan dugaan kepada kita untuk kita berfikir sejenak mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling ki...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip