Bolehkah Isteri Mengambil Duit Suami Secara Senyap Senyap


Bolehkah isteri mengambil duit suami secara senyap-senyap? | Assalamualaikum wbt. Cikla agak inilah dilema si isteri yang tak bekerja. Bukan apa, kadangkala duit yang diberi oleh suami setiap bulan hanya cukup untuk belanja dapur dan keperluan keluarga saja. Memang selalulah tak cukup untuk diri sendiri apatah lagi untuk diberikan kepada ibu bapa di kampung bila sesekali pulang menziarahi mereka.
Persoalannya... Adakah berdosa atau dibolehkan si isteri mengambil wang suami secara senyap-senyap untuk tujuan yang cikla sebutkan di atas?
Nak tau? Jom baca perkongsian ini sampai habis, khasnya para isteri ya!
Bolehkah isteri mengambil duit suami secara senyap-senyap? Gambar diubahsuai dari carian Google. 
Jom kita baca dulu satu kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasullullah SAW yang mana ia diriwayatkan oleh Aisyah r.a

Pada suatu hari, Hindun binti 'Utbah yang merupakan isteri kepada Abu Sufyan telah datang menemui Rasullullah SAW untuk mengadu tentang hal suaminya.
Beliau berkata, yang bermaksud : "Sesungguhnya, Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?"
Maka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Ambillah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau." (Riwayat al-Bukhari - 2211 dan Muslim - 4574)

Penjelasan berpandukan hadis di atas : Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan diri dan anaknya hanya jikalau si suami tidak memberi nafkah yang sepatutnya. Imam al-Nawawi semasa syarahannya berkenaan hadis itu mengatakan, antara faedah yang boleh diambil daripada hadis itu adalah barang siapa yang ada hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dalam keadaan suaminya tidak diberikan haknya (iaitu nafkah), maka harus bagi isterinya mengambil haknya sekadar keperluan tanpa izin suaminya. Itulah mazhab ashab kami. (Rujuk Syarh al-Nawawi 'ala Muslim 6/141).Dalam hadis tersebut juga boleh difahami akan kewajian si suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Begitu jugalah yang dinyatakan oleh Imam al-San' ani dalam kitabnya Subul al-Salam. 
Tapi, apa yang perlu diingat adalah ia dibenarkan ambil sekadar keperluan saja itupun kalau suami tak memberi nafkah. Bagaimana pun, kalau suami memberi nafkah secukupnya, maka tak boleh mengambil duit suami tanpa izinnya

Kesimpulannya, apa yang penting berbincanglah secara baik kalau ada apa-apa yang tak cukup sebab sikap mengambil tanpa izin walaupun duit suami ini dikhuatiri boleh mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Waallahualam.
Kredit Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/Bolehkah-isteri-mengambil-duit-suami-secara-senyap-senyap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Nikmat Luar Biasa Di Kamar Bersama Suami Isteri

Petua Nikmat Luar Biasa Di Kamar Bersama Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 1879 hits
Apabila berbicara mengenai hubungan intim apa yang jauh lebih utama adalah skil seseorang Kebanyakan wanita lebih memilih untuk mempunyai pasangan yang bijak mengawal pergerakan dan rentak berbanding lelaki yang rata ratanya agak obses deng...
Video Suami Kaki Pukul Sujud Merayu Menangis Depan Isteri Batalkan Cerai Di Pejabat Agama

Video Suami Kaki Pukul Sujud Merayu Menangis Depan Isteri Batalkan Cerai Di Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 851 hits
Kesabaran seseorang pasti ada batasnya isteri mana yang tak hilang sabar jika mempunyai suami kaki pukul tak beri nafkah jika sudah diberi peluang berkali kali Jalan terakhir adalah menuntut cerai daripada pihak berkuasa itu maknanya pintu ...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 632 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 564 hits
KAMARIAH KHALIDI 12 November 2018 6 04 PM KUALA NERUS Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mer
Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 495 hits
Seorang suami bukan sahaja memberikan sokongan dari segi kata kata semangat sahaja Melalui fasa 40 minggu kehamilan dan kemudian bertarung nyawa melahirkan pula peranan suami sepatutnya lebih itu Apa yang dilakukan oleh bapa ini patut dicon...
Nampak Memang Kasihan Tapi Apa Yang Suami Dia Dah Buat Isteri Dia Tidak Akan Memaafkan

Nampak Memang Kasihan Tapi Apa Yang Suami Dia Dah Buat Isteri Dia Tidak Akan Memaafkan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 530 hits
Nampak Memang Kasihan Tapi Apa Yang Suami Dia Dah Buat Isteri Dia Tidak Akan MemaafkanNampak Memang Kasihan Tapi Apa Yang Suami Dia Dah Buat Isteri Dia Tidak Akan Memaafkan
Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 653 hits
Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri Artikel ini dirujuk tulisa...
Pasangan Kejam Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan Pass Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun

Pasangan Kejam Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan Pass Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 765 hits
Apa salah si kecil sampai tergamak ibu perlakukan dia macam tu Satu pasangan suami isteri dari Desa Sukaluyu Karawang ditahan selepas perbuatan mereka membunuh dan menanam bayi lelaki baru dilahirkan kantoi lapor Tribun Sumber Facebook Bayi...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah