Memahami Bahasa Tubuh Lelaki
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Lelaki tak banyak cakap..terutama yang jenis pendiam dan lepas kahwin... Bahkan...ada lelaki, masa bercinta banyak cakap dan rajin bercakap...tapi jadi pendiam lepas kahwin... Pening kepala dan huru-hara rumah tangga kalau isteri tak dapat nak faham lelaki... Lelaki pendiam banyak berkomunikasi dengan bahasa tubuh atau body language... Jadi, jom memahami bahasa tubuh lelaki supaya tak berlaku misscommunication...
Memahami Bahasa Tubuh Lelaki!
Anggukan kepala
Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan
Dekatkan badan
Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan
Merenung
Lelaki ini adalah jenis suka meminta-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang mengalah
Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah
Diam ketika marah
Lelaki lebih banyak diam ketika marah..berbanding wanita yang membebel bagi melepaskan marahnya...
Sumber: Mingguan Wanita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2015/01/memahami-bahasa-tubuh-lelaki.html