Melihat Skrin Terlalu Lama Beri Kesan Buruk Pada Mata





Orang ramai kini meluangkan masa terlalu lama melihat pada skrin peribadi, terutama apabila terpaksa duduk di rumah setiap hari termasuk hujung minggu.
Selepas lama melihat skrin, kebanyakan orang ada ketikanya akan mengalami sakit leher dan keletihan mata.
Ini kerana skrin telefon pintar dan komputer memaksa mata bekerja keras dan kadangkala menjadi punca kepada satu keadaan dikenali sebagai ketegangan mata digital.
Pakar oftalmologi dari Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Dr Ching Wing Seng memberitahu MalaysiaNow jika dibandingkan membaca dan menulis media tradisional, melihat skrin digital memerlukan mata melakukan lebih banyak kerja dan jika terlalu lama ia boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan kering serta kerengsaan.
Ching mengatakan perbezaan paling besar antara melihat skrin digital dan halaman bercetak adalah kontras.
“Tulisan hitam dan putih di atas kertas adalah 100% kontras. Tulisan di atas skrin mungkin bukanlah kontras penuh,” katanya.
“Perkataan di atas skrin kebiasaannya kurang ketajamannya menyebabkan melihatnya menjadi sukar.”
Ini kerana skrin telefon pintar dan komputer memaksa mata bekerja keras dan kadangkala menjadi punca kepada satu keadaan dikenali sebagai ketegangan mata digital. Tambahnya jarak dan sudut pandangan berbeza mampu memberi tugas lebih pada sistem visual yang kebiasaan akan meletihkan mata.
Orang yang mengalami rabun dekat dan jauh kebiasaannya akan mengalami ketegangan mata digital, katanya. “Jika masalah biasan tidak dibaiki dengan menggunakan cermin dengan kuasa yang betul, anda pasti akan mengalami ketegangan mata digital.”
Dia menegaskan, “Anda mesti mempunyai pencahayaan yang betul dan melihat skrin pada sudut yang tepat.”
Otot mata juga boleh terganggu akibat melihat skrin terlalu lama.
“Melihat telefon dengan menunduk merupakan posisi yang tidak baik kerana ia akan menambah berat dan tekanan pada leher,” katanya. “Keadaan itu perlu dielak kerana ia akan menyebabkan keadaan yang dipanggil postur kepala ke depan.”
Ching mengingatkan orang ramai untuk tidak duduk terlalu dekat dengan skrin.
Membongkok ke skrin boleh menyebabkan kekejangan otot dan sakit leher, bahu atau belakang.
“Posisi duduk terbaik ketika melihat skrin komputer adalah postur badan tegak dengan kaki bersandar pada lantai, dan pergelangan tangan berada di atas tanpa menyentuh papan kekunci ketika menaip,” katanya.
“Paling sesuai, skrin komputer perlu berada pada kedudukan 15 hingga 20 darjah di bawah paras mata yang mana kebanyakan orang akan mendapati ia lebih selesa untuk melihat skrin komputer apabila tengok ke bawah.”
Dan apabila mata semakin letih, ia akan berkedip lebih kerap, berehat sekejap daripada melihat komputer, dan guna pelincir penjagaan mata.
Dia mengesyorkan pelincir titik mata dan suplemen oral seperti lutein dan omega-3 untuk meredakan keletihan mata.
“Jika anda melihat skrin kira-kira 45 minit tanpa henti, anda harus berehat sebentar sebelum kembali menggunakannya,” katanya.
Pakar optometris OasisEye Prashanti Amirtharatnam, sebuah konsortium pakar oftalmologi, memberitahu MalaysiaNow kesan buruk skrin mampu merosakkan penglihatan kanak-kanak kerana mata mereka masih membesar dan berkembang.
Katanya, “Dengan kebanyakan kanak-kanak menghabiskan terlalu lama masa di skrin dan tidak bermain di luar sekarang ini, mereka berisiko mengalami rabun dekat atau myopia – di mana objek yang jauh menjadi kabur.”
Prashanti memetik satu kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Epidemiology yang menunjukkan rabun lebih perlahan dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan aktiviti luar, dan jauh daripada skrin digital ~ MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/melihat-skrin-terlalu-lama-beri-kesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Terlalu Lama Sekolah Ditutup

Akibat Terlalu Lama Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum GURAUAN malam mingguIni bukan entry Wordless Wednesday Nampak post kawan di fbRasa terguling tergelakHahahahaha
Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 503 hits
Oleh Medan Selera Presint 16 Putrajaya lengang berikutan pelaksanaan PKP Foto NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIR KUALA LUMPUR Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula di beberapa negeri sejak Rab...
Peranti Dengan Kamera Bawah Skrin Zte Generasi Kedua Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Peranti Dengan Kamera Bawah Skrin Zte Generasi Kedua Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 298 hits
Oppo adalah syarikat pertama memperlihatkan konsep peranti dengan kamera swafoto bawah skrin Teknologi ini menggunakan dua panel berbeza OLED satu yang utama dan satu yang nipis untuk melindungi kamera Oppo mungkin akan perkenalkan produk i...
6 Langkah Kembali Tertawa Setelah Hati Begitu Kecewa Sedih Boleh Tapi Jangan Terlalu Lama

6 Langkah Kembali Tertawa Setelah Hati Begitu Kecewa Sedih Boleh Tapi Jangan Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 450 hits
Jangan lama lama sedihnya ingat dunia tetap berputar meski kamu sedang tak bisa apa apa karena terlarut dalam kecewa
Kalau Hal Hal Ini Sudah Kamu Alami Berarti Kejombloanmu Sudah Terlalu Lama

Kalau Hal Hal Ini Sudah Kamu Alami Berarti Kejombloanmu Sudah Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 259 hits
Karena sudah nyaman dengan kehidupanmu saat ini kamu sampai lupa cari pasangan Awalnya sih mungkin terpaksa lama lama jadi terbiasa
Pasangan Mata Wang Aud Usd Akan Keluar Dari Julatnya Tidak Lama Lagi

Pasangan Mata Wang Aud Usd Akan Keluar Dari Julatnya Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 239 hits
Pasangan AUD USD bergerak ke samping dalam jangka pendek dengan mengharapkan USDX menjelaskan arahnya Secara teknikal prospeknya adalah aliran menaik dan akan tetap sama selagi pasangan AUD USD berada di atas sokongan kritikal 0 7665 sebelu...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengukuh Di Bawah Garis Aliran Rintangan Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Dijangka

Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengukuh Di Bawah Garis Aliran Rintangan Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Dijangka

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 279 hits
Pasangan mata wang EUR USD ini dilihat sedang mengukuh di bawah garis aliran rintangan menurun dan Moving Average Penurunan harga yang lebih jauh di bawah tahap rintangan 1 pada 1 20562 menuju ke arah swing rendah baru baru ini dan sokongan...
Petua Rabun Mata

Petua Rabun Mata

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 506 hits
Petua Rabun Mata Anda ada mengalami rabun mata Rabun dekat atau rabun jauh Biasa rabun dekat menyerang orang tua jauh jauh dia nampak Manakala kanak kanak hingga remaja sering diserang rabun jauh Dekat dia nampak begitulah putaran kesihatan...
Pasangan Mata Wang Aud Usd Dolar Australia Cenderung Untuk Menurun

Pasangan Mata Wang Aud Usd Dolar Australia Cenderung Untuk Menurun

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 269 hits
Pakar pakar yakin bahawa dinamika dolar Australia semasa akan berubah kepada aliran menurun Ini disokong oleh langkah Reserve Bank of Australia untuk mengekang pertumbuhan mata wang yang ditunjukkan Menurut penganalisis pengawal selia Austr...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing

Ewon Slams The Door On Cabinet Post Confirming A Reshuffle Is Next

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps