Melenggang Perut Ada Yang Masih Amalkan Kalau Salah Teknik Boleh Bahayakan Nyawa


Adat melenggang perut yang diamalkan dalam masyarakat Melayu merupakan sebahagian daripada amalan dalam perbidanan tradisional. Amalan ini biasanya dilakukan pada wanita yang bakal melahirkan anak sulung mereka ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Melenggang Perut, Ada Yang Masih Amalkan Antara tujuannya amalan melenggang perut ini dilakukan kononnya ialah untuk menjauhkan malapetaka dan segala bahaya terhadap ibu mengandung dan yang akan bakal melahirkan anak.
Melenggang perut: Antara budaya, khurafat dan fakta sains
Bagaimanapun masih signifikankah adat melenggang perut? Jika tersalah urut boleh membahayakan nyawa ibu. Jika disertai jampi serapah dikhuatiri khurafat. Upacara tersebut hanyalah semata-mata kepercayaan masyarakat melayu lama sahaja. Islam melarang perbuatan yang menjurus kepada syirik.
Kalau Salah ‘Teknik’ Boleh Bahayakan Nyawa Berikut perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak yang merupakan pegawai perubatan, obstetrik & ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai adat/budaya melenggang perut.
ADAT RESAM: MELENGGANG PERUT BAHAYA?
Melenggang perut adalah ritual tradisional yang dilakukan bila wanita hamil genap tujuh bulan. Ritual ini bertujuan untuk memastikan kepala bayi pada posisi normal dengan harapan memudahkan proses bersalin.
Melenggang perut lebih terkenal di bahagian selatan Malaysia, di bahagian Utara, disebut dengan kirim perut, sementara di bahagian barat dan timur Malaysia, tidak terdapat data yang menjelaskan istilah yang berkaitan dengan upacara adat melayu ini.
BAGAIMANA MELENGGANG PERUT DILAKUKAN?
*Kain sebanyak 7 helai dengan 7 warna dibentangkan, sebagai alas untuk si ibu berbaring.
*Kemudian, perut si ibu diurut perlahan-lahan dengan minyak urut yang telah disediakan.
*Selanjutnya, kelapa yang sudah dikupas digulingkan secara perlahan di atas perut isteri secara bolak-balik dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Pada kali yang ke 7, buah kelapa tersebut sengaja dilepaskan dan dibiarkan bergolek golek hingga berhenti.
*Kemudian bidan memerhatikan bagaimana posisi muka atau mata buah kelapa tersebut bila berhenti bergolek. Jika mata kelapa menghadap ke atas, maka isteri akan melahirkan bayi lelaki, jika sebaliknya, maka isteri akan melahirkan bayi perempuan.

*Kemudian, kedua tangan bidan memegang hujung lapisan kain yang paling atas, lalu ia mengangkat sedikit hujung kain tersebut, dengan tujuan untuk melenggangkan perut si ibu. Setelah itu, maka bidan menarik kain tersebut helai demi helai secara perlahan hingga semua lapisan kain terlepas dari bawah pinggang si ibu.
*Kemudian lapisan kain yang paling bawah beserta buah kelapa, beras, damar, sirih-pinang yang terdapat di dalam tepak sirih diserahkan pada bidan.
*Tak dilupakan, setiap langkah ini disertai dengan jampi dan mantera tertentu.
Jadi apa signifikannya berlengang perut? Nak tahu jantina bayi dalam kandungan – kita boleh buat scan tengok bayi perempuan atau bayi lelaki. Sejauh mana benarnya kelapa yg bergolek-golek itu memberikan gambaran jantina bayi?

Urutan sebarangan untuk memusingkan kepala bayi boleh membawa bahaya kepada ibu. Tiada monitoring CTG – jantung anak – maka kita tidak tahu bayi berada dalam keadaan baik atau tidak. Kalau di hospital, ECV (prosedur nak pusingkan baby songsang) dibuat oleh doktor yang bertauliah dan di bawah pengawasan CTG. Jika berlaku komplikasi, ibu terus dihantar segera ke dewan bersalin untuk pembedahan caesarean.
Kalau masa berlenggang berlakunya masalah pada bayi – macam mana nak kesan? 
Dikhuatiri adat melenggang perut ini dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Bagaimanapun untuk menjaga hati dan perasaan orang-orang tua yang tegar nak buat juga adat ini mungkin boleh tegur secara berhemah. Cadangan membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kehamilan dan proses bersalin yang selamat adalah jauh lebih baik dan bermanfaat
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
The post Melenggang Perut, Ada Yang Masih Amalkan, Kalau Salah ‘Teknik’ Boleh Bahayakan Nyawa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/melenggang-perut-ada-yang-masih-amalkan-kalau-salah-teknik-boleh-bahayakan-nyawa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Boleh Amalkan 3 Tips Mudah Ini Untuk Tingkatkan Kecekapan Dan Kepuasan Pekerja

Anda Boleh Amalkan 3 Tips Mudah Ini Untuk Tingkatkan Kecekapan Dan Kepuasan Pekerja

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 260 hits
Untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kegembiraan para pekerja anda mungkin terfikir yang ia memerlukan satu perubahan struktur organisasi yang ada Tapi sebenarnya tak perlu buat perubahan besar Anda boleh lakukannya dengan 3 cara mudah ya...
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Saranan Doktor Ini

Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Saranan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 313 hits
Urutan dapat menenangkan emosi meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada ...
Hiburan Tak Boleh Bagi Dia Terlipat Pemuda Kongsi Cara Simpan Kain Samping Dengan Betul Hingga Boleh Turun Temurun

Hiburan Tak Boleh Bagi Dia Terlipat Pemuda Kongsi Cara Simpan Kain Samping Dengan Betul Hingga Boleh Turun Temurun

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 269 hits
Samping yang sering digayakan bersama baju Melayu adalah bukan sesuatu yang janggal lag lagi bagi para jejaka yang kebiasaanya memakai samping di hari hari tertentu seperti Hari Raya Namaun begitu mungkin masih ramai yang tidak cakna dengan...
Boleh Ke Buat Goo Hara Macam Ni Netizen Terus Persoal Hubungan Cinta Hyuna Junhyung

Boleh Ke Buat Goo Hara Macam Ni Netizen Terus Persoal Hubungan Cinta Hyuna Junhyung

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 274 hits
Berita hubungan antara Hyuna dan Yong Jun hyung mendapat reaksi buruk dari netizen ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini kedua selebriti itu mengumumkan secara tidak langsung mengenai hubungan mereka selepas memuat naik foto berpegangan tangan di...
Foto Konsolidasi Pro Demokrasi Apa Saja Boleh Beda Musuh Kita Tetap Sama Pelanggar Ham Politik Dinasti Dan Neo Orba

Foto Konsolidasi Pro Demokrasi Apa Saja Boleh Beda Musuh Kita Tetap Sama Pelanggar Ham Politik Dinasti Dan Neo Orba

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 143 hits
Diskusi Konsolidasi Pro Demokrasi ini digelar untuk menolak Politik Dinasti Pelanggaran HAM serta bangkitnya Neo Orba
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm