Melayu Yang Jujur Harus Diangkat Sekarang


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda mungkin kenal saya. Saya bekas ahli Parlimen Pandan yang sering ditahan polis, disaman dan dijatuhkan hukuman penjara kerana membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka yang berkuasa.

Mungkin masih ada yang ingat skandal-skandal yang saya bongkarkan itu adalah fitnah. Kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib cuba mempopularkan kononnya semua tuduhan mengenai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau adalah fitnah semata-mata.

Setiap kali saya menyemak sesuatu kes, saya bersandarkan kepada laporan kewangan yang telah diaudit. Saya tidak pernah tampil mengenai sesuatu isu kecuali tanpa bukti dari laporan kewangan yang telah diaudit, lagi pun saya seorang juru audit dan akauntan bertauliah yang mendapat tauliah di United Kingdom.

Kesemua angka-angka mengenai sesuatu skandal kewangan datang dari laporan kewangan yang diaudit.

Misalnya, saya mula-mula menyiasat skandal 1MDB kerana laporan kewangan anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd menunjukkan bagaimana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara telah memberi pinjaman RM 4,000 juta @ RM 4 billion kepada 1MDB untuk melabur di Mongolia.

Dari laporan tahunan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula, saya berjaya mengesan bagaimana dana pencen pesara tentera telah jatuh mendadak sejak LTAT terlibat di dalam projek 1MDB.

Begitu juga dengan FELDA. Saya mula membongkarkan kepincangan kewangan dalam FELDA berdasarkan penyata kewangannya yang diaudit dari tahun 2011 sehingga tahun 2016. Angka-angka yang diaudit Ketua Audit Negara ini dengan jelas menunjukkan jumlah wang FELDA yang telah dibelanjakan.

Sama juga dengan Tabung Haji. Saya hanya menampilkan analisa kewangan bagi menyokong hujah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif dan analisa itu datang dari penyata kewangan Tabung Haji sendiri.

Sumber maklumat yang membolehkan saya mendedahkan skandal MARA pula datangnya dari dokumen-dokumen jual beli yang difailkan di Australia dan dokumen Mahkamah Melbourne.

Anda juga sudah tentu tahu bahawa skandal NFC mula-mula disebut di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri. Saya hanya menyiasat dengan lebih mendalam dan mendedahkan pembelian-pembelian dengan menjejaki setiap kondominium yang dibeli.

Jika anda tidak percaya, saya jemput baca beribu-ribu muka surat dokumen yang berdasarkan dokumen-dokumen rasmi ini yang telah diaudit bagi setiap skandal yang saya bongkar, seperti pautan-pautan yang tertera di skrin:

Skandal 1MDB: 118 dokumen di http://rafiziramli.com/category/1mdb/

Skandal FELDA: 47 dokumen di http://rafiziramli.com/category/felda/

Skandal Tabung Haji: 31 dokumen di http://rafiziramli.com/category/tabung-haji/

Skandal NFC: 52 dokumen di http://rafiziramli.com/category/skandal-nfc/

Skandal LTAT: 16 dokumen di http://rafiziramli.com/category/ltat/

Skandal MARA: 21 dokumen di http://rafiziramli.com/category/mara/

Anda akan dapat saksikan sendiri bahawa semua skandal ini adalah dari dokumen-dokumen kerajaan dan penyata kewangan yang diaudit. Skandal-skandal ini juga tidak dinafikan atau dijelaskan sebaiknya oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib, kecuali menuduh saya menjaja fitnah.

Fitnah adalah mereka-reka cerita yang tidak wujud. Fitnah adalah berkata bohong.

Apabila saya mendedahkan bagaimana wang rakyat sebanyak RM 250 juta telah diselewengkan untuk membeli kondominium dan bukannya menternak lembu seperti yang sepatutnya, pimpinan UMNO tidak menafikan pun bahawa kondominium-kondominium telah dibeli atas nama keluarga Dato’ Seri Shahrizat. Mereka menuduh saya memfitnah atas alasan kononnya tindakan membeli kondominium menggunakan wang rakyat itu tidak salah, kerana mereka berhak membelanjakan wang yang dipinjam itu.

Sama juga keadaannya dengan Tabung Haji. Sehingga kini Dato’ Seri Najib dan Tabung Haji tidak pun menafikan bahawa rizab Tabung Haji pada tahun-tahun 2014 dan 2015 adalah negatif, seperti pendedahan saya. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji telah membayar dividen lebih dari keuntungan yang dijana dari perniagaan. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji kerugian berbilion ringgit dari pelaburan-pelaburan yang gagal di dalam FGV, TH Heavy Engineering dan pelbagai pelaburan lain.

Mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya di sebalik segala kerugian itu, disebalik rizab Tabung Haji yang negatif – itu tidak mempengaruhi keutuhan kewangan Tabung Haji.

Kaedah menutup skandal dengan menuduh saya memfitnah ini digunapakai dalam semua skandal yang lain juga. Tidak pernah sekali pun Dato’ Seri Najib menafikan angka-angka yang saya bentangkan mengenai kedudukan kewangan FELDA. Sudah tentu mereka tidak boleh menafikannya kerana angka itu datang dari penyata kewangan yang diaudit serta jawapan-jawapan menteri di parlimen.

Dato’ Seri Najib tidak menafikan bahawa hutang kumpulan FELDA telah meningkat menjadi RM 12 bilion setakat 2017, sedangkan FELDA tiada hutang sebelum beliau mengambil alih. Tan Sri Shahrir tidak menafikan bahawa wang tunai simpanan FELDA telah merosot dari RM 4 bilion dalam tahun 2011 kepada RM 434 juta sahaja di akhir 2016.

Sehingga sekarang mereka tidak menjawab soalan saya: ke mana perginya RM 7 bilion yang telah dibelanjakan di antara tahun 2011 hingga 2017? Siapa yang dapat RM 7 bilion ini?

Sebaliknya, mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya walau pun semua angka ini benar, tetapi tiada berlaku sebarang penyelewengan di dalam FELDA. FELDA hanya rugi kata mereka, sama seperti perniagaan lain pun rugi. Bila saya mempersoalkan kerugian yang melampaui batas ini, jawab mereka saya telah memfitnah.

Pakatan Harapan selalu dituduh kononnya kami ini kuda tunggangan DAP yang meruntuhkan institusi Melayu.

Satu hari nanti, saya yakin sejarah akan mencatatkan bahawa anak-anak Melayu dari Pakatan Harapanlah yang masuk ke penjara mempertahankan institusi Melayu seperti FELDA, Tabung Haji, MARA, LTAT dan lain daripada dirompak.

Oleh sebab sayangkan institusi Melayu seperti inilah saya berdepan dengan 14 kes dan 4 tahun hukuman penjara, kerana saya tahu pemimpin datang dan pergi, tetapi institusi yang memegang wang Melayu yang rata-rata miskin, ini perlu dipertahankan demi kebajikan dan masa depan orang Melayu.

Sudah tiba masanya kita mengangkat Melayu yang jujur, pintar, rajin dan amanah untuk mempertahankan institusi-institusi Melayu ini. Cukup-cukuplah kita menjadi saksi bagaimana pak Menteri, mak Menteri dan keluarga mereka memperkudakan nama Melayu demi kemewahan

Rafizi Ramli

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/melayu-yang-jujur-harus-diangkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Jokowi Larang Buka Identitas Pasien Covid 19 Kini Tak Boleh Dirahasiakan Dan Harus Diburu

Dulu Jokowi Larang Buka Identitas Pasien Covid 19 Kini Tak Boleh Dirahasiakan Dan Harus Diburu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 237 hits
Mantan Menteri BUMN Dahlan Iskan sempat dihujat habis habisan lantaran membuka identitas pasien pertama Covid 19 di Indonesia pada awal Maret 2020 Melalui tulisannya berjudul Dua Pertama Dahlan Iskan sengaja menuliskan identitas penderita C...
Bnpb Sebut Jalur Evakuasi Harus Dibangun Di Gunung Semeru

Bnpb Sebut Jalur Evakuasi Harus Dibangun Di Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 277 hits
Menurutnya pihaknya sudah meminta Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat untuk mendukung pembangunan jalur evakuasi di Gunung Semeru sebagai bagian dari pengurangan risiko bencana alam
Gus Menteri Tekankan Pembangunan Desa Harus Bertumpu Ke Akar Budaya

Gus Menteri Tekankan Pembangunan Desa Harus Bertumpu Ke Akar Budaya

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 209 hits
Menteri Desa Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi diundang menjadi narasumber Talk Show Temu Kenali Budaya Desaku yang tayang di salah satu TV Swasta di Jakarta secara virtual Jumat
Mendes Pdtt Regulasi Yang Diterbitkan Harus Memiliki Village Summary

Mendes Pdtt Regulasi Yang Diterbitkan Harus Memiliki Village Summary

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 217 hits
Hal ini berkaca dengan pengalaman dirinya saat menjabat Ketua DPRD Jombang menerima regulasi atau beleid dari Pemerintah Pusat yang begitu panjang dan kadang justru menyulitkan
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 315 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
Syahmi Sazli Bakal Diangkat Sebagai Ikon Pengarah Muda

Syahmi Sazli Bakal Diangkat Sebagai Ikon Pengarah Muda

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 274 hits
Kejayaan filem pertama Muhammad Syahmi Sazli Mael Totey The Movie telah mendapat perhatian FINAS dan bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda Menurut laporan Bernama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Mal...
Seminar Richworks Dr Azizan Osman Percuma Daftar Sekarang

Seminar Richworks Dr Azizan Osman Percuma Daftar Sekarang

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 692 hits
Hai Semua Alhamdulillah dah hampir 4 bulan Mar run bisnes Sesiapa yang follow Mar punya instagram mesti tahu Mar dah start 1 bisnes Marskin hq bulan 9 baru baru ni Doakan okay Jadi bila buat bisnes ni mesti nak ada sifu juga untuk formula f...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan