Melayu Mudah Terpengaruh Psywar Dan Psyops Jahat Ultra Kiasu


Di Mana Letaknya Keadilan?

Sudah lebih enam bulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), masih tidak reda lagi, ultra kiasu asyik menyalah pimpinan kerajaan terdahulu dengan kes salah laku dan rasuahnya.

Satu demi satu kes ditimbulkan dan didendangkan agar rakyat dapat melihat betapa bobroknya kerajaan terdahulu. Tujuannya, seolah-olah mahu mengaburi rakyat, supaya rakyat tidak terlalu menuntut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto.

Satu dua bulan tidak mengapa lagi, tetapi hari ini sudah berlarutan enam bulan. Sebab itu, saya sangat teruja dengan nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, agar kerajaan pimpinan PH lebih menumpukan kepada kerja bukan asyik mencari salah orang lain.

Prinsip saya jelas, seseorang itu dibuktikan tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Hukumlah mereka yang bersalah mengikut necara keadilan, jika mereka dibuktikan bersalah.

Sebelum dibuktikan, jangan hukum dan malukan mereka. Itu tidak adil namanya.

Benar, memang mudah mencari salah orang daripada salah sendiri. Lebih menyedihkan jika tujuan mencari salah orang bagi menutupi kelemahan sendiri.

Dewasa ini, sebut sahaja Melayu, maka dikaitkan dengan rasuah. Walhal berapa kerat sahaja Melayu yang menerima rasuah. Mereka inilah yang diberikan publisiti maha hebat.

Bapak segala rasuah iaitu pemberi rasuah dalam kalangan ultra kiasu, tidak pula dihebohkan dan dipublisitikan. Tetapi yang dihebohkan adalah Melayu yang menerima rasuah. Seolah-olah Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu. Tidak pula ditanyakan siapakah bapak pemberi rasuah itu.

Pergilah lihat projek-projek komersial dan perumahan yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, berapa ramai Melayu/bumiputera yang dirasuahkan.

Antara kedua kejahatan ini, mana lebih jahat, yang memberi atau yang menerima rasuah. Sudah tentu bapak segala kejahatan adalah pemberi rasuah iaitu ultra kiasu. Mereka jarang didakwa, yang didakwa adalah penerima.

Di manakah keadilan?

Satu demi satu karakter Melayu cuba dibunuh (character assassination) oleh ultra kiasu melalui rasuah tetapi masih gagal.

Maka, ultra kiasu menukar strategi daripada mereka yang membunuh karakter tersebut, lebih baik jika Melayu sesama Melayu melakukan pembunuhan karakter. Maka mereka sesama berantakan, sebangsa dan seagama.

Pembunuhan karakter adalah tindakan untuk mematikan dan menjatuhkan kredibiliti, nama baik dan reputasi seseorang, institusi (parti), NGO dan sesuatu bangsa. Ini termasuk menyebarkan berita tidak benar, fitnah dan pelbagai lagi bagi mencemar dan merosakkan imej sasaran mereka.

Mereka melakukan pembunuhan karakter atas peribadi seseorang dengan menyebarkan foto-foto dan berita-berita yang ‘direkayasa‘.

Pergoalan politik dunia sebelum ini turut menyaksikan keadaan yang serupa seperti apa yang menimpa nasib Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy; Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto; Perdana Menteri India, Indira dan Rajiv Ghandi; Presiden Filipina, Benigno Aquino dan sebelum itu, Aung San Suu Kyi.

Merekayasa foto dan berita adalah salah satu bentuk tindakan mencemarkan politik lawan. Misalnya mengedarkan foto rekayasa bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang memangku perempuan bernama Aryanti juga bentuk pembunuhan karakter bagi melenyapkan karier politiknya.

Dalam konteks politik Melayu, pembunuhan karakter bagi tujuan untuk merosakkan bangsa Melayu yang dikaitkan dengan rasuah. Akhirnya, Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu

Inilah psywar dan psyops jahat yang selalu dimainkan wayangnya agar Melayu digambarkan dengan watak buruk. Ultra kiasu diangkat seolah-olah merekalah penyelamat.

Akibatnya sedikit demi sedikit Melayu tidak yakin dengan kekuatan bangsa sendiri yang selalu dikaitkan dengan semua perkara negatif. Sehingga akhirnya Melayu malu mengaku dan menjadi Melayu.

Ultra kiasu cuba mematikan watak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dengan rasuah berbilion ringgit tetapi nampaknya watak Najib semakin hidup. Perancangan mereka masih gagal. Watak Najib bukan sahaja tidak mati tetapi semakin menonjol.

Malah, seolah-olah hari ramai tertunggu-tunggu, apakah yang akan dicakapkan oleh Najib setiap hari.

Sebelum ini dan sehingga ke hari ini, ultra kiasu cuba untuk mematikan watak Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, tetapi dengan Islam yang menjadi landasan dan moto perjuangan, karakter Presiden PAS, bukan sahaja tidak mati, malah terus segar.

Justeru, saya mohon agar orang Melayu perlu sedar akan perancangan busuk ini. Kurangkanlah bercakap pasal keburukan sesama sendiri dalam media sosial. Tumpukan apa yang boleh kita sumbangkan untuk membangunkan tanah air ini yang menjadi milik asal.

Hari ini, seolah-olah kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan mahu dihapuskan ultra kiasu.

Kita selalu berhujah, mana mungkin perkara ini boleh berlaku, disebabkan oleh semua ini dijamin oleh Perlembagaan. Raja kita Melayu, PM kita Melayu dan banyak lagi berkaitan dengan Melayu.

Pernahkah kita terfikir dan mengambil iktibar, kenapa negara Fiji tidak diperintah oleh dalam kalangan mereka sendiri (Fijian), tetapi oleh penghijrah iaitu India? Begitu juga dengan orang asal seperti Maori di New Zealand? Jangan pula ada berhujah balas, kenapa Malaysia tidak diperintah oleh orang Asli?

Amat malang jika Melayu masih tidak sedar permainan ultra kiasu. Malah Melayu menjadi seronok apabila ada Melayu yang menerima rasuah dihukum. Sedangkan bapak segala perasuah bebas tanpa apa apa tindakan.

Apakah Melayu selama ini tidak sedar bahawa selama lebih kurang 446 tahun Tanah Melayu dijajah, Melayulah yang bangun sendirian mempertahankan tanah nenek moyang ini? Jangan hanya kerana beberapa orang yang dituduh rasuah, akhirnya kita mahu gadaikan bumi tercinta ini.

Justeru, saya mohon agar pimpinan Melayu PH hari ini berhentilah menyalahkan pimpinan kerajaan terdahulu. Saudara semua adalah sebangsa dan seagama. Cukup-cukuplah memalukan sesama saudara. Mereka yang bersalah akan menerima balasan setimpal. Jika terlepas pun di dunia, mana mungkin terlepas di akhirat.

Fokuslah untuk melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Bahaskan perkara yang fundamental, bukan membalas dendam atau membincangkan perkara picisan.

Belalah rakyat marhaen di kawasan pedalaman yang berada dalam keadaan susah dan tertekan disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi seperti sawit, getah dan sebagainya. Nasib mereka jarang kedengaran dalam perbahasan Bajet 2019. Siapa untung, siapa rugi? Fikirkanlah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&hl=ja&passive=true&continue=https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL%3Dhttp://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/melayu-mudah-terpengaruh-ps

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kopiah Pan Songkok Pap Dap Melayu Mudah Digula Gulakan

Kopiah Pan Songkok Pap Dap Melayu Mudah Digula Gulakan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 573 hits
SEJAK memimpin PAN dan menjadi Menteri sudah lama tidak kelihatan Mohamad Sabu memakai kopiah putih di pentas pentas ceramah sedangkan itu adalah aksesori wajib beliau ketika bergelar ayam sabung Pas satu masa dahulu Dalam beberapa siri jel...
Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 470 hits
Hi semua Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan Orang perempuan ni susah untuk di duga Kita yang perempuan ni pun kadang kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain Sebab tu kerap la ...
Laluan Mudah Rafizi Dilantik Naib Presiden

Laluan Mudah Rafizi Dilantik Naib Presiden

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 315 hits
Tanpa alasan kukuh meletakan jawatan kerja SEORANG politikus Yang mahu diberi lebih perhatian
Xiaomi Akan Melancarkan Mijia Photo Printer Minggu Ini Pencetak Gambar Mudah Alih

Xiaomi Akan Melancarkan Mijia Photo Printer Minggu Ini Pencetak Gambar Mudah Alih

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 236 hits
Seperti yang anda semua sudah tahu Mijia adalah anak syarikat Xiaomi yang menghasilkan pelbagai produk bukan telefon pintar Mijia telah lancarkan pen lampu projektor tandas jam dan banyak lagi Terbaru Xiaomi dilihat hadir dengan Mijia Photo...
Resepi Puding Roti Berkuah Kastad Yang Mudah Dibuat Enak Rasanya Jom Buat

Resepi Puding Roti Berkuah Kastad Yang Mudah Dibuat Enak Rasanya Jom Buat

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1259 hits
Resepi puding roti berkuah kastad yang mudah dibuat enak rasanya Jom buat Assalamualaikum wbt Niat nak buat puding roti ni dah lama sebenarnya Cuma tak sempat nak mencari bahan dia Kebetulan adik cikla tanya pasal resepi puding roti itu yan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi