Melayu Himpun Kata Rasis Cina Boleh Pula Kata Hak Ridhuan Tee
fazleen safina Ultra kiasu bodoh tak boleh diajar. Biarlah Melayu bincang hal mereka

BANGI – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra  kiasu apabila mengkritik ‘individu-individu’ yang menghadiri Kongres  Maruah Melayu sebagai rasis
Beliau hairan apabila Cina ultra kiasu berkumpul dalam perhimpunan Cina, mereka mengatakan perkara berkenaan sebagai hak mereka
“Ini yang dikatakan bodoh yang tak boleh  diajar. Biar orang Melayu nak hadir perhimpunan sesama mereka dan  berbincang tentang hak-hak mereka yang semakin terhakis
“Apa pasal kamu ultra kiasu sakit  punggung? Peliknya, ultra kiasu boleh pula berhimpun dan berbincang  sebebas-bebasnya, sehingga kadang kala menyentuh perkara sensitif. Boleh  pula?” soalnya
Terdahulu, wakil DAP, Charles Santiago  menyifatkan bukan masa terbaik untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  merasmikan Kongres Maruah Melayu
Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen  Klang, mengingatkan Dr Mahathir bahawa beliau adalah perdana menteri  untuk semua rakyat Malaysia
Selain itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian  Ker dilaporkan berkata, kehadiran Dr Mahathir di Kongres itu memburukkan  hubungan antara kaum di negara ini
Ti turut mempersoalkan sama ada Pakatan  Harapan (PH) ingin memainkan isu perkauman di saat PAS dan UMNO  “bercakap mengenai mempertahankan semangat dan matlamat Perlembagaan  Persekutuan”
“Ironi apabila PAS dan Umno kini bercakap  tentang Muafakat Nasional tanpa menjejaskan kedudukan dan hak etnik dan  agama lain tetapi kerajaan PH dan pemimpin Bersatu mempromosikan melayu  fobia yang diselindungkan sebagai ‘martabat Melayu’ di universiti  awam,” katanya
Mengulas lanjut, Dr Ridhuan juga membidas  bahawa pemimpin ultra kiasu juga sebelum ini pernah menghadiri  perhimpunan parti Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan badan bukan  kerajaan (NGO) Cina seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong
“Cuba perhatikan berapa kali menteri dan  timbalan menteri ultra kiasu berucap dalam perhimpunan NGO Cina Dong  Jiao Zong, menggunakan bahasa Cina, kain rentang dalam bahasa Cina.  Pendek kata, semuanya Cina. Ini tidak rasis ke komunis?” soalnya
Dr Ridhuan berkata, himpunan yang  dianjurkan itu adalah berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan tidak  salah di sisi undang-undang
“China komunis, berhimpun dalam kalangan  mereka, Perdana Menteri India berhimpun bersama orang India, tidak pula  kamu kata rasis
“Sudahlah ultra kiasu, jika beginilah  perangai kamu, pergilah ke negara China dan bincanglah hak-hak kamu  disana. Nak tengok sejauh mana kamu boleh bincang
“Jika beginilah perangainya, jika ada  calon ultra kiasu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka ia  wajar ditolak. Saya juga harap PM tidak akan tunduk dengan tekanan ultra  kiasu,” katanya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/melayu-himpun-kata-rasis-cina-boleh.html