Melayu Dulu Mengurat Di Hari Raya


 

Di zaman dulu, hari raya bukanlah sahaja hari untuk mengunjungi tetamu bersilaturrahmi dan menziarahi sanak saudara yang lama tidak berjumpa. Ia juga hari untuk membuka luas mata, memandang-mandang dan mencari jodoh. Maka lazim lah kita mendengar kata-kata sebagai contoh, “Mak berkenan kepada anak si anu”; atau “anak si anu itu sesuai dengan kamu”; atau “si Fatah itu kerja elok di bandar” dan bermacam lagi.
Aidilfitri juga peluang untuk anak muda bermain mata. Memang orang Melayu dulu-dulu menggalakkan anak muda memandang-mandang, sehingga ada pantun yang terkenal itu:
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Tidaklah syak lagi punai melayang itu merujuk ke orang lelaki. Sebab punai mana lagi yang dirujuk dalam hal ini? Orang Melayu memang suka “dating” atau bercinta-cinta di tempat tersorok. Kita boleh melihatnya dalam filem-filem lama siap bernyanyi belaka, nah juga ada dalam pantun kita. Bukan main pantunnya, disaran untuk ‘berkhalwat’ di malam buta:
Air pasang dua kali semalam,
Ambung-ambung dari hulu;
Adik datang di tengah malam,
Bunga tanjung berbau dulu.
Tentulah pantun begini sebelum menjelmanya Abim dan PAS mengajarkan Melayu mesti bagaimana. Dulu-dulu tak ada Badar keliling taman dan kampung menjadi polis moral.
Pun, ada Abim ada PAS memang hari raya hari untuk memandang dan mengurat. Di jamuan atau kunjungan raya terbiasanya memang ditengok aspek fizikal seseorang sehingga ada pantun-pantun memuji kejelitaan sasaran:
Perahu kolek belayar putih,
Anak Siam pergi sembahyang;
Kecil molek giginya putih,
Siang malam terbayang-bayang.
Ads by KioskedSirih kuning pinangnya kelat,
Dimakan orang pagi hari,
Putih kuning gigi berkilat,
Hilang di mana abang nak cari.
Bahkan yang dilihat bukan sahaja yang jenis-jenis putih dan kuning langsat, tetapi turut mendapat perhatian ialah yang kulitnya tidak berapa cerah:
Ambil gendang di Kampung Jenis,
Bunga melati atas jendela;
Makin dipandang makin manis,
Sampai di hati merasa gila.
Sebetulnya orang Melayu ada nakalnya, kerana kadang-kala yang ditilik dan ditengok bukan pada warna kulit dan ganteng kekar dada pemuda atau rampingnya pinggang dara sahaja. Bahkan, kadang sedikit ‘lebih’ dari itu:
Puput bayu si Tuk Medan,
Tengah main disambar helang;
Lucut baju pada badan,
Terhurai kain pada pinggang.
Lentik sungguh pipi kijang,
Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
Tempat abang bersandar mabuk.
Ads by KioskedDi mana kuang bertelur?
Di atas lata, di ruang batu;
Di mana abang nak tidur,
Di atas dada di ruang susu.
Mujurlah sudah ada Abim dan PAS, maka ramailah perempuan Melayu sudah melabuhkan hijab ke paras dada, dan nasiblah ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, kebaya yang tajam itu sudah kepupusan. Maka waktu menghidang lemang dan ketupat itu tak terperasan apa pun.
Dapatlah kita membayangkan betapa banyaknya senyuman di pagi raya sehingga boleh diperikan warna gigi membawa si pemerhati terkenang-kenang lagi terbayang-bayang. Itu terserlah dalam dua pantun di bawah:
Anak kera cantik di bukit,
Dipanah oleh Indera Sakti;
Dipandang muka senyum sedikit,
Kerana sama menaruh hati.
Ambil dian pasang pelita,
Anak dewa main di karang;
Biar pandai bermain mata,
Jangan ketahuan di mata orang.
Memang pantun lama ada mengisyaratkan supaya orang muda mempelajari seni menjeling atau bermain mata tatkala berkunjung dan bermajlis begini, lagi-lagilah di hari raya. Selain bermain mata, orang Melayu juga menganjurkan ‘permulaan’ dengan mengirim surat. Maka kita membaca ada pantun berbunyi sebegini:
Ads by KioskedDaun betik dicitai-citai,
Beringin disarung ulat;
Janganlah patik diintai-intai
Jika ingin kirimlah surat.
Tentulah dalam zaman sekarang, selain surat, boleh sahaja anda ‘drop a message’ atau “DM” baik di kantung media sosial, mahupun di aplikasi WhatsApp atau Telegram. Akan tetapi orang Melayu juga meraikan mereka yang tidak suka berteka-teki dan berani berjujur menyatakan rasa hati. Memang banyak sekali pantun Melayu meminta berterus terang sahaja:
Tiup nafiri pukullah nobat,
Kerana menyambut ketua negara;
Sudikah saudari kita bersahabat,
Agar dapat memadu asmara.
Beringin di Kampung Pulau,
Pautan ayam tedung Gombak;
Hati ingin memandang pulau,
Biduk ada pengayuh tidak.
Di pihak perempuan mereka juga selalu melihat kesungguhan dan kesenonohan pemuda yang mengurat itu. Ada banyak pantun memberikan petunjuk, jenis huluran bagaimana yang akan diterima:
Awan berarak datang menerpa,
Nampak bintang beribu keti;
Biar bodoh sifat dan rupa,
Asal pandai mengambil hati.
Ads by KioskedAnak ruan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Menjadi hutang beribu tahun.
Pun tidak ada istilah untuk wanita Melayu itu harus akur dengan suguhan atau sungguhan keluarga. Ada sungguh banyak pantun – yang mungkin hari ini diraikan sebagai berunsur feminis – terang-terang menolak cinta atau sambutan perkenalan. Pantun itu jika dibaca terasa kasar:
Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.
Pergi ke pekan ke kota satu,
Singgah menanak sederaman minyak;
Tubuh hitam semacam itu,
Kampung kami terlalu banyak.
Lurah upih pergam datang,
Dapat seekor di sawah padi;
Suruh putih hitam datang,
Serta datang menyakit hati.
Untuk lelaki yang ditolak, berjiwa besarlah kerana penolakan itu patutnya biasa. Bergeraklah ke lain. Di sebalik galakan dan suruhan agar anak muda mengurat dan mencuba-cuba nasib di pagi Raya, ada juga pantun mengingatkan supaya “move on” kalau ditolak. Kaum lelaki Melayu hendaklah sedar diri:
Ads by KioskedLenggudi tumbuh di paya,
Burung dewata terbang di paya;
Tuan tak sudi apakan daya,
Biarlah saya bercinta seorang.
Buah ara bertali-tali,
Lenggudi tumbuh ke paya;
Minta perhamba ke bawah duli,
Tuan tak sudi apakan daya.
Di raya ini, untuk yang bujang-bujang janganlah lekas sangat terasa apatah lagi bersikap kurang ajar kalau disoal orang lama; bila gerangan hendak berpunya. Sebab itulah resmi di hari raya dulu-dulu. Jadi membawa ke zaman ini. Bahawa menjadi resam orang kampung atau sanak saudara mengusik dan bertanya mereka yang belum ada sesiapa, atau menggalakkan agar ada sesuatu terjadi antara generasi muda. Ini misalnya ditunjukkan dalam pantun:
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Pada masa hari raya beginilah boleh seseorang itu mempamerkan perangai dan akhlaknya sehingga dapat memukat rasa lantas membangkit hajat dan kenan bakal pasangan, atau ibu mertua:
Sedap sungguh buah nanas,
Buat makan buka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bahasa.
Ads by KioskedHari raya memang hari mencari dan mengurat. Janganlah segan malu dan berperangai naqib-naqibah sangat. Di hari raya ini, luaskan pencarian. Bukakan retina mata luas-luas, kenakan cermin mata, dan hayati pantun di bawah:
Cuba-cuba bertanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa;
Cuba-cuba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta.
Makan sahur bulan puasa,
Ayam berkokok subuh hari;
Baru kenal belum biasa,
Cuba-cuba merapatkan diri.
Selamat hari raya, makanlah seadanya, dan hati-hati jangan berbuat dosa. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/melayu-dulu-mengurat-di-hari-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Renovasi Rumah Untuk Persiapan Hari Raya Perhatikan Dulu Tipsnya

Ingin Renovasi Rumah Untuk Persiapan Hari Raya Perhatikan Dulu Tipsnya

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 279 hits
Namun sebelum mengeksekusinya ada beberapa hal yang perlu diperhatikan Apa saja
40 Ayat Minta Maaf Di Hari Raya

40 Ayat Minta Maaf Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 381 hits
1 Mohon maaf zahir dan batin jika selama setahun ini saya melakukan kesalahan atau kekhilafan yang tidak disengaja kepada anda Saya berharap kita dapat memperbaiki hubungan kita ke depannya 2 Saya memohon maaf jika selama setahun ini saya t...
Khutbah Jumat Jangan Ganggu Orang Lain Di Hari Raya

Khutbah Jumat Jangan Ganggu Orang Lain Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 253 hits
Jangan mengganggu orang lain di hari raya di antaranya lewat takbiran yang kadang menimbulkan kebisingan dan suara petasan
15 Common Sense Bila Tiba Hari Raya Kalau Semua Orang Alert Kan Aman

15 Common Sense Bila Tiba Hari Raya Kalau Semua Orang Alert Kan Aman

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 229 hits
Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pastinya mengundang kegembiraan buat umat Islam yang berjaya mengharungi cabaran Ramadan Apatah lagi istilah balik kampung sendiri menjadikan tradisi itu tidak pernah lapuk dek zaman Bertemu ayahanda dan...
Selamat Hari Raya Aidifitri

Selamat Hari Raya Aidifitri

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 316 hits
UCAPANAlhamdulilah esok kita rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bersama dengan kaum muslimi muslimat seantero dunia menyambut hari raya Aidifitri al Mubarak Hari raya merupakan simbolik hari kemenangan kita melawan dan mendidik n...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 368 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M 1444H buat semua umat Islam seluruh dunia Berakhirlah teka teki bila raya tahun ni Kita akan menyambut hari raya pada hari Sabtu 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H Tahun ni saya team Negeri Sembilan du...
Potret Toleransi Warga Bali Jelang Hari Raya Idulfitri

Potret Toleransi Warga Bali Jelang Hari Raya Idulfitri

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 634 hits
Potret Toleransi Warga Bali Jelang Hari Raya Idulfitri Momen perayaan Idulfitri dimanfaatkan warga untuk saling menolong sebagai semangat toleransi beragama Di kawasan Perumahan Pondok Kampial Permai Nusa Dua seorang warga membantu tetangga...
Masbuq Solat Hari Raya Apa Yang Perlu Dilakukan Ini Perinciannya

Masbuq Solat Hari Raya Apa Yang Perlu Dilakukan Ini Perinciannya

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 485 hits
Apa perlu buat kalau Masbuq Solat Hari Raya Umat Islam disyariatkan untuk melakukan solat sunat Aidilfitri apabila menjelangnya hari raya Apabila disebut tentang solat sunat aidilfitri pasti ada ritual ritual khusus yang perlu dilakukan Kit...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life