Melayu Berpecah Hingga Negara Terpaksa Ditadbir Dengan Bantuan Kaum Lain




Kredit: MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 201
 
SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana ketika menjadi Perdana Menteri keempat dahulu telah memperkenalkan program pandang ke Timur.
Katanya, beliau mahu menjadikan Jepun sebagai contoh kerana menyangka rakyat Malaysia boleh mengikuti usaha dan semangat rakyat negara itu yang musnah teruk dalam Perang Dunia.
“Masa itu saya tengok negara Jepun yang musnah teruk bangun dengan semangat yang kental. Mereka bina negara mereka tanpa bantuan orang asing sehingga mereka nampak maju
“Saya pilihlah Jepun sebagai model kepada rakyat Malaysia. Tetapi nampaknya, rakyat kita tidak ada semangat itu. Kita terlalu bergantung kepada orang asing dan semua jenis kerja.
“Jadi, saya minta maaf kerana perkenalkan pandang ke timur kerana saya tengok mereka kuat bekerja dan kaya. Mereka langsung tidak bergantung pada orang asing, mereka sendiri yang buat kerja,” katanya ketika berucap pada program Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Shah Alam, di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, orang Melayu di negara ini tidak mahu kepada kemajuan kerana mereka asyik berpecah sesama sendiri.
Kata beliau, zaman merdeka dahulu, Melayu antara kaum yang terbesar di Malaysia dan mencapai sehingga 60 peratus, tetapi disebabkan berpecah kepada enam bahagian, negara ini terpaksa ditadbir dengan bantuan dan kerjasama kaum lain.
“Orang Melayu langsung tidak hargai apa yang mereka miliki, mereka mahu juga berpecah sesama sendiri dan sedar tidak sedar Melayu kini menjadi kumpulan kecil.
“Kalau begini keadaannya, macam mana Melayu hendak berkuasa tanpa ditindas dan dihina oleh orang lain,” katanya.
Beliau menyatakan, apabila Melayu cuba mendapatkan kerjasama pihak lain, secara tidak langsung kerajaan berhutang budi kepada mereka dan dengan sendirinya negara ini telah digadaikuasanya oleh mereka.
Dr. Mahathir berkata, sebelum KMM berlangsung, beliau diminta dan diarah oleh pihak tertentu supaya tidak hadir dalam perjumpaan ini.
“Saya beritahu mereka, ini bukan soal program kumpulan tertentu. Yang akan dibincangkan ialah maruah Melayu dan saya sebagai orang Melayu berhak hadir dalam perjumpaan ini.
“Saya juga ingin ingatkan pihak tertentu, saya juga pernah berucap pada kumpulan bukan Melayu, tetapi orang Melayu tidak larang pun saya hadir majlis itu.
“Saya hadir sebab saya orang Melayu dan tidak mahu lepaskan peluang mengambil bahagian dalam perjumpaan ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.
Beliau turut mengingatkan orang Melayu bahawa peluang yang ada dan disediakan oleh kerajaan dalam negara ini telah diisi oleh orang asing disebabkan rakyat sendiri memandang kerja yang ada sebagai hina, bahaya, berat dan kotor.
Katanya, rakyat yang juga orang Melayu perlu terima hakikat apa yang beliau katakan itu, kerana selagi mengamalkan sikap tolak, selagi itu mereka tidak dapat kembalikan maruah yang telah hilang.
“Kita benarkan orang asing majukan negara kita sehingga kita sendiri jauh ke belakang.
“Apa yang saya katakan ini mungkin tidak disenangi semua pihak, tapi apa yang saya nyatakan ini adalah benar.
“Selagi kita tidak tukar cara hidup kita, selagi itu kita tidak sanggup menerima cabaran dan kita akan ketinggalan untuk selama-lamanya,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/06/melayu-berpecah-hingga-negara-terpaksa-ditadbir-dengan-bantuan-kaum-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 275 hits
Menyemai benih perpaduan Melayu tanpa pinggir kaum lain ULASAN nbsp Malangnya akan ada sahaja pihak yang tidak senang dengan usaha ini lalu dengan sengaja menimbulkan retorik perkauman
Tun M Jangan Minta Orang Lain Lakukan Melayu Sendiri Kena Pulihkan Maruah Melayu

Tun M Jangan Minta Orang Lain Lakukan Melayu Sendiri Kena Pulihkan Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 386 hits
Dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya Perdana Menteri berkata ker...
Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 314 hits
SHAH ALAM Orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa yang diberikan sehingga akhirnya maruah mereka dipijak dan dipandang hina bangsa lain tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata orang Melayu yang menjadi bangsa majoriti di neg...
Rupanya Ini Punca Kenapa Bengkel Motor Orang Melayu Tak Kaya Kaya Macam Bangsa Lain

Rupanya Ini Punca Kenapa Bengkel Motor Orang Melayu Tak Kaya Kaya Macam Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 460 hits
Perusahaan bengkel motosikal adalah salah satu perniagaan yang mampu mendatangkan keuntungan kepada peniaga Namun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa bengkel motor yang dimonopoli oleh bangsa melayu ini tidak menjadi kaya seperti bangsa...
Masyarakat Melayu Bersatu Dan Tidak Harus Berpecah Atas Kepentingan Sendiri

Masyarakat Melayu Bersatu Dan Tidak Harus Berpecah Atas Kepentingan Sendiri

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 274 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

Kongres Maruah Melayu Gagal Ubah Magnitude Politik Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 429 hits
ULASANSebahagian peserta kongres maruah Melayu MUNGKIN kerana nawaitu dan niat pihak penganjur atau mereka yang berada di belakang penganjur Kongres Maruah Melayu yang berlangsung hari ini tidak ikhlas maka kongres itu tidak menjadi Ia tida...
Tidak Guna Jadi Hero Melayu Jika Negara Bergolak Anwar

Tidak Guna Jadi Hero Melayu Jika Negara Bergolak Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 260 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim tegas mempertahankan ideologi berbilang bangsa dalam negara Malaysia Menurutnya amat mudah untuk menjadi hero orang Melayu dan menawan hati kaum itu dengan memecah belahkan perpaduan kaum Bagaimanapun kata Anwar b...
Mp Kepong Tawar Bantuan Pada Pelajar Terpaksa Buat 4 Kerja

Mp Kepong Tawar Bantuan Pada Pelajar Terpaksa Buat 4 Kerja

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 258 hits
MALAYSIAKINI Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menawarkan bantuan terhadap mahasiswa Ong Ke Shing yang mendedahkan terpaksa melakukan empat kerja sambilan dalam sebuah dokumentari baru baru ini Lim berkata walaupun pelajar universiti secara ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord