Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Perak


Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak
Assalamualaikum semua

Bulan lepas aku berkesempatan jalan-jalan dekat Bukit Merah. Sempat jugak lah aku dan beberapa kawan blogger join MOU Signing Ceremony Bukit Merah Orang Utan Island Foundation & Seoul Grand Park hari tu. Alang-alang dah p ke Bukit Merah kan. Bukan selalu dapat tengok Orang Utan ni. Walaupun ada yang usik-usik manja kata p jenguk kawan lama ka, haha. Jahat taw!


Aku ni pertama kali taw sampai ke Pulau Orang Utan ni. Sebelum ni pernah lah tengok Orang Utan dekat Zoo Taiping tu. Harga tiket nak ke Pulau Orang Utan ni tak silap aku dalam RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Nak ke Pulau Orang Utan ni hangpa kena naik bot merentas Tasik Bukit Merah tu taw. Setiap trip dalam masa 45 minit. Pulau Orang Utan ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang

Bila sampai ja dekat Pulau Orang Utan hari tu, kami disambut oleh tour guide yang sangat baik dan ramah dekat pulau ni. Sebenarnya tak panjang pun trail untuk tengok Orang Utan ni. Dalam 200 meter ja sebab kita dalam cage meanwhile Orang Utan berkeliaran sini dan sana


Tour guide tu ada cakap, kalau bernasib baik dapat lah kami tengok Orang Utan ni. Kalau tak memang seekor dua ja lah yang keluar tayang muka, hihi. Alhamdulillah nasib kami agak baik hari tu, dapat tengok banyak ekor jugak Orang Utan yang ada dekat situ


Fun fact, 97% DNA Orang Utan sama macam kita manusia ni. Jenis darah, cap jari, dan hormon depa. Dekat dalam dunia ni ada dua jenis ja Orang Utan, iaitu yang berkulit oren cerah dari Kepulauan Sumatera meanwhile yang berkulit Oren Gelap dari Kepulauan Borneo


Ni katanya Orang Utan yang tersangatlah  besar saiznya berbanding Orang Utan yang lain. Nama dia BJ. Tapi masa kami sampai tu dia baru lepas makan dan dah naik duduk atas pokok tu. So tak nampak lah dari jarak dekat kan

Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit MerahSelama ni kan, aku ingat Pulau Orang Utan Bukit Merah ni mendapat dana dari kerajaan dalam menjalankan aktiviti depa. Rupanya tak weh!. 
Kalau hangpa nak taw, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) ni mempunyai 16 ekor Orang Utan yang hampir semuanya lahir disitu. Dibuka pada tahun 2000, YPOUB ni dibina pada masa tu bertujuan untuk membantu Kerajaan Malaysia amnya negeri Perak untuk menjalankan program-program penyelidikan, pendidikan, pemuliharaan dan pemulihan, serta merangkuli dasar-dasar perlindungan Orang Utan yang boleh menjadi rujukan seluruh dunia

Tapi selepas 18 tahun, masih takda bantuan dari pihak kerajaan dalam membantu yayasan ni untuk terus berkembang dan memberi bantuan penyelidikan, pendidikan dan sebagainya. Sayangnya Pulau Orang Utan ni hanya dikagumi oleh pihak luar negara dari segi pakar rujuk tapi di Malaysia ni ianya dipandang sepi


Pada 10 November 2019 yang lalu, satu memorandom Persefahaman (MOU) telah dimeterai diantara YPOUBM bersama Grand Park Zoo (DGPZ) bagi menjalankan program-program penyelidikan selain menjadi rujukan bagi orang utan di zoo depa. Difahamkan depa jugak mempunyai beberapa ekor Orang Utan dan ada diantara Orang Utan yang kurang sihat. Jadi dengan MOU ni, dapat lah membantu depa meningkatkan kecekapan di dalam bidang zoologi, terutama spesis Orang Utan disamping dapat menerokai program-program lanjutan yang saling menguntungkan terutama kepakaran saintifik dalam bidang veterinar dan pemulihan hidupan liar


Selain SGPZ ni, bayak universiti dan institusi pengajian tinggi dari Singapura, Australia, United Kingdom, Ka Jepun dan Malaysia sendiri seperti USM, UM, UPM, UKM, Universiti Cyberjaya dan MRSM Pualu Pinang yang menjalinkan kerjasama dengan YPOUBM

Nampak tak?. Organisasi luar mampu melihat kebolehan dalam bidang saintifik biologi pemuliharaan ni dan membuktikan Malayisa boleh mengeksport pengetahuan dan kepakaran ni ke seluruh dunia.  So kenapa tak organisasi dalam Malaysia jugak nampak dan membantu memberi dana bagi meluaskan program ni?

Hangpa kalau nak melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort Perak ni, ianya dibuka kepada orang ramai pada setiap hari. Maklumat lanjut boleh hubungi 05-8908110 atau www.orangutanisland.org.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syuhainaatikah.com/2019/12/melawat-pulau-orang-utan-bukit-merah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Bihun Sup Sedap Di Bukit Minyak Pulau Pinang Bihun Sup Pak Harun

Kedai Bihun Sup Sedap Di Bukit Minyak Pulau Pinang Bihun Sup Pak Harun

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 2452 hits
Hi semua KEDAI BIHUN SUP SEDAP DI PULAU PINANG BIHUN SUP PAK HARUN Selalunya order bihun sup je Tapi kali ni tekak nak makan mee sup pulak Saya sendiri pun tak pernah makan kat kedai ni Suami je yang selalu datang makan sini dengan kawan ka...
Air Sungai Di Denpasar Berubah Merah Akibat Pencemaran Limbah Tekstil

Air Sungai Di Denpasar Berubah Merah Akibat Pencemaran Limbah Tekstil

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 260 hits
Warna air sungai atau Tukad Badung di sekitar Jalan Imam Bonjol Denpasar Bali berubah menjadi merah Selasa Kepala Satpol PP Kota Denpasar Dewa Sayoga menerangkan bahwa sungai itu berubah berwarna merah karena pemilik sablon Nurhayati membua...
Tanah Merah Jajahan Kedua Dilanda Banjir Di Kelantan Malam Ini

Tanah Merah Jajahan Kedua Dilanda Banjir Di Kelantan Malam Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 393 hits
Tanah Merah jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan malam ini nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Nov 201
Malaysia Jer Merah Ni Hahahaha

Malaysia Jer Merah Ni Hahahaha

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 322 hits
Saya tengok ada penyokong PH yang masih tak mampu menerima hakikat bahawa pasaran saham Malaysia adalah paling corot dalam dunia elehhh ini akibat perang dagang USA China Bukan Malaysia sahaja yang kena kata mereka Saya nak memberi beberapa...
Kemendagri Rapbd Terlambat Lampu Merah Untuk Dki Jakarta

Kemendagri Rapbd Terlambat Lampu Merah Untuk Dki Jakarta

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 196 hits
Dengan penyerahan draft RAPBD 2020 lebih dari tanggal 30 November 2019 artinya proses selanjutnya di Kemendagri yaitu evaluasi Pasalnya evaluasi paling lambat menghabiskan waktu 15 hari setelah draft diterima
Jumpa Panda Merah Di Luar Rumah

Jumpa Panda Merah Di Luar Rumah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 487 hits
LYON Seorang penduduk menemui seekor panda merah dalam halaman rumahnya di Perancis tengah awal pagi ini selepas haiwan itu melarikan diri dari sebuah zoo seminggu lalu Panda jantan berusia tiga tahun itu melarikan diri dari zoo di Saint Ma...
Hilang Di Empangan Melaka Dijumpai Berkaki Ayam Di Sungkai Perak

Hilang Di Empangan Melaka Dijumpai Berkaki Ayam Di Sungkai Perak

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 748 hits
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memulakan operasi SAR bagi mencari pemuda Orang Asli berusia 23 tahun dari Suku Kaum Temiar yang dilaporkan hilang di Empangan Jus Batang Melaka Jasin Foto Ihsan BombaOrang Asli dilaporkan hilang ...
Cantiknya Mural Di Pekan Bagan Datuk Perak

Cantiknya Mural Di Pekan Bagan Datuk Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 1512 hits
Gambar Facebook Bagan Datuk KiniDaerah Bagan Datuk terletak di sebuah pekan yang terletak kira kira 45 km dari barat Teluk Intan Hilir Perak Negeri Perak Malaysia Ia terletak di barat daya bandar raya Ipoh ibu negeri Perak Bagan Datuk diken...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul