Lebih menarik, pada 31 Disember 2019 iaitu dua hari sebelum Dr. Mazlee mengumumkan perletakan jawatannya setelah dinasihat (dipaksa) berbuat demikian oleh Tun Mahathir, terdapat sebuah laporan media mengenai kenyataan Tun Daim yang mengkritik prestasi bekas Menteri Pendidikan itu.Beliau menyalahkan kementerian di bawah Dr. Mazlee yang dilihatnya gagal merangka kurikulum berasaskan ilmu untuk pengembangan ekonomi sehingga kejayaan untuk negara sukar dicapai.Maka, menelusuri semua rentetan itu, bukan saja pengunduran Dr. Mazlee dikaitkan dengan pengaruh Tun Daim, malah tidak memeranjatkan jika Tok Pa yang merupakan anak didiknya dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baru.Namun, harus diingat Tok Pa adalah bekas pemimpin UMNO, bertanding atas tiket BN, undi beliau pun tentu juga kepada BN dalam PRU14 lalu, maka wajarkah dijadikan menteri di bawah kerajaan PH?Lebih daripada itu, ketika menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, beliau juga dikatakan pernah menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB daripada Najib Razak, lalu bermoralkah pemimpin seperti beliau dijadikan sebahagian anggota kabinet?Tidakkah pengundi yang telah memenangkan PH rasa dikhianati dengan perlantikan Tok Pa itu kerana Tun Mahathir dilihat masih memberi jawatan kepada lawan yang sudah dikalahkan?Lagi pula, apakah PH tiada pemimpin lain yang boleh dijadikan menteri sehingga Tok Pa yang pernah jadi menteri di bawah BN mahu dijadikan menteri lagi di bawah PH?Apa yang sukar dinafikan, jika benar Tok Pa akan dibawa menyertai kabinet, perlantikan itu pastilah mempunyai serampang dua mata bagi Tun Mahathir.Selain untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan lantaran ramai menteri yang tidak berpengalaman, mesej lain yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir ialah penghargaannya terhadap pelompat-pelompat parti yang sedia menyalin kulit perjuangan dan menyokongnya.Ia tentunya bertujuan untuk mendorong atau menarik minat lebih ramai Ahli Parlimen UMNO untuk sama melompat menyertai Bersatu.Melihat kepada keghairahan sesetengah Ahli Parlimen UMNO mencari projek sehingga sanggup datang ke rumah Azmin pada waktu malam, Tun Mahathir tentu beranggapan mereka pasti akan berlari kepadanya jika ternampak bayang ada jawatan yang boleh digenggam.Semua percaturan itu tidak lain adalah bertujuan memenuhi nafsu Tun Mahathitlr untuk berkuasa lebih lama, mengkhianati janji peralihan kuasa dan mengulangi watak PM4 di mana beliau mahu memilih penggantinya mengikut suka serta selera hatinya.Tetapi, apakah pemimpin-pemimpin PH akan berdiam diri saja jika pilihan pengundi itu dikhianati oleh Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 03/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |