Melancong Ke Zoo Dengan Google Meet
Mengunjungi zoo mahupun taman tema pasti menjadi aktiviti yang dinantikan seisi keluarga, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, aktiviti sebegini terpaksa diberhentikan seketika.
Namun, berbeza untuk Taman Buaya dan Rekreasi Melaka yang membawa satu kelainan. Orang ramai masih berpeluang ‘berkunjung’ ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka tetapi secara maya.
Hanya dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta membayar RM7 seorang, orang ramai mampu berkunjung serta meneroka Taman Buaya meskipun berada di rumah.
Pengurus Besar Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, Ahmad Syarifuddin Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini berkata, lawatan maya itu merupakan inisiatif untuk menambah pendapatan mereka yang terjejas akibat Covid-19.
Di samping itu, katanya, ia bagi memberi peluang kepada orang ramai yang rindu untuk keluar melancong.
“Sebelum PKP, kita buat Facebook Live, dan dalam live itu pun sambutan dah sangat memberangsangkan. Tapi sebelum ini live kita buat sebahagian sahaja. Contoh macam bagi makan buaya, jadi kita tengok ada potensi.
“Orang berminat nak tahu lagi jadi ada permintaan daripada situ kebetulan ada juga sekolah yang tanya sama ada kita boleh ke live untuk untuk murid-murid. Jadi, dari situlah kita terfikir nak buat lawatan berbentuk maya,” katanya.
Lawatan maya itu dibuat pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja untuk sesi pagi dan petang serta terhad kepada 150 peranti untuk setiap sesi.
Penonton akan diberi penerangan berkenaan lebih 100 ekor buaya serta haiwan-haiwan lain yang terdapat di situ termasuk ular, arnab, rusa timur, rakun dan pelbagai jenis burung.
Selain itu, pengunjung juga akan didedahkan dengan sisi-sisi lain buaya yang ramai tidak tahu, sekali gus dapat melihat apa yang terbaru di Taman Buaya.
“Konsep dia ibarat roh dan jasad pengunjung dekat tempat lain tapi rasa pengalaman yang sama dan biasanya kalau pengunjung datang bersemuka, kita akan ada sesi demonstrasi. Jadi, benda yang kita buat secara depan-depan tu pun kita akan buat juga semasa lawatan maya ni.
Ahmad Syarifuddin Mohamad
“Fakta-fakta yang kita beri masa kita buat persembahan dekat Taman Buaya tu pun kita akan buat sekali dalam lawatan ini dan untuk sesi bagi buaya makan tu pun kita akan tunjukkan secara dekat. Jadi pengunjung boleh rasa macam seolah-olah berada dalam taman buayalah.
“Antara kelainan lain yang menarik dalam lawatan secara maya ini adalah kita menyediakan komunikasi secara dua hala antara pengunjung dengan pihak Taman Buaya. Andai kata masa tengah buat live penonton nak tanya, nak suruh tunjuk dekat dan sebagainya, mereka boleh tanya secara langsung,” tambah Syarifuddin.
Sejak permohonan atas talian lawatan maya PKP itu dibuka pada Sabtu lalu dan sehingga hari ini, pihak Taman Buaya telah menerima lebih 10,000 permohonan dan mendapat sambutan yang sangat meriah serta menggalakkan daripada orang ramai.
Permohonan yang diterima pula bukan sahaja dari dalam Melaka malahan hampir majoritinya dari luar seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.
Melancong ke zoo dengan Google Meet
Baca Artikel Menarik :
Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
Artis mengaku pada polis beli ganja online
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
Jual ‘Karipap’ RM6,000 sehari 9 wanita asing ditahan
The post Melancong ke zoo dengan Google Meet appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/06/19/melancong-ke-zoo-dengan-google-meet/