Melaka River Cruise Bersama Homestay Bonda Banda Hilir


Jika anda berada di Melaka Untuk Semalam dan menginap di Homestay Bonda Banda Hilir kawasan pelancongan yang terbaik dan terdekat dengan hanya memandu bawah 10 minit ialah  Melaka River Cruise.
Katakan anda mendaftar masuk ke  Homestay Bonda Banda Hilir pada oukul 0300pm dan anda rehatkan badan di sana. Selepas isyak anda sudah boleh memulakan perjalaan semalam di Melaka ke Melaka River Cruise.


Semalam di Night Market Jonker Street

Melaka River Cruise ialah aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan jika anda ke bandar Melaka. Anda akan dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Melaka sejauh sembilan kilometer untuk melihat berbagai tarikan yang ada disepanjang tebing sungai. Ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Perjalanan selama 45 minit bagaikan tak terasa. 
Disini saya senaraikan apa yang menarik boleh diperhatikan semasa mengikuti aktiviti river cruise di Sungai Melaka sebagai panduan anda yang berminat untuk mencuba.

Keterangan gambar: Aktiviti pelancongan menarik River Cruise Melaka.
Tarikan Melaka River CruisePengunjung boleh mengikuti aktiviti river cruise diwaktu siang atau malam. Kedua-duanya sangat menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Berikut ialah antara tarikan yang ada bila menaiki Melaka River Cruise sesi siang.
Wall ArtSemasa menaiki river cruise ini, pelancong akan dapat melihat berbagai jenis lukisan menarik di dinding-dinding bangunan yang terletak ditebing sungai. Berbagai tema lukisan yang unik dapat diperhatikan dimana ia hanya dapat dilihat dari tepi sungai Melaka.
Lanskap menarikBerbagai lanskap menarik ada disepanjang tebing Melaka. Mungkin ramai yang tidak sedar akan wujudnya laluan pejalan kaki, taman-taman mini serta binaan lanskap yang ada disebalik bangunan lama yang terletak disini. Bila menaiki Melaka River Cruise, anda dapat melihat bandar Melaka dari sisi yang berlainan dan ia benar-benar menakjubkan.

Keterangan gambar: Pemandangan Melaka River Cruise diwaktu malam.
Kampung melayu tradisionalKampung Morten ialah perkampungan melayu tradisional yang terletak ditebing Sungai Melaka. Kampung ini telah wujud sejak dari zaman penjajah lagi. Semasa menaiki Melaka River Cruise, pengunjung dapat melihat deretan rumah tradisional yang cantik terletak ditepi sungai. Kebanyakkan rumah-rumah ini dibina dari kayu. Disini juga terdapat sebuah rumah dalam keadaan asal dengan rekabentuk senibina melayu zaman dahulu yang sangat mengagumkan.

Keterangan gambar: Kampung Morten, sebuah perkampungan melayu bersejarah di Melaka.
JambatanSemasa menaiki Melaka River Cruise, bot akan lalu dibawah beberapa jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Antaranya ialah Jambatan Datuk Mohd Zin, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Kampung Morten, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Pengunjung akan dapat melihat senibina unik setiap jambatan dari dekat. Apa yang menariknya, ia benar-benar menawarkan pemandangan mengagumkan bila dipandang dari sudut yang berbeza.
HotelSalah satu tarikan yang ada disepanjang tebing sungai Melaka ialah hotel. Berbagai jenis hotel termasuk hotel mewah, hotel bajet dan rumah tumpangan boleh dilihat semasa menaiki river cruise. Apa yang menariknya, bahagian belakang hotel yang menghadap sungai disediakan kerusi dan meja untuk tetamu beristirehat. Juga terdapat kedai kopi atau cafe yang dihias menarik. Dapat dilihat dengan jelas betapa suasana ini dapat menarik pelancong-pelancong dari luar negara.

Keterangan gambar: Hotel menarik ditepi Sungai Melaka.
Bangunan lamaSemasa menaiki Melaka River Cruise ini, pengunjung dapat melihat beberapa bangunan lama yang terletak ditebing sungai. Ada bangunan yang dijadikan hotel, restoran, cafe, kedai kraftangan dan lain-lain. Malah sebuah panggung wayang Cathay lama juga terletak ditepi sungai ini. Anda mungkin telah melihat bangunan-bangunan ini dari hadapan tetapi bahagian belakang bangunan ada keistimewaan tersendiri. Melihat dari atas bot semasa menyusuri Sungai Melaka membuatkan saya benar-benar kagum.
Kincir Air Kesultanan MelakaSalah satu tarikan yang ada semasa menaiki river cruise ialah Kincir Air Kesultanan Melaka yang telah dibina semula di sungai ini. Kincir air yang sangat besar ini cukup unik dan jika di Malaysia hanya boleh dilihat di negeri ini sahaja.

Keterangan gambar: Kincir Air Kesultanan Melaka.
Hutan Paya BakauDitepi Sungai Melaka ini terdapat hutan paya bakau yang subur menghijau. Ia bagaikan taman indah menghiasi bandar Melaka yang pesat membangun. Sebenarnya pokok-pokok bakau disini dipelihara bagi menghalang hakisan tebing sungai. Ia juga menjadi habitat semulajadi haiwan yang ada disini.
Melaka River Cruise waktu malamPengalaman berbeza dapat dirasa bila melakukan aktiviti Melaka River Cruise diwaktu malam. Anda akan dapat melihat semua tempat menarik yang ada seperti di sesi siang tetapi pemandangannya sangat berlainan. Antara yang menarik ialah:
Lampu berwarna warniLampu berwarna-warni dapat dilihat semasa menaiki river cruise menyusuri sungai Melaka diwaktu malam. Lampu-lampu ini menghiasi bangunan, taman dan lanskap, jambatan serta lain-lain lagi. Ia menghasilkan pemandangan unik dan cukup cantik. Ia adalah keistimewaan utama menaiki Melaka River Cruise diwaktu malam.
Taman Tema AirSebuah Taman Tema Air yang dibina ditepi Sungai Melaka sangat cantik bila dilihat dari atas bot semasa aktiviti river cruise di waktu malam. Semasa siang ia tidak berapa menonjol tetapi dengan kesan lampu berwarna-warni dan "spot light" di malam hari, ia memberikan pandangan sangat berbeza.
Jambatan yang cantikSama seperti Taman Tema Air, jambatan-jambatan yang ada di sepanjang Sungai Melaka ini sangat cantik di waktu malam. Lampu berbagai warna menghiasi jambatan. Pantulan cahaya dari sungai menambah kecantikan yang ada. Ia benar-benar menarik dan pasti mempesonakan sesiapa sahaja.
Lokasi Melaka River CruiseLokasi Melaka River Cruise ialah di Bandar Melaka. Pengunjung akan dibawa menaiki bot sejauh 9 KM menyusuri Sungai Melaka. Perjalanan mengambil masa lebih-kurang 45 minit.
Kaunter tiketDua buah kaunter tiket Melaka River Cruise disediakan iaitu di Muara Sungai Melaka, berhampiran Muzium Samudera dan juga di Taman Rempah, Jalan Tun Mutahir.

Keterangan gambar: Kaunter tiket Melaka River Cruise di Muara Sungai Melaka.
Waktu operasiWaktu operasi Melaka River Cruise ialah dari pukul 9 pagi hingga 11.30 malam. Pelancong boleh memilih untuk mengikuti sesi siang atau malam. Anda boleh memilih untuk mengikuti sesi siang dan malam jika berkesempatan. Ia memang tidak mengecewakan.

Keterangan gambar: Melaka River Cruise di waktu malam.
Harga tiket Melaka River CruiseHarga tiket Melaka River Cruise adalah sangat berpatutan dengan apa yang ditawarkan. Pilihan disediakan samada tiket untuk individu atau secara berkumpulan. Harga yang dikenakan ialah seperti berikut.
Harga tiket pemegang MyKadDewasa: RM10.
Kanak-kanak: RM5.
Berkumpulan (satu bot): RM400.
Harga tiket pelancong asingDewasa: RM15.
Kanak-kanak: RM7.
Berkumpulan (satu bot): RM600.

Keterangan gambar: Menaiki bot river cruise Melaka.
Kesimpulannya, Melaka River Cruise ialah aktiviti pelancongan yang mesti dilakukan jika anda bercuti di negeri ini. Berbagai tarikan seperti yang telah disenaraikan diatas dapat dilihat. Tidak banyak lokasi pelancongan lain yang menawarkan pekhidmatan sebegini. Malah boleh dikatakan, aktiviti river cruise di Melaka ialah yang paling menarik di Malaysia. Ia adalah satu pengalaman unik dan menyeronokkan. Aktiviti ini juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan boleh dilakukan samada bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Akhir sekali, jika artikel ini berguna untuk anda, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan di laman sosial sebagai tanda sokongan. Selamat bercuti!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://haniftravel.blogspot.com/2024/03/melaka-river-cruise-bersama-homestay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Night Market Jonker Street Bersama Homestay Bonda Banda Hiir

Night Market Jonker Street Bersama Homestay Bonda Banda Hiir

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 268 hits
Jika anda berada semalam di Melaka dan tinggal di selain anda boleh sahaja pergi ke Night Market Jonker Street Perjalanan memandu dari Homestay Bonda Banda Hilir ke Jonker Street hanyalah 7 minit sahaja Saya sebenarnya malas nak menulis apa...
Homestay Terbaik Di Bandar Melaka

Homestay Terbaik Di Bandar Melaka

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 267 hits
Memperkenalkan Penginapan Terbaik di Tengah Bandar Homestay Bonda Banda Hilir Melaka 2024Apabila tiba di Melaka terdapat banyak pilihan penginapan yang menarik untuk ditemui Salah satu yang semakin popular adalah homestay yang menawarkan pe...
Homestay Yang Berdekatan Kawasan Pelancongan Di Melaka

Homestay Yang Berdekatan Kawasan Pelancongan Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 250 hits
Jika anda mahukan homestay yang berdekatan dengan kawasan pelancongan Homestay Bonda Banda Hilir adalah pilihan yang tepat Dimana KE RED SQUARE HANYA 7 MIN KE MENARA TAMING SARI HANYA 10 MINKE A FAMOSA HANYA 8 MINKE QUEEN VICTORIA FOUNTAIN ...
Memastikan Keselamatan Di Homestay

Memastikan Keselamatan Di Homestay

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 193 hits
Panduan Terbaik Memastikan Keselamatan di HomestayHomestay telah menjadi semakin popular di kalangan pelancong yang mencari pengalaman yang lebih autentik dan peribadi Walau bagaimanapun kebimbangan keselamatan sering timbul apabila mengina...
Panduan Homestay Pelancongan

Panduan Homestay Pelancongan

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 159 hits
Panduan Lengkap Membangunkan Homestay PelanconganJika anda pernah terfikir untuk menjadikan rumah anda sebagai pelancongan anda berada di tempat yang betul Homestay pelancongan adalah konsep yang semakin popular dalam industri pelancongan h...
Adakah Menginap Di Homestay Itu Bagus

Adakah Menginap Di Homestay Itu Bagus

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 114 hits
Menyingkap Keajaiban Penginapan di Homestay Panduan MenyeluruhMenginap di homestay menjadi pilihan popular dikalangan pelancong moden hari ini Tetapi adakah pengalaman ini benar benar memuaskan Mari kita terokai dengan lebih mendalam Pengal...
Apakah Maksud Homestay

Apakah Maksud Homestay

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 253 hits
Homestay merupakan jenis penginapan yang semakin popular dalam industri pelancongan masa kini Secara ringkas homestay merujuk kepada penginapan sementara di mana tetamu menginap di kediaman orang tempatan Pengalaman ini memberi peluang kepa...
Hal Hal Yang Dilarang Selama Ramadan Di Banda Aceh

Hal Hal Yang Dilarang Selama Ramadan Di Banda Aceh

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 126 hits
Forum Koordinasi Pimpinan Daerah Kota Banda Aceh telah mengeluarkan seruan bersama untuk mengatur tata laksana ibadah selama bulan puasa Ramadan 1445 Hijriah
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket