Mekdi Sentiasa Di Hati
Mekdi Sentiasa Di Hati | Assalammualaikum semua! Kekerapan kita menikmati Mekdi pastinya membuatkan kita selesa menyebut "Jom ke Mekdi, Nak Mekdi, Cheeseburger Mekdi, Drive-thru Mekdi je, Happy Meals Mekdi pun ok" dan banyak lagi perkataan kita akan sebut McDonald's kepada Mekdi. Begitulah keunikan rakyat Malaysia. Ayat yang panjang, dipendekkan. Comel kan? Korang tahu tak ada 16 restoran McDonald's dah ditukar papan tandanya kepada Mekdi? Ruby teruja siap bawa seisi keluarga pergi makan di salah satu cawangan Mekdi berdekatan iaitu Mekdi Bukit Bintang. Menikmati makanan Mekdi kegemaran masing-masing bersama keluarga adalah saat paling manis. Yayy!
Mekdi Sentiasa Di Hati
McDonald's Malaysia telah menukar papan tanda ikonik kepada Mekdi di restoran-restoran terpilih sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-63 tahun, Hari Malaysia dan Ulang Tahun ke-38 cawangan Mekdi Bukit Bintang.
Papan tanda Mekdi - yang merupakan panggilan tempatan untuk 'McD' adalah singkatan bagi McDonald's. Ia telah dilancarkan secara rasmi di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya, dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara. Apa yang lebih menarik, kesemua 16 restoran itu dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia, yang diberi peluang mengundi.
16 lokasi restoran McDonald's yang telah memiliki papan tanda Mekdi:
McDonald’s Bukit Bintang
McDonald’s Titiwangsa
McDonald’s KLCC
McDonald’s Putrajaya, Presint 2
McDonald’s Kuala Selangor
McDonald’s Greenlane, Penang
McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
McDonald’s Stulang Laut, Johor
McDonald’s Kulai, Johor
McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
McDonald’s Taman Buaya, Malacca
McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
McDonald’s Kuching 1, Sarawak
McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah
Mekdi Kegemaran Kami Sekeluarga
Baru-baru ini, Ruby makan di restoran McDonald's Bukit Bintang. Lama juga tidak makan di restoran. Kebiasaannya tapau je dari Drive-thru. Kru Mekdi amat mematuhi SOP Pandemik COVID-19. Melayan pelanggan dan memberi taklimat ringkas bagaimana etika makan di restoran tu Ruby suka. Rasa warm welcome. Ruby Imbas QR Code MySejahtera, Scan suhu, Sanitasi tangan, ambil nombor dan masuk terus membuat pesanan melalui mesin. Kemudian bayaran menggunakan kad debit. Kami terus mencari tempat duduk dan kru McDonald's akan menghantar makanan yang kami pesan. Ruby sekeluarga tidak perlu beratur lama dan anak-anak pun tak berlari ke sana ke sini. Lega sungguh!
Boleh dikatakan Ruby membesar dengan Mekdi. Ruby mula menyukai Mekdi ketika zaman kanak-kanak. Tiap kali arwah Abah gaji atau Mak dapat gaji. Kami akan ke McDonald's cawangan Bangsar. Di sana, Abah akan order set nugget yang banyak. Nugget ayam mekdi memang lain dari yang lain. Hanya di Mekdi je ada tau. Kami 3 orang adik-beradik perempuan akan makan nugget tu sambil bermain gelongsor di sana. Abah dan Mak suka makan burger ayam Mekdi. Sampai sekarang mak suka.
Seterusnya Mekdi menjadi tempat Ruby gathering dengan kawan-kawan. Meet up untuk mesyuarat sekejap, sembang heart to heart atau me time bersendirian. Mesti pilih Mekdi. Bau restoran Mekdi amat menenangkan. Hahaha. Ruby suka betul bau restoran Mekdi. Dia ada sesuatu yang segar dan mengimbau kenangan. Kadang-kadang, rindu waktu kecil. Waktu yang indah bersama keluarga. Ruby akan ke McDonald's.
Sejak dah berumahtangga, McDonald's Drive-thru menjadi pilihan untuk memujuk dan memberi ganjaran kepada anak-anak. Boleh dikatakan setiap hari Khamis, Ruby akan ke McDonald's untuk beli Happy Meals. Hari yang dinantikan oleh anak-anak apabila permainan baru akan muncul. "Ibu, today is the day, don't forget to buy Plain Cheeseburger with French Fries and Ice Lemon Tea Happy Meals. Adam nampak Doraemon!". Begitulah setiap pagi hari khamis sebelum ke sekolah. Peringatan comel.
Dulu, anak-anak tak faham kenapa permainan ni kena ikut tarikh yang disediakan. Berebut pilih nak itu ini, tapi tak perasan tarikh. Hahaha. Jadi, Ruby ajar mereka tengok tarikh dan hari. Melalui Happy Meals ni mereka belajar tentang hari apa, tarikh dan perbezaan setiap permainan. Jika mainan habis, mereka pilih buku. Belajar untuk membuat pilihan.
Menu kegemaran Ruby dan suami semestinya Nasi Lemak Ayam McD. Ayam mesti Spicy dan bahagian ayam adalah isi. Berpeluh makan, tapi nikmatnya. Fuhhhhh.
Geng Nasi Lemak Mekdi
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. Korang boleh menikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, berserta sambal pedas enak. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).
Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.
Cendol Mekdi
Keunikan McDonald's menyediakan menu istimewa dan sentiasa ada promosi menarik mengikut musim perayaan adalah punca Ruby sentiasa ke Mekdi. Kali ini, McFlurry Cendol dan Corn Pie. Sedapnya!
McDonald's menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. McFlurry Cendol dijual pada harga RM 7.08 dan Corn Pie dijual pada harga RM 4.25.
McDonald's Malaysia #KitaBoleh
McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada warga kerjanya, dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan. Pandemik COVID-19 yang melanda telah menguji operasi perniagaan McDonald's di pelbagai peringkat, dan terus berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong McDonald's sepanjang tempoh mencabar ini.
McDonald's berbangga dengan kru yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat. Kempen #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara bermula pada bulan Mac 2020 sebagai penghargaan kepada keberanian Petugas Barisan Hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)
McDonald'syang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat mengalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.
Mengenai McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 38 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. McDonald’s® Malaysia adalah Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan Mekdi mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.
www.mcdonalds.com.my | www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia | www.facebook.com/My.McDonalds
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/09/mekdi-sentiasa-di-hati.html