Luluh Hati 19 Pemilik Rumah Lihat Kediaman Dirobohkan Kerajaan Ph Kejam




SHAH ALAM: Luluh hati 19 pemilik buah rumah Desa Subang Perantau di sini, menyaksikan kediaman masing-masing dirobohkan pihak berkuasa hari ini, selepas kerajaan Selangor memutuskan lot tanah mereka terbabit dengan projek melencongkan Sungai Pelempas di situ.
Kerja-kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu, bermula jam jam 7 pagi tadi, ketika penduduk menganggap tindakan itu sebagai satu kezaliman dan penganiayaan terhadap mereka yang mendiami kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Desa Subang Perantau, Basri Mustapha, berkata permohonan secara berkumpulan untuk 105 lot tanah di situ dibuat pada 1990 dan hanya 16 lot tanah yang belum diluluskan Geran Kediaman Kekal sehingga kini.
"Pada Februari 2018, kerajaan negeri mewartakan sempadan Sungai Pelempas, sedangkan kami membina kediaman di sini lebih 10 tahun sebelum itu, walaupun permohonan geran masih berstatus 'permohonan'.
"Penduduk berasakan kerajaan negeri akan memberikan kelulusan geran dan sehingga kini masih menunggu kelulusan itu, namun tidak menyangka kerajaan negeri mengambil keputusan merobohkan kediaman kami untuk melaksanakan projek berkenaan.
"Sepatutnya semasa kerajaan mewartakan perkara itu, mereka sudah mengambil kira kos pampasan untuk rumah-rumah yang perlu dirobohkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Basri berkata, setakat ini penduduk yang kediamannya yang dirobohkan hanya diberikan pampasan di antara RM5,000 hingga RM15,000 dan jelas ia tidak memadai dengan kos dilaburkan membina kediaman di antara RM100,000 hingga RM300,000.

Kerja-kerja meroboh kediaman di atas 16 lot tanah itu, bermula jam jam 7 pagi tadi. - NSTP/Mahzir Mat IsaNamun apa yang lebih mencurigakan, katanya mengapa lencongan sungai yang dirancang itu membabitkan lot tanah mereka, sedangkan ada ruang tanah kosong di seberang sungai yang bersempadan dengan tanah milik Malaysia Airports Berhad (MAHB) yang lebih sesuai dan mengikut laluan sungai semula jadi.
"Kediaman kami bukan setinggan, sebaliknya lot tanah dalam status permohonan dan sejak 2016, penduduk atas 16 lot ini diberikan notis kerja meroboh, namun kami masih berharap perkara itu dapat ditangguhkan.
"Sejak itu banyak kali rayuan dibuat termasuk kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor serta Kementerian Air, Tanah dah Sumber Asli tetapi tidak berhasil.
"Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Desa Subang Perantau turut berusaha menyelesaikan masalah berkenaan, termasuk mengupah juru ukur tanah dan membuat pelan cadangan lain yang lebih baik untuk projek melencongkan sungai berkenaan," jelas beliau.
Bagaimanapun, katanya cadangan itu tidak diendahkan dan kerajaan negeri tetap dengan keputusan mereka merobohkan semua 19 kediaman yang berada di atas 16 lot tanah berkenaan.
Setakat petang ini, 17 kediaman selesai dirobohkan, manakala dua lagi pemilik rumah meminta perkara itu ditangguhkan dan diberikan tempoh sehingga 14 September ini untuk mengosongkan kediaman.

Setakat ini penduduk yang kediamannya yang dirobohkan diberikan pampasan di antara RM5,000 hingga RM15,000. - NSTP/Mahzir Mat IsaBasri berkata, selain jumlah pampasan yang tidak setimpal, penduduk yang terkesan akibat perkara itu juga tidak diberikan kediaman transit sementara.
Mereka hanya ditawarkan kediaman lain menerusi projek Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, namun kediaman itu hanya akan siap dalam tempoh tiga tahun lagi, menyebabkan penduduk berasa teraniaya.
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam satu surat jawapan kepada pihak persatuan menyatakan projek berkenaan perlu dilaksanakan sebagai projek tebatan banjir di Kampung Melayu Subang.
JPS memaklumkan kajian mereka bersama sebuah syarikat perunding kejuruteraan mendapati jajaran sungai itu adalah semula jadi dan tidak boleh diubah kerana melibatkan struktur tanah di tebing sungai yang boleh membahayakan jika berlaku tanah runtuh.
Pihak JPS turut menjelaskan projek itu memerlukan pengalihan 16 meter untuk mengelak perobohan dan kerajaan negeri perlu menanggung kos kerugian hampir RM1 juta untuk kos bina semula jika ada strutur yang perlu dirobohkan.

Penduduk, Mohamad Zulkifli Yusoff (tengah) melihat kesan rumah yang dirobohkan. - NSTP/Mahzir Mat Isa#Sumber : BH

MR :    PH memang tak boleh diharap


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/luluh-hati-19-pemilik-rumah-lihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Haram Boleh Beroperasi Kerana Dasar Kerajaan Negeri Rumah Haram Diroboh

Kilang Haram Boleh Beroperasi Kerana Dasar Kerajaan Negeri Rumah Haram Diroboh

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 331 hits
byAssistant Editor September 10 2020KUALA LUMPUR Aktiviti perniagaan kilang tanpa kebenaran berterusan sehingga hari ini adalah kerana ada yang mengambil kesempatan terhadap dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Sejak 2012 ker...
Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Kata Ayah Yang Menusuk Di Hati

Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Kata Ayah Yang Menusuk Di Hati

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 515 hits
hai assalammualaikum Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Diah Tu la kata ayah bila aku nak balik KL haritu Masa Raya Haji haritu aku balik kampung duduk kampung selama seminggu Setiap kali aku balik memang aku akan sediakan sedikit wa...
Luluh Hati Saya Polis Pengiring Rina Harun Maut Kemalangan Pulang Bertugas

Luluh Hati Saya Polis Pengiring Rina Harun Maut Kemalangan Pulang Bertugas

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 569 hits
Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur awal pagi ini Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur ACP Dzulkefly ...
Uas Kunjungi Rumah Sandiaga Mien Uno Ustaz Enggak Kayak Brad Pitt Tapi Omongannya Membuat Hati Tenang

Uas Kunjungi Rumah Sandiaga Mien Uno Ustaz Enggak Kayak Brad Pitt Tapi Omongannya Membuat Hati Tenang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 258 hits
Kunjungan Ustaz Abdul Somad ke kediaman pengusaha Sandiaga Uno sangat spesial buat sang ibunda Mien Uno Pasalnya dia selama ini sangat mengaguminya Berbalut batik lengan panjang hitam dengan celana kain warna senada dai yang akrab disapa UA...
Kilang Haram Pemilik Enggan Buka Pintu Pagar Mps Kompaun Rm1000 Kalau Rumah Rakyat

Kilang Haram Pemilik Enggan Buka Pintu Pagar Mps Kompaun Rm1000 Kalau Rumah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 416 hits
RAWANG Majlis Perbandaran Selayang mendakwa pengusaha kilang penyelenggaraan jentera yang disyaki menyebabkan pencemaran Sungai Gong di sini tidak memberikan kerjasama sewaktu pemantauan dijalankan penguat kuasa sebelum ini Pengarah Jabatan...
Kerajaan Salur Rm3 Juta Baik Pulih Rumah Nelayan Di Beluran

Kerajaan Salur Rm3 Juta Baik Pulih Rumah Nelayan Di Beluran

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 267 hits
Kerajaan salur RM3 juta baik pulih rumah nelayan di Beluran Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Sep 2020 4 34P
Tindakan Osman Tak Jejas Kerajaan Negeri Hasni

Tindakan Osman Tak Jejas Kerajaan Negeri Hasni

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 176 hits
JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata tindakan Datuk Osman Sapian tidak memberi sebarang kesan terhadap kerajaan Perikatan Nasional di negeri ini yang masih memiliki majoriti 29 kerusi Dewan Undangan Negeri Beliau ...
Aaron Aziz Luah Kecewa Kasihan Tahfiz Saya Di Langkawi Dirobohkan

Aaron Aziz Luah Kecewa Kasihan Tahfiz Saya Di Langkawi Dirobohkan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 420 hits
Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana Asrama anak anak semua harus dibina semula journey to insyirah tulis pelakon pengarah dan pengacara Datuk Aaron Aziz source
Kj Jumpa Veveonah Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan Tawar Kerjasama Inovasi

Kj Jumpa Veveonah Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan Tawar Kerjasama Inovasi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 466 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini bertemu dengan Veveonah Mosibin dan meminta maaf bagi pihak kerajaan atas isu yang ditimbulkan dua timbalan menteri sebelum ini Pertemuan di Universiti Malaysia Sabah itu berlak...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jalan Jalan Dataran Pontian

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord