Mee Hoon Putih Dengan Sambal Kicap



Alhamdulillah hari sabtu yang lalu iaitu 28 November adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke33. Di musim PKPB ini, kami hanya bermalam di Park Royal Serviced Suites di Jalan Nagasari Kuala Lumpur sahaja. 
Yang penting anak anak dan cucu ada bersama di tempat yang kita boleh berehat. Sebelah petang kami mengambil grab untuk keluar makan ke Pavillion. Orang ramai, macam biasa cuma dalam kebiasaan baru ini semua orang memakai pelitup muka dan scan di setiap outlet yang singgah.
Saya yakin, tiada perkahwinan yang sempurna cuma kita perlu saling cuba melengkapi kekurangan masing masing. Seperti kami, saya sangat teliti dan sangat detail. Saya memang agak "perfectionist" berbanding dengan Hubby yang lebih relax dan berlebih kurang. Saya mahukan sesuatu mengikut apa yang saya mahu kecuali ada yang boleh memberi asas kenapa ianya tidak seharusnya dibuat begitu dan begini.
Sebenarnya sikap macam saya agak menjadikan hidup susah. Saya kadang kadang susah hendak percaya pada orang lain terutama kalau saya melihat komitment tidak seperti yang diharapkan. 
Tidak ramai yang amanah dalam menjalankan tugas. Maaf walaupun bukan semua tapi ramai yang macam ini. Lebih lebih lagi mereka yang membuat kerja secara part time. Tidak berlaku adil dalam menyiapkan tugasan. 
Kalau kita amanah, Insya Allah kita pasti akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik walau dengan apa cara sekali pun. Hatta kalau tak tidur sekali pun. Namun berapa ramai yang memikirkan hal ini.  

Masuk bab resepi, tiba tiba terasa ingin makan mee hoon putih yang digoreng agak kosong. Hanya menggunakan perencah yang biasa seperti bawang putih, kiub pati ayam, garam dan kicap cair sahaja. 
Semasa dihidangkan, gandingkan dengan kicap yang dipotong cili padi. Sekali sekala sangat sedap jika menukar citarasa. Mee hoon seperti ini tidak rasa muak.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video dan penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Mee Hoon PutihOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:350 gram mee hoon vermicelli - rendam selama 1-2 minit sahaja6 sudu besar minyak masak4 ulas bawang putih - cincang 1 batang karot - potong panjang2 ikat bok choy1 mangkuk kubis - racik 1 ½ ketul kiub pati ayam - dengan 1 cawan air1 mangkuk fish ball1 mangkuk fish cake3 biji telur - kocak dengan garpu2 sudu kecil kicap cair Serbuk lada sulahGaram
Cara cara:Tabur sedikit serbuk lada sulah dalam telur dan kacau. Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan telur. Dikacau rata rata seperti membuat telur scramble. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan kuali yang sama masukkan baki 5 sudu besar minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga naik bau.
Masukkan fish cake dan fish ball serta karot. Kacau rata. Masukkan sayur bok choi dan kicap cair. 

Masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga air menyerap pada mee hoon. Kacau rata. Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan garam, jika perlu.

Setelah mee hoon nampak seperti terbit minyak, masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal kicap atau dihidangkan dengan rendang.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/11/mee-hoon-putih-dengan-sambal-kicap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

Bihun Sup Daging Sambal Kicap Memang Super Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 618 hits
Tengahari ni kalau dapat makan Bihun Sup memang sedap sungguh lagi lagi pulak ada sambal kicap Jus daging segar yang meresap dalam kuah tu yang tambah menggetar selera Ni Bihun atau Mihun Sup Daging serta Sambal Kicap dari Mariana Zainal na...
Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam

Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 856 hits
Haaa tak tahu lah sedap atau tidak tapi saya menambah mee hoon goreng ini sampai 5 kali pendek kata tak perlu makan sampai keesokan rasanya Kenyang tahap tak boleh nak berunding Sebelum kita pergi lebih lanjut jangan lupa klik iklan yang ke...
Sambal Tumis Sotong Sedap

Sambal Tumis Sotong Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 470 hits
Malam tadi saya telah ketinggalan boat Baru ternampak posting yang seorang rakan Instagram telah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah saya Arwah selalu juga like dan kadang kadang k...
Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai

Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 568 hits
Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai Resepi mudah berasaskan sotong yang saya baru belajar ini adalah hasil daripada resepi korek korek dari tukang masak kat sebuah restoran thai terkenal Sotong masak sambalnya amat lah sedap dan berbau har...
Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup Makan Nasi Panas Panas Padu

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup Makan Nasi Panas Panas Padu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 543 hits
Jika selera untuk makan nasi semakin berkurangan menu ringkas berlaukkan ikan goreng sudah cukup membuatkan selera bangkit Pun begitu menu ringkas hilang serinya tanpa sambal yang menaikkan rasa Mahukan rasa ringkas tetapi padu dan power Sa...
Hiburan Kini Bergelar Usahawan Sambal Elfira Loy Gembira Dapat Jual 2000 Balang Dalam Masa Dua Minggu

Hiburan Kini Bergelar Usahawan Sambal Elfira Loy Gembira Dapat Jual 2000 Balang Dalam Masa Dua Minggu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 295 hits
Kini bergelar usahawan produk makanan sambal pelakon Elfira Loy meluahkan perasaan syukur apabila perniagaannya itu mendapat sambutan hangat daripada peminat sambal Elfira dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar ...
Sambal Sotong Dua Ekor Pun Tak Habis

Sambal Sotong Dua Ekor Pun Tak Habis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum LAUK yang SK masak petang semalam ya masaknya petang lepas zuhur makan tengahari waktu petang tapi taklah petang sangat dalam pukul 3 dah makan Ialah orang kan selalu makan waktu tengahari Melayankan Iman yang memaksa Sk mem...
Asparagus Goreng Bawang Putih

Asparagus Goreng Bawang Putih

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 412 hits
Saya tak pasti dengan orang lain tapi rasanya mungkin sama kot Saya dah boring sangat sangat Rasa dah tak sabar nak berjalan Tak dapat ke luar negara tapi kalau dapat bercuti dalam negara pun dah OK Sepatutnya hujung bulan Oktober baru ni k...
Hasilkan Emas Putih Dari Ekzos Kereta Lama

Hasilkan Emas Putih Dari Ekzos Kereta Lama

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 368 hits
Sindiket curi ekzos kereta terbiar di tempat letak kenderaan bawah tanah dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang tumpas dalam satu serbuan pada 6 Oktober lalu Tangkapan terhadap dua lelaki berusia 36 dan 43 tahun itu dibuat selepas pihak...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism

Former Kl Tower Operator Suspects Sabotage After Property Damaged Following Eviction

Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia