Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut




Saya ingin kongsikan resipi istimewa dan menjadi kegemaran keluarga saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog. 
Saya juga ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Siri 67 Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid berkenaan ilmu. Kita perlu membaca untuk mendapat ilmu. Iraq, bacalah. Membaca juga untuk mengembangkan ilmu. Di sekolah dulu, guru guru ajar cara membaca. Kemudian cari buku untuk dibaca bagi mendapat ilmu. 
Semua ibadah seperti solat, haji dan puasa, jika tak didasar pada ilmu kemungkinan ianya akan ditolak begitu besar, manafaat jadi sedikit dan mudarat akan datang lebih banyak. Bahkan seseorang akan jadi cepat berputus asa dalam hidup. Seorang buat sesuatu tanpa ilmu akan cepat berputus asa. Bila ada ilmu tahu caranya, akan lebih mudah. Itu lah kesan ilmu jadi mudah dan tak ada putus asa.
Keinginan manusia untuk berubah kuat. Kalau berubah bukan atas dasar ilmu, kita akan lihat mereka akan terpelanting jauh ke belakang balik. Ada hari yang kita sedar, kita nak jadi baik. Nak jadi baik, akan mula ke surau, banyak bergaul dengan orang surau, mengeteh dengan orang surau dan akhirnya hilang balik. Cara nak berubah tu salah. Bahkan mudarat besar. Akhirnya dia jadi marah dengan geng surau pulak. Akhirnya bergaduh dengan ustaz dan jemaah. Habis dia nak dok mana. Berubah bukan atas dasar ilmu, mana mana pergi akan rosak.
Para sahabat yang ingin jadi baik akan duduk dengan Rasulullah untuk belajar dan mendapat ilmu, kemudian baru pulang untuk berdakwah pada kaum mereka. Nak berubah dasarnya ilmu, bukan semangat atau hanya berkawan dengan orang baik. 
Kita manusia pelupa dan mudah lemah semangat. Kalau kita ada kencing manis, kita takut jumpa kawan kaki mengeteh. Hajat pada makanan akan terhenti sendiri bila kita ada sakit. Bila masuk hospital, kena pulak puasa.
Tapi hajat pada ilmu tak pernah tamat. Rasulullah bila ziarah orang sakit akan pegang tangan. Orang sakit bila disentuh dia akan rasa tenang. Sentuhan pada fizikal. Akan rasa dikasihi. Kenapa saya sakit, kenapa saya diuji. Walhal semua orang ada ujian. Bila rasa malang dengan ujian itu lah tanda kejahilan ilmu. Semua orang diuji. Satu waktu akan diuji dengan benda tak disukai. Kita nampak ujian bila sakit atau tak ada duit.
Bila ramai kawan dan kaya, kita tak nampak itu juga sebagai ujian. Tua juga ujian. Buruk muka dengan herot sana sini. Sakit sendi saraf juga ujian. Sakit sana sini. Sampai kemuncak ujian yang kita tak suka ialah akan datang kesakitan sakaratul maut. 
Kita diuji bukan sebab bertuah atau tidak. Semua nikmat akan ditanya. Ujian kesihatan kerana kita tak jaga. Berat nak jawab di hadapan Allah. Ujian kuasa juga sangat besar. Kalau tak didasar dengan ilmu, ujian kuasa akan jadi mudarat lagi besar. 
Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga liang lahad. Belajar melalui membaca, bertanya soalan dan ada satu rujukan kita. Jangan malu bertanya. Makhluk memang suka bertanya. Kalau bukan bab ilmu, mereka akan tanya bab peribadi orang. Itu watak manusia. Jadi tanya benda yang lebih berguna. Itulah jalan ilmu. Kalau bertanya, 4 orang dapat pahala. Yang mulakan akan dapat semua pahala. Yang bertanya, yang menjawab, mendengar, orang beramal dengan soalan kita. 
Tapi kena tengok waktu sesuai untuk bertanya, sebagai mengikut adab. Jangan tanya waktu guru tengah bersama isteri dan anak anak atau tengah ada urusan peribadi. Bila suruh tanya, tak tanya pulak. Ini adalah kerana kita tak tulis soalan. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya menyediakan mee hoon goreng ini  atas permintaan Juita untuk dihidangkan ketika Faiq berkunjung ke rumah kami buat kali pertama. Mee hoon ini ada kelainan dari mee hoon goreng lain dan mungkin tidak ditemui di mana mana kedai makan atau restoran. 
Mee hoon seperti ini hanya  ada di ruma. sahaja. Homecooked sahaja. Mungkin di rumah follower blog Azie Kitchen yang belajar resipi ini di blog saya. Hahaha. Secara jujur, saya sangat gembira bila ramai yang mencuba resipi yang saya kongsikan. Mudah mudahan ianya menjadi ladang pahala buat saya bila ianya diamalkan. Insya Allah.
Kalau mee hoon goreng seperti ini, memang saya akan makan bertambah tambah kerana ianya langsung tidak rasa muak. Sedap dengan rasa rasa ala tom yam atau masakan Thailand gitu. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...

Mee Hoon Goreng Daun Limau PurutOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 paket mee hoonUdang secukupnya - buang kulit1 mangkuk karot3 biji telur1 sudu besar garam ½ cawan minyak jer
Bahan kisar:2 biji bawang besar - 200-250 gram3 biji cili hijau (2 cili padi, jika mahu pedas)2 biji cili merah18 helai daun limau purut - buang tulang
Bahan hiasan:Daun bawangBawang goreng
Cara cara:Rendam mee hoon dalam air sejuk dalam 20-30 minit. Tos dan ketepikan.
Kisar cili dan bawang besar sehingga hancur. Kemudian baru dimasukkan daun limau purut. Jangan terlalu hancur.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan garam.
Masukkan karot. Kacau rata. Setelah karot separuh lembut, masukkan udang. Kacau rata.

Masukkan telur. Masukkan air panas. Biarkan mendidih. Nota: kali ini saya goreng telur dulu seperti membuat telur hancur, angkat dan ketepikan.

Masukkan mee hoon dan garam. Kacau rata.
Ketepikan mee hoon dan masukkan telur. Biarkan telur separuh masak, baru digaul rata dengan mee hoon.
Masak sehingga mee hoon terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Tabur daun bawang dan bawang goreng. Tabur juga telur goreng sebelum dihidangkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/09/mee-hoon-goreng-daun-limau-purut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Hoon Goreng Versi Azie Kitchen

Mee Hoon Goreng Versi Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 173 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah online Ustazah Zaidatulakmam dengan tajuk penganiayaan dan kezaliman Antara contoh kezaliman ialah makan harta orang tanpa hak mencaci maki tanpa sebab memukul dll Semua termasuk dosa besar yang mest...
Mak Mertua Kongsi Resipi Mee Goreng Basah Paling Sedap Ikut Tip Ni Pasti Jadi

Mak Mertua Kongsi Resipi Mee Goreng Basah Paling Sedap Ikut Tip Ni Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 198 hits
Mee Goreng Basah antara menu biasa yang mudah didapati sama ada beli di kedai atau masak sendiri Tapi nak tahu tak tip untuk masak Mee Goreng supaya hasilnya lebih sedap dari biasa Kena cuba tip perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini Mala...
Mee Goreng Daging Bekal Hari Ini

Mee Goreng Daging Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum Seawal 4 15am SA bangun hari ni memandangkan hari ni pergi kerja naik kereta dan berdua so takde la kelam kabut siap cepat cepat tapi tepat pukul 5 30am kami keluar rumah sampai KL pukul 6 30am ye heheheDari malam tadi meman...
Lelaki Mengamuk Tidak Dapat Dua Ketul Ayam Goreng

Lelaki Mengamuk Tidak Dapat Dua Ketul Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 116 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan lelaki itu mengamuk selepas pekerja restoran berkenaan menolak permintaannya InstagramJAKARTA Perbuatan seorang lelaki yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera kerana tidak diberikan ayam goreng mengund...
Masak Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Berhati Hati Di Jalan Raya

Masak Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Berhati Hati Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 128 hits
Assalamualaikum WBT MALANG memang tidak berbau tetapi sentiasalah berhati hati dalam apa jua keadaan Sk masih ingat sejak sekolah rendah pun kita telah diajar cara hendak melintas jalan toleh kiri toleh kanan kemudian toleh kiri lagi sekali...
Masak Kari Ayam Udang Goreng Kunyit

Masak Kari Ayam Udang Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 118 hits
Assalamualaikum WBT MAAF tayang gambar Kari Ayam dari periuk terusss hahahaha Gambar masak hari ahad baru ni Pak Inche mintak kari ayam suruh pergi ajak Iman pergi makan tengahari atau tapau makan tengahari tak mahu tahan tunggu sampai Sk b...
Khasiat Tersembunyi Di Sebalik Daun Kucai Ketumbar Dan Pudina

Khasiat Tersembunyi Di Sebalik Daun Kucai Ketumbar Dan Pudina

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 128 hits
Dalam dapur kita daun daun herba sering kali menjadi hiasan atau penambah rasa pada masakan Namun tahukah korang bahawa daun daun ini menyimpan pelbagai khasiat yang mungkin ramai tak sedar Jom kita explore rahsia di sebalik tiga daun yang ...
Tanam Daun Bawang

Tanam Daun Bawang

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 116 hits
nbsp Agak lama tak bercerita kisah kebun belakang rumah kak ana Dah jarang jarang dapat turun ke kebun kebelakangan ni musim hujan belah petang kan Dah musim tengkujuh begitulah cuaca negara kita semoga hujan yang turun dengan rahmatNya dan...
Resepi Kerabu Sotong Limau Nipis

Resepi Kerabu Sotong Limau Nipis

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 100 hits
KERABU SOTONG LIMAU NIPISBahan bahan Sotong secukupnya2 biji limau nipis Sedikit daun ketumbar 1 labu bawang besar 3 sudu besar sos ikan1 sudu besar gula1 sudu kecil garam 3 5 biji Cili padi 1 biji tomato 1 batang serai Sedikit lobak merah ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik