Mee Goreng Basah Azie Kitchen



Hari ini adalah hari yang ke 23, kita berada dalam perintah kawalan pergerakan. Bila dalam PKP,  kita asyik lapar sebab stress agaknya. Stress kerana tidak dapat bergerak ke sana sini. Malahan selepas PKP pun, rasanya saya tidak berani untuk pergi ke mana mana, terutama tempat orang ramai.

Bila di rumah, mula lah teringin nak makan bermacam macam. Tengah tengah malam teringin nak makan mee goreng. Dah malam, nak order pun dah tak boleh. Terpaksa lah bertahan sehingga ke hari ini. Pagi pagi lagi minta Hubby ke kedai runcit. 

Mee goreng memang antara makanan kegemaran saya sejak kecil kecil lagi. Ketika itu, makan mee dulang jer yang harga 50 sen sebungkus. Memang tak mampu nak makan mee goreng yang baru digoreng panas panas. Hanya sekali arwah Abang Hashim belanja mee goreng bungkus panas panas. Ketika itu, saya masih kecil lagi. Tapi tetap ingat sehingga sekarang. 
Itulah sebab sehingga sekarang saya masih teringat ingat mee goreng di pasar Bachok yang saya beli setiap hari selepas balik dari sekolah tahun 1983-1984. Ketika itu, saya menumpang rumah abang saya di Bazar Mara Bachok. 
Memang sedap sangat mee goreng kakak tu. Dia akan menggorengnya di hadapan kita. Saya menjeling jeling melihat bahan yang digunakan. Rasanya dia guna air rebusan daging dan ada bahan sos dari Thailand. Tapi masa tu, tak lah pula terbuka mulut untuk bertanya.  Mee goreng beliau berwarna kekuningan, tidak warna gelap macam mee biasa menggunakan sambal cili kisar dan kicap.

Berbalik pula pada mee goreng saya hari ini. Serious sangat sedap rasa mee goreng yang saya sediakan agak basah basah ini. Sebelah tengahari, saya ulang makan lagi. Walaupun dah sejuk, tapi masih lembut dan masih sedap. Kalau makan mee goreng, wajib ada untuk rasa lebih sedap pada saya ialah limau nipis. Perah dan kacau rata rata.

Memasak ni seolah berkarya juga. Ikutlah apa yang kita hendak gunakan mengikut kreativiti masing masing. Begitu juga memasak. Saya akan masukkan apa bahan yang ada di dalam peti ais dan juga apa yang saya suka. Memasak untuk makan mengikut selera sendiri.  
Ada orang suka letak taugeh, silakan. Saya tak masuk kerana saya tak suka dan anak anak saya pun tak suka. Lagi pulak, bila dimasukkan taugeh, mee tidak tahan lama. 
Begitu juga bahan lain seperti daging, ayam, udang dan sotong. Masukkan lah apa yang kita suka. Yang paling sedap pada saya ialah daging dan udang. Tapi selalunya daging tak ada stock di rumah. Udang pula, saya tak boleh makan kerana masalah allergi.  Jadi pilihan lain ialah ayam, sotong dan fish cake.
Sementara masih dalam PKP ni, jom ramai ramai cuba memasak mee goreng ini. Menggoreng mee ini perlukan praktis dan praktis. Kalau jarang jarang sekali, memang ada masa tidak menjadi. Contoh mee tak lembut atau terlebih lembut. Ini contoh mee goreng yang fail.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa, video penyediaannya di Azie Kitchen Channel di SINI. Selamat mencuba...

Mee Goreng Basah Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 pek mee kuning - 400 gram1 sudu kecil cili kering kisar2 ekor sotong 2 biji telur2 keping fish cake1 ikat sayur sawi1 biji buah tomato - belah 4 atau 64 tangkai cili padi - ketuk1 biji limau nipisKicap manis secukupnyaSedikit garam - jika perlu
Bahan kisar:1 biji bawang besar4 ulas bawang putih 
Bahan sos:1 sudu besar sos tiram3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos tomato
Cara cara:Mee kuning dibasuh untuk buang rasa kapur dan toskan. 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan semua bahan sos. Masukkan 1/2 mug air dan biarkan ianya mendidih dan sedikit pekat. 
Setelah mendidih, masukkan sotong, fish cake atau apa apa yang disukai. 

Masukkan batang sawi dan kacau rata. Masukkan mee dan kacau rata. Masukkan kicap dan garam secukupnya. 
Pecahkan telur dan kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan daun sawi, buah tomato dan cili padi.  Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka. Hidang dengan hirisan limau nipis. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/mee-goreng-basah-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 597 hits
Day 1 MCO phase 3 semuga lepas ni tak de lagi phase 4 Insya Allah Insya Allah kalau kita semua akur dengan perentah PKP untuk bersama sama memutuskan rantaian penyebaran deadly virus ini dan boleh lah kita berpuasa dan beraya dengan aman na...
Mee Goreng Mamak Style Sarapan Pagi Dirumah Jew

Mee Goreng Mamak Style Sarapan Pagi Dirumah Jew

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 408 hits
Assalammualaikum Dunia Salam Sabtu untuk kengkawan Jom sarapan ngan cikbunga Pagi nie makan Tue jew sarapan pagi Malaysia Ingat nak masak nasi lemak Esoklah kalau gajin Oh yer Roti viral pon ade Roti viral Sejak dah viral kan roti nie ler p...
Resipi Mee Goreng Sardin

Resipi Mee Goreng Sardin

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 729 hits
Resipi Mee Goreng Sardin Haaa Mee Goreng Sardin Apa rasanya Rasa sardin lah Sama juga macam nasi goreng sardin Beza nya kita pakai mee Selalu nasi goreng sardin kan Apa kata kali ni anda try buat mee goreng sardin pula Asal buat mee goreng ...
Resipi Yee Mee Goreng Kantonis Mudah Dan Sedap

Resipi Yee Mee Goreng Kantonis Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 752 hits
hi semua yeah bersiaran dengan resipi Yee Mee Goreng Kantonis sedap atau nama lain bagi resipi ini ialah Canton Yee Mee atau Canton Yee Mee Goreng Ada banyak versi untuk membuat resipi Yee Mee Goreng Kantonis ini terpulang dengan cara mana ...
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 915 hits
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging Sarapan apa pagi ni kekawan Cuba tengok kat peti sejuk korang apa yang ada Saya pun tak pasti nak masak apa untuk breakfast sebab dah tepu otak memikirkannya Kat bucu kabinet ada sebung...
Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1403 hits
Resepi Mee Goreng Mamak Sedap RESEPI BAHAN BAHAN Mee kuning 1 bungkusUdang sederhana Bawang PutihBawang MerahKicap cair pekatSos ciliSos tiramCili BoTauhuKentangTaugeh Daun KubisTomato3 biji telurFish cakeCiliSerbuk perasa Knorr MaggiCARA M...
Nasi Goreng Sosej

Nasi Goreng Sosej

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 303 hits
Sebelum kita masuk bab resepi dan masakan saya ingin menulis sedikit bab kematian Pastinya setiap yang hidup akan merasai mati kerana mati itu pasti Mereka yang meninggal duni aakan berada di alam kubur sehinggalah dibangkitkan di hari kiam...
Sayur Kubis Goreng

Sayur Kubis Goreng

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 553 hits
Ketika novel corona virus atau covid 19 mula tular saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk membacanya secara serious Sekadar tahu apa virus ini dan puncanya Tapi kebelakangan ini saya mula melihat video yang tular kisah sebenar di Wuhan...
Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Mentega Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 598 hits
Sebelum kita mulakan nak tanya kalau dah klik iklan google di blog saya Bukan apa ramai yang takut kalau iklan tersebut menyebabkan virus Jawabnya tidak kerana iklan tersebut memang di endorse oleh google Iklan google akan memberi income pa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik