Mee Goreng Basah Aneka Sayur Untuk Mami
👉assalamualaikum 😀
salam sejahtera
hamboi. hamboi. hamboi
sempat update blog sementara tunggu azan Isya'
alhamdulillah, hari ni saya dan kakak-kakak berdua berpuasa. 😄 bertiga baru nak puasa ganti..
tadi kami berbuka dgn aneka lauk-pauk yg saya masak dgn cepat, sementara air di pili masih ada
ada amik gambar td
esok la saya up menu berbuka kami ye
Sabtu yg baru lepas, kami balik seremban.
Mami, mak mertua saya, memang da tak memasak dah, faktor kesihatan.
tiap kali menantu balik, menantu la yg masak-memasak kat rumah.
cadangan mr.asben - mee goreng kurang pedas utk Mami.
nampak gambar tu mcm pedas, kan?
skit la... tapi Mami boleh makan la.
jom saya kongsi camne saya masak...
RESEPI : Mee Goreng Basah Aneka Sayur Untuk Ibu Mertua Ku 💗👉bahan tumis
bawang merah
bwang putih
udang kering
👉bahan yg lain
2 sudu besar ciliboh
sos tomato
sos tiram
kicap manis
air (sesedap rasa la nak berkuah atau tidak)
telur 2 biji
garam
2 bungkus mee kuning NuMee
fishball sebungkus
taugeh
tomato ceri
sawi bunga
carrot
daun bawang
daun sup
👉cara-cara yg sgt simple
firstly, tumis bahan hingga naik bau wangi semerbak hingga mengundang anak-anak ke dapur dan bertanya, "sedapnya, ibu masak apa tu?" 😄 😆 😆.
secondly, masukkan fishball, ciliboh, aneka sos dan air. kacau sebati. masukkan telur. pasni kuah akan memekat skit lah.
thirdly, boleh da perisa kan dgn garam. masukkanlah mee kuning NuMee tu.
fourth, masukkan semua kecuali tomato ceri, daun bawang dan daun sup. this time, boleh la nak tambah air ke, sos tomato ke, sos tiram ke... utk sesuaikan rasa.
SIAP!!!
tutup api. and masukkan tomato ceri, daun bawang dan daun sup. ala-ala hiasan lah gitu.
👇👇👇
belasah aje goreng mee ni. ntah sedap ntah kan tidak kan... confident tu wajib ada lerrr...
konon-konon la firstly, secondly, third, fourth... 😄😄😄.
kekadang main campak je semua bebila rasa sesuai, kan.
kuantiti bahan pun, ikut sedap kita jer lah uolls. janji sesuai...
nampak tak anak bujang saya makan mee goreng dgn tangan jer?
ala-ala makan laksa johor gitewww 😄. bertambah 2 kali!
alhamdulillah. sepinggan Mami makan
tu pun dah cukup byk dah tu
asyik la makan nasi, lauk... nasi, lauk... nasi, lauk..
so kami balik weekend sesekali, gorengkan mee lah plak... tukar selera
😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2020/02/mee-goreng-basah-aneka-sayur-untuk-mami.html