Medishield Premium Medical Facemask


Pelitup Muka atau Facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19 . Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain . Namun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap , penjarakan fizikal ( physical distancing ) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain .
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:

i) Lapisan paling dalam yang hidrofilik iaitu bersifat menyerap air (misalnya kapas atau campuran kapas);

ii) Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan hidrofobik iaitu bersifat menghindar penyerapan air (misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya) yang boleh menghadkan pencemaran dari luar dari menembusi masuk ke hidung dan mulut pemakai

iii) Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.

Namun, terdapat pelbagai pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik yang dijual di pasaran yang mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh WHO. Walaubagaimanapun, pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan. Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.
Jenis-Jenis Face Mask Topeng muka kain/fabrik:
Topeng muka kain/fabrik memerangkap zarah-zarah yang dilepaskan oleh individu apabila bersin, batuk atau bercakap. Ianya membantu mengurangkan penyebaran virus, mudah didapati atau dibuat dan boleh dibasuh untuk dipakai semula. Penting bagi pemakai untuk tidak sentuh topeng muka mereka dan jika tersentuh perlulah segera memakai hand-sanitizer atau mencuci tangan. Jika topeng muka tersebut basah atau kotor, pemakai perlulah menukar yang baharu. Topeng muka jenis ini tidak boleh dikongsi.
Topeng muka pembedahan / Medical Face Mask
Topeng muka pembedahan juga dikenali sebagai topeng muka perubatan. Ianya melindungi hidung dan mulut daripada zarah-zarah yang membawa kuman. Ianya direka untuk melindungi pemakai daripada semburan atau percikan yang boleh memasuki hidung dan mulut pemakai. Topeng muka ini juga boleh menapis keluar zarah besar di udara dan memastikan zarah dari pemakai tidak disebarkan. Topeng muka ini boleh digunakan sekali sahaja.
Topeng muka N95
Topeng muka N95 memberi perlindungan lebih tinggi daripada topeng muka pembedahan dan topeng muka kain/fabrik kerana ia boleh menapis keluar zarah besar dan kecil semasa pemakai bernafas. Ia dinamakan topeng muka N95 kerana direka untuk menghalang 95% zarah atau cecair dari luar ke muka pemakai. Bagaimanapun, topeng muka ini bukan untuk kegunaan awam dan perlu dikhaskan untuk pegawai perubatan. Ia juga tidak sesuai untuk kanak-kanak dan individu yang mempunyai janggut atau jambang.  Pegawai perubatan telah menguji dengan tepat untuk topeng muka ini, dan seperti topeng muka pembedahan, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja, walaupun para penyelidik memeriksa cara yang berkesan untuk membersihkan topeng ini.
Topeng muka dengan injap
Topeng muka ini memudahkan pemakai untuk bernafas, tetapi pemakai tetap akan melepas kuman melalui zarah yang dilepaskan ke persekitaran mereka. Kebanyakan bahagian perubatan seluruh negara telah melarang penggunaan topeng muka  dengan injap. Ia melindungi pemakai, tetapi tidak melindungi orang disekeliling pemakai. Jika pemakai mempunyai simptom, ia boleh merebak dengan mudah kepada orang disekeliling. Oleh kerana sebab utama pemakaian topeng muka adalah untuk melindungi orang lain , topeng muka yang mempunyai tapisan adalah pilihan yang lebih baik.
MediShield Premium Medical Facemask Ok pada kali ini saya ingin review MediShield Premium Medical Facemask yang mempunyai perlindungan 4 lapis ( 4 layer of protection ) . Memandangkan Face mask atau pelitup muka ini sudah menjadi keperluan sejak pandemik melanda negara Malaysia bermacam-macam jenis juga saa guna dan pakai . Maklumlah sebagai Ketua isi rumah ini kena selalu keluar untuk membeli keperluan dapur dan tidak lupa juga sewaktu bekerja . Kelmarin Face Mask atau pelitup muka yang sedia ada sudah hampir habis , jadi survey la di shoppe dan akhirnya terjumpa MediShield Premium Medical Facemask yang mempunyai 4 lapis perlindungan . Saya memilih warna hitam sebab nampak lebih kemas dan tidak mudah kotor .
Memandangkan semakin hari kes Covid-19 membimbangkan , wajib patuhi SOP dengan memakai face Mask atau pelitup muka ini . Alhamdulillah , dengan adanya MediShield Premium Medical Facemask ini sudah tidak perlu lagi memakai 2 helai pada satu masa .
Komen dan Pendapat Tentang MediShield Premium Medical Facemask Didatangkan dengan kotak yang kemas dan cantik , ia mempunyai 50 helai face mask dengan harga mampu milik . Ia memang berbaloi dan betul-betul premium . Kemasan fabrik yang lembut dengan warna hitam nampak lebih bergaya dan ranggi , manakala di sebelah dalam warna putih menjadikan ianya amat selesa dan mudah bernafas walaupun ianya mempunyai 4 lapisan perlindungan ketika pemakaiannya. Saya memilih jenis ” Ear Loop ” dan ia tidakmenyakitkan telinga kerana tali di face mask ini tidak terlalu longgar dan ketat . Jadi memang berasa amat selesa apabila memakainya semasa bekerja .
Untuk pembelian boleh ke : https://shp.ee/69fmv8b
dan boleh guna kod : MEDIWAN ( untuk Face mask KF99 dan Face mask 4 lapis ) dan nikmati potongan 10%
The post MediShield Premium Medical Facemask appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2022/01/medishield-premium-medical-facemask/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Delay Vaccinating Children Against Covid 19 Medical Experts

Don T Delay Vaccinating Children Against Covid 19 Medical Experts

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 181 hits
The vaccination programme for children aged five to 11 is expected to start soon now that Malaysia s Drug Control Authority has granted conditional approval for the administration of Pfizer Covid 19 vaccine to children in that age group Alt...
Allow Private Vaccinations To Go On Say Medical Groups

Allow Private Vaccinations To Go On Say Medical Groups

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 153 hits
Police have raided several clinics selling fake vaccination certificates in five states this month PETALING JAYA Despite numerous cases of private clinics selling fake Covid 19 vaccination certificates the Malaysian Medical Association says...
Selangor Sultan Sad Over Medical Practitioners Selling Fake Vax Certs

Selangor Sultan Sad Over Medical Practitioners Selling Fake Vax Certs

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 171 hits
The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has expressed his sadness and was very concerned over reports on some private medical practitioners involved in selling fake Covid 19 vaccination certificates Istana Alam Shah in a post u...
Dji Experience Store Premium Dan Pusat Servis Pertama Dji Kini Di Buka Di 1 Utama

Dji Experience Store Premium Dan Pusat Servis Pertama Dji Kini Di Buka Di 1 Utama

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 345 hits
DJI EXPERIENCE STORE PREMIUM DAN PUSAT SERVIS PERTAMA DJI KINI DI BUKA DI 1 UTAMA Assalammualaikum semua Dah lama Ruby tidak berkongsi tentang peranti DJI Produk DJI sememangnya membuka mata kita semua Setiap inovasi teknologi dan variasi p...
Tren Pembiayaan Mobil Premium Mandiri Utama Finance Raih Pembiayaan Rp 11 6 Triliun

Tren Pembiayaan Mobil Premium Mandiri Utama Finance Raih Pembiayaan Rp 11 6 Triliun

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 188 hits
PT Mandiri Utama Finance mencatat total pembiayaan Rp 11 6 triliun pada tahun lalu Anak usaha Bank Mandiri ini mencatat pertumbuhan pembiayaan 97 6 persen dibandingkan tahun sebelumnya
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok