Media Berita Palsu Dan Covid 19



DI kala pergelutan mencari vaksin untuk memerangi Covid-19 sedang diusahakan, muncul perbahasan mengenai senjata biologi ( bioweapon ) dari pelbagai sumber media, rencana dan penganalisis.

Senjata biologi bukan baharu. Dalam sejarah peperangan antara negara, senjata biologi pernah diguna.

Namun perbahasan mengenai Covid-19 sebagai senjata biologi merebak kencang dalam media perdana dan media sosial.

Teori konspirasi juga muncul yang sering diketengahkan oleh Rusia dan Perancis.

Kesan Covid-19 merentas pelbagai lapisan iaitu perubatan, media dan ideologi politik. Kini kedengaran analisis geo-politik mengenai Covid-19 berlegar dalam media.

Bermula dengan Presiden AS, Donald Trump, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan virus Covid-19 digelar Virus China (Chinese Virus) kerana ia berasal dari Wuhan China.

Beliau mencari musuh luar dan mengelak untuk mengakui Rumah Putih di bawah pentadbiranya gagal dan lambat bertindak adalah punca wabak menular di AS.

Manakala AS pula diperingkat awal telah cuba mengukuhkan keyakinan rakyatnya bahawa coronavirus ini hanya selesema biasa dan ia tidak perlu dikhuatiri.

Trump sendiri menyatakan Covid-19 ini isu kecil dan ia akan hilang. Media seperti Fox News berperanan untuk meyakinkan masyarakat terhadap kenyataan Trump.

Kini New York, AS menjadi pusat dunia wabak ini dan pentadbiran Trump sedang bergelut mencari jalan keluar kepada krisis Covid-19 itu.

Sebagai reaksi balas China menuduh Covid-19 berasal dari makmal tentera AS yang diseludup masuk ke China.

China pada awalnya cuba mengawal media supaya tidak mengeluarkan maklumat yang benar sehinggalah bila virus itu merebak pantas barulah peraturan ke atas media dilonggarkan.

Ketika wabak ini merebak ke seluruh dunia, berita palsu juga meluas dan berlaku informasi salah tersebar dalam media.

Setiausaha Agong PBB Antonio Guterres malah menyatakan berita palsu dan salah maklumat telah menjadikan wabak Covid-19 bertambah parah dan mengancam dunia.

Beliau mengatakan yang penting ialah maklumat mesti berasaskan sains dan fakta.

Dalam pada itu beberapa negara telah mewujudkan undang-undang drakonian untuk memastikan media terkawal.

Rusia mengawal berita palsu dengan hukuman 5 tahun penjara. Pakistan denda 10,000 dolar, Zimbabwe hukuman 20 tahun penjara.

India cuba mengawal teks mesej dalam media sosial. Perdana Menteri Modi, hampir meluluskan peraturan di mahkamah tertingginya bahawa semua berita mengenai Covid-19 mesti melalui tapisan kerajaan, tetapi gagal.

Armenia mengharamkan siaran berita atau berkongsi berita yang tidak dilulus oleh kerajaan.

Turkmenistan melarang sama sekali mengguna istilah Covid-19 dalam media.

Demikian juga Hungari mengisytiharkan darurat dan mengharamkan berita mengenai Covid-19. Editor media yang menyiarkan berita bukan dari kerajaan akan dihukum penjara.

Namun semua undang-undang itu digubal dengan mengguna frasa dan ayat yang kabur sehingga ada kecenderungan pemerintah mengambil kesempatan untuk menggunakan kuasa autoritarian tanpa had.

Pengalaman wabak Selesema Sepanyol 1918 di hujung Perang Dunia pertama jelas menunjukkan peranan media yang boleh merebakkan wabak.

Wartawan melaporkan tentera yang balik dari perang membawa kuman tetapi editor melarang berita disiarkan.

Media di barat dikawal ketat supaya tidak menyiarkan berita mengenai wabak itu.

Hanya Sepanyol yang mendedahkan wabak itu kerana Rajanya dijangkiti. Sebab itu diberi nama Selesema Sepanyol. Akibatnya 50 - 100 juta maut akibat wabak tersebut.

Media sepatutnya mendedahkan kebenaran, bukan hanya ikut arahan supaya fakta disembunyikan.

Yang paling penting ialah khabarkan yang benar supaya elak kekeliruan dan panik massa. Dengan maklumat yang tepat dan benar, orang awam boleh membuat persiapan.

Fungsi media ialah laporkan yang benar, bukan cuba menguruskan kebenaran, kerana berita yang benar ada kaitan dengan keyakinan awam.

Jika Internet benar-benar mahu memberi manfaat inilah masanya.

Media sosial seperti akaun Facebook, Twitter dan Instagram jika disalah guna pasti akan mengakibatkab krisis kesihatan ini akan membawa mala petaka.

Geo-politik dunia antara kuasa besar iaitu Amerika, Rusia dan China sedang cuba meraih kesempatan untuk menentukan siapa yang akan muncul juara. Mereka bersaing untuk menunjukkan kesalahan siapa yang patut didedahkan.

Mereka berlumba mengisytiharkan siapa dan ideologi mana yang akan memimpin dunia dan sistem mana yang paling ampuh untuk memerintah dunia pasca Covid-19.

Kini permainan salah siapa (blame game) sedang menjadi percaturan pemimpin dunia antara Trump, Putin dan Xi Jinping.

Dalam permainan inilah media menjadi alat terpenting.

Siapa yang menang dalam mengolah informasi atau informasi salah dalam media, itulah yang bakal menang dalam peperangan ini. Pedulikan berapa juta rakyat yang akan mati oleh wabak ini.

Mohd Azmi Abd Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Presiden Teras Pengupayaan Melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/media-berita-palsu-dan-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Sidang Media Harian Covid 19

Putrajaya Sidang Media Harian Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA SIDANG MEDIA HARIAN COVID 19 Sidang Media oleh Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan https chat whatsapp com D666mZWGibC49nYhOZ2czp WhatsApp 0162624999 https t me johortimes Telegram 0162244999
Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 305 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah mengesahkan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID 19 di Malaysia mempunyai sejarah penyakit lain dan lewat mendapatkan rawatan Hari ini kita ada pesakit termuda 23 tahun yang...
69 000 Individu Telah Jalani Ujian Covid 19 Hari Ini Kkm Bakal Tingkatkan Kapasiti Makmal

69 000 Individu Telah Jalani Ujian Covid 19 Hari Ini Kkm Bakal Tingkatkan Kapasiti Makmal

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 219 hits
Putrajaya 9 April Kementerian Kesihatan memaklumkan lebih 69 000 sampel telah diuji untuk COVID 19 di Malaysia pada hari ini Bilangan individu yang diuji seramai 69 675 kes untuk hari ini jawab Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham ...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 311 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Malaysia Kini Turun Ke Liga Kedua Covid 19 Dunia

Malaysia Kini Turun Ke Liga Kedua Covid 19 Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 248 hits
Dengan kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhisham Abdullah negara kini berada di Liga Kedua Covid 19 yang menunjukkan kejayaan besar negara dalam melawan Covid 19 berbanding negara negara lain di dunia Kejayaan Malaysia mengawal...
Eksklusif Kalaulah Mereka Tahu Betapa Deritanya Pesakit Covid 19

Eksklusif Kalaulah Mereka Tahu Betapa Deritanya Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 273 hits
Petugas kesihatan sedang memberikan rawatan kepada pesakit Covid 19 di wad ICU Hospital Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Dr Kamaruddin Alias menghela nafas panjang dan menggelengkan kepala ketika diminta menggambarkan...
Covid 19 Mengejutkan Euro Bersamaan As 1

Covid 19 Mengejutkan Euro Bersamaan As 1

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 210 hits
Virus global yang dikenali sebagai COVID 19 yang melanda planet telah menjejaskan ekonomi di beberapa buah negara meletakkan kehidupan dan kesihatan pada risiko dan memaksa banyak ramalan ekonomi untuk disemak semula Pertama sekali mereka m...
Kuantan Kini Zon Merah Baru Covid 19

Kuantan Kini Zon Merah Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 234 hits
Kuantan Pahang merupakan daerah terbaru yang diisytiharkan sebagai zon merah Ini menjadikan jumlah zon merah sebanyak 24 setakat tengah hari Rabu menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Melalui infografik yang dikongsi melalui platform media...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025