Mechamato Tembusi 21 Negara Asia Pasifik



Siri animasi terbaru terbitan Monsta, Mechamato bakal ditayangkan di 21 negara rantau Asia Pasifik menerusi saluran Cartoon Network mulai 4 Disember depan.
Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz mengumumkan perkara itu menerusi persidangan Krea8tif! 2021 Virtual Conference, baru-baru ini.
Anas berkata, animasi Mechamato terlebih dahulu menjengah penonton di Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand pada 4 Disember depan. Ia diikuti Korea Selatan pada 11 Disember, manakala Jepun pada Mac tahun depan.
"Pelanggan saluran Cartoon Network akan disajikan dengan sedutan satu episod siri animasi Mechamato bermula 6 November ini, iaitu awal sebulan daripada tarikh tayangan perdana," katanya kepada HIP.
Turut hadir pada persidangan berkenaan, Naib Presiden Kids Asia Pacific daripada Warner Media Entertainment Networks, Leslie Lee.
Karakter animasi Mechamato iaitu Amato dan MechaBot juga menerjah persidangan dengan mempersembahkan lagu rasmi dalam dua versi berbeza.
Versi bahasa Inggeris dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan direkod di Amerika Syarikat (AS), manakala lagu versi bahasa Malaysia dinyanyikan Shah daripada kumpulan Modescape.
Sementara itu, Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa Monsta, Faiz Zainal Aabidin, berkata hak distribusi eksklusif Mechamato kini dipegang pengedar nombor dua terkemuka dunia, Jetpack Distribution.
"Siri animasi Mechamato dialih kepada 12 bahasa demi memasuki pasaran antarabangsa, sekali gus menarik minat penonton antarabangsa. Antaranya, bahasa Jepun, Korea, Inggeris, Vietnam, Thailand, Mandarin, Kantonis, Tagalog dan Indonesia.
"Tujuannya, Monsta mahu memperkenalkan siri animasi Mechamato sebelum menghasilkan filem. Lagipun, fokus dan kandungan kini lebih menjurus kepada digital serta televisyen (TV) ketika era pandemik.
"Perbincangan bersama Jetpack Distribution untuk pemasaran antarabangsa dilakukan pada Februari tahun lalu. Ketika itu, saya mengikuti tayangan program kanak-kanak di Miami, Florida tetapi perbincangan selanjutnya dilakukan secara virtual disebabkan pandemik," katanya.
Beliau berkata, Jetpack Distributor akan memfokuskan jualan di AS, Eropah, Timur Tengah dan anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) seperti Russia, Armenia, Azerbaijan dan banyak lagi.
Selain itu, Faiz berkata, Jetpack Distributor cuba menembusi negara yang belum pernah atau jarang menayangkan kandungan dari Malaysia.
Siri animasi Mechamato mengambil latar belakang Kota Hilir di Bandaraya Melaka yang akan menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, tetapi disulami elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.
Ia memaparkan hubungan antara seorang kanak-kanak dan sahabat robot.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/10/mechamato-tembusi-21-negara-asia-pasifik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukan Terjun Prestasi Skuad Terjun Negara Kurang Baik

Sukan Terjun Prestasi Skuad Terjun Negara Kurang Baik

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 271 hits
Bekas jurulatih terjun negara Christian Brooker akui prestasi kurang memberangsangkan skuad terjun negara di sukan Olimpik 2020 jadi punca ikatannya bersama Majlis Sukan Negara MSN terlerai pada Isnin Pada masa sama beliau bertanggungjawab ...
Piala Sudirman Skuad Negara Berjaya Catat Kemenangan Kedua Menewaskan Mesir 5 0

Piala Sudirman Skuad Negara Berjaya Catat Kemenangan Kedua Menewaskan Mesir 5 0

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 260 hits
FINLAND Skuad badminton negara meneruskan rentak kemenangan pada saingan Piala Sudirman 2021 selepas mudah menewaskan Mesir 5 0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D malam tadi Kemenangan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada dala...
No 1 Di 76 Negara Squid Game Mungkin Jadi Siri Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular Di Netflix

No 1 Di 76 Negara Squid Game Mungkin Jadi Siri Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular Di Netflix

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 563 hits
Squid Game nampaknya terus mengganas di persada antarabangsa apabila mengekalkan jumlah trending yang banyak di pelbagai negara Kekal No 1 di ranking program TV popular di Netflix Global selama 5 hari ianya juga menunjukkan prestasi yang he...
Negara Jiran Khasnya Thailand Menjadikan Ganja Sebagai Salah Satu Bahan Perubatan

Negara Jiran Khasnya Thailand Menjadikan Ganja Sebagai Salah Satu Bahan Perubatan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 349 hits
Kerajaan wajar lulus penggunaan hemp marijuana untuk perubatan kata Syed Saddiq September 29 2021 Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu kerajaan menghentikan pembayaran elaun gratuiti kepada bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewa...
Malaysia Disasar Menjadi Negara 2 Teratas Di Asean Dalam Perlumbaan 5g Dalam Tempoh 3 Tahun

Malaysia Disasar Menjadi Negara 2 Teratas Di Asean Dalam Perlumbaan 5g Dalam Tempoh 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 333 hits
Malaysia Boleh Tan Sri Annuar Musa kini mengatakan yang mana salah satu tumpuan yang kini diberikan adalah dalam menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk penggunaan komersil di Malaysia Menurut beliau Malaysia kini perlu mempercepatkan pe...
Rmk 12 Dan Cabaran Elak Malaysia Jadi Negara Kleptokrasi Kakistokrasi

Rmk 12 Dan Cabaran Elak Malaysia Jadi Negara Kleptokrasi Kakistokrasi

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh LIM KIT SIANG September 28 2021Semasa Perdana Menteri Ismail Sabri membaca ucapan Rancangan Malaysia Ke 12 beliau secara kaku daripada mesin teleprompter beliau di Parlimen semalam saya tidak dapat mengelak daripada memerhatikan gelaga...
Imej Negara Bergantung Pada Penghuni Sri Perdana Bukan Ubah Suai Rm30 Juta

Imej Negara Bergantung Pada Penghuni Sri Perdana Bukan Ubah Suai Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 232 hits
Malaysiakini RM30 juta yang dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri Sri Perdana di Putrajaya tidak disambut baik Rafidah Aziz Tanpa berlapik bekas menteri itu menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam semata mata Ra...
Bagaimana Pula Peluang Bertaubat Bagi Yang Berjanji Untuk Menghapuskan Judi Di Negara Isle Ini Bukan Itukah Pembohong

Bagaimana Pula Peluang Bertaubat Bagi Yang Berjanji Untuk Menghapuskan Judi Di Negara Isle Ini Bukan Itukah Pembohong

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 173 hits
Peluang untuk Muhammad Sajjad bertaubat sentiasa terbuka Idris AhmadKUALA BERANG Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar benar ingin kembali kepada fitra...
Dimanakah Pihak Berwajib Membantu Insan Ini Pemimpin Agama Ahli Ulamak Pimpinan Politik Apakah Negara Kita Sudah Muflis

Dimanakah Pihak Berwajib Membantu Insan Ini Pemimpin Agama Ahli Ulamak Pimpinan Politik Apakah Negara Kita Sudah Muflis

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 210 hits
JIKA ANDA BOLEH MELIHAT RAKYAT DALAM NEGARA ANDA BEGINI MAKA ANDA ADALAH PEMIMPIN YANG AMAT LEMAHHanya Beralaskan Kotak Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesena...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co