Mcdonald S Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Rm2 Juta Tahun 2021


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM2 Juta Tahun 2021 | Rangkaian global perkhidmatan makanan, McDonald's Malaysia baru-baru ini membuat pembayaran zakat bagi tahun 2021 sejumlah RM2 Juta, suatu jumlah terbesar sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat perniagaan semenjak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.
Sehingga kini McDonald's di Malaysia mempunyai lebih 300 restoran di seluruh negara dan mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.





“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini.”  


Majlis penyampaian Zakat telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan Zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.

“Sumbangan Zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran Zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia, diharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan,” kata Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan Zakat. Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen syarikat kami sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang sebanyak RM2 juta dalam Zakat yang juga merupakan jumlah tertinggi kami sehingga kini bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Selain itu, pada bulan Oktober 2020, McDonald’s Malaysia juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.
Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.
“Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.
McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia.
Untuk memastikan standard Halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh.


Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/11/mcdonalds-malaysia-bayar-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakat Perniagaan Berjumlah Rm2 Juta Kepada 14 Negeri Dari Mcdonald S Malaysia

Zakat Perniagaan Berjumlah Rm2 Juta Kepada 14 Negeri Dari Mcdonald S Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 337 hits
Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Kepada 14 Negeri Dari McDonald s Malaysia Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan jika ia telah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan Hasil daripada perniagaan yang melibatka...
Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

Biar Betul Najib Dapat Rumah Bernilai 100 Juta Cukai Tak Bayar Lagi Bagai 12 Tahun Nak Kena Masuk Jel Ehhhhh

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 294 hits
Terkini Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL Bekas perdana menteri Najib Razak memohon keistimewaan daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2 8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di keji...
Selamat Tahun Baru Cina 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambutnya Hari ini masuklah 1 Rejab tak lama lagi bulan Ramadhan pula Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan yang baik dan semoga dijauhkan dari ...
Barang Baru Yang Dibeli Sekitar Tahun 2020 Dan 2021

Barang Baru Yang Dibeli Sekitar Tahun 2020 Dan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 327 hits
Semenjak berpindah ke rumah baru banyak juga barang baru yang di beli Mula mula pindah terpaksa beli tilam baru kerana tilam lama sudah terbenam apabila tidur Jika badan terbenam susah nak bangun dan bergerak ketika tidur Boleh menyebabkan ...
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 376 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
6038 Gila Jual Anak Nak Bayar Hutang Ahlong Tv Ppim 19 11 2021

6038 Gila Jual Anak Nak Bayar Hutang Ahlong Tv Ppim 19 11 2021

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 373 hits
Anak Kena Rogol Hutang Kira Settle Ramai yang jadi gelap mata bila ahlong dah bagi pinjam duit Iyalah nak pinjam dengan ahlong ni senang sangat Tahu tahu pinjaman dah lulus Tapi bila dah tak ada duit nak bayar anak pun terpaksa jadi ganti u...
Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 377 hits
Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin pada Selasa lalu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idz...
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 324 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pe...
Fosil Benih Hackberry Umur 50 Juta Tahun Zaman Eocene Lokasi Amerika

Fosil Benih Hackberry Umur 50 Juta Tahun Zaman Eocene Lokasi Amerika

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 262 hits
BENIH HACKBERRYUmur 54 hingga 37 juta tahunZaman EoceneLokasi Pergunungan Hart Utara Tengah Wyoming AmerikaPokok yang merupakan satu daripada anggota genus Celtis ini tumbuh di kawasan beriklim sederhana Benih benih hackberry yang digambark...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami