Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan tahun ke-6 yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah, tahniah McDonald’s Malaysia untuk acara tahunan sebegini, qaseh teringin juga ingin menderma darah tapi tulah adalah masalah darah rendah dan ramai juga yang sama macam qaseh
Tapi tak mengapa kerana aktiviti menderma darah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan, kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil Kriteria Untuk Menderma DarahSihat tubuh badanBerumur 17 tahun hingga 70 tahunBerat badan 45kg ke atasTiada masalah kesihatanTidak mengambil ubat-ubatan Makan dalam masa 4 jam sebelum menderma darahTidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepasPenderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak, tidak period
Jadi, ini sebenarnya pengalaman pertama qaseh berada dalam program sebegini, ramai juga yang datang untuk derma darah tempoh hari, korang memang terbaik ! Yelah bukan semua orang yang punya hati nurani sebegini, bukan semua orang juga yang layak untuk menderma, tapi mereka sangat berani dan bersemangat ! 

Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah
Menjalani sesi kaunseling dengan pegawai perubatan / jururawat , kemudian pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah 
Beg darah ni ada saiz tau, qaseh fikir beg darah ni ada satu saiz sahaja, rupanya terbahagi kepada dua, mengikut berat badan dan tekanan rendah.
Seterusnya proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7-15 minit 

Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun


Lastly penderma boleh redeem makanan percuma oleh McDonald’s. Wajib makan ye selepas derma darah, karang pitam pulak, haaa so kena tambah tenaga

Jadi, diharap perkongsian qaseh hari dapat membuka mata korang semua bahawa menderma darah itu merupakan satu perkara yang sangat mulia dan mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Mungkin ada yang takut sebab yelah dulu qaseh selalu dimomokkan derma darah ni menyakitkan padahal ia tidak akan memudatkan korang pun, jadi jangan takut-takut tau ! 
Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone dan goodies bag buat semua penderma darah yang hadir. Yummy!!


|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |