Mca Tetap Berkeras Mahu Kerusi Majoriti Melayu


Athirah Huda Zalhe
Jangan ikut rentak DAP, lambat-laun Melayu boleh hilang sabar

BANGI, 15 Zulkaedah 1441H, Selasa – Pelik apabila parti berasaskan kaum, MCA seolah-olah marah selepas dinasihat supaya fokus merebut lebih 140 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

“Saya tidak faham mengapa saya dilabel perkauman. Saya hanya menegur MCA supaya tidak sibuk merebut kerusi majoriti Melayu dari parti-parti Melayu terutama dari UMNO.

“Malah, saya menasihati supaya MCA fokus merebut kerusi-kerusi milik DAP yang mempunyai lebih 40 kerusi Parlimen dan lebih 100 lagi kerusi DUN. Mengapa MCA marah pula.

“Apakah MCA tidak sanggup merampas kerusi-kerusi yang terlalu banyak ini dari DAP atau MCA sebenarnya tamakkan kerusi sahaja? Walaupun menjadi lubuk kehilangan kerusi BN dalam PRU-14 dahulu, jawatan menteri masih dapat, jawatan GLC masih dapat, jawatan senator masih dapat. Itu pun masih tidak cukup ya?,” soalnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok mendakwa respon Haji Aminuddin berhubung kenyataannya mengenai masyarakat Cina mula tolak DAP, mempunyai emosi perkauman.

Kenyataan Chin Kok itu sebagai membidas semula kenyataan Aminuddin yang menyarankan supaya MCA merampas kerusi dimiliki DAP berbanding menuntut atau meminta kerusi yang sepatutnya diletakkan calon Melayu muslim.

Chin Kok mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) – yang ditunjangi UMNO, MCA dan MIC – mewakili seluruh rakyat dan konsep keadilan dalam parti itu juga tidak mewakili kaum serta warna kulit.

“Presiden ISMA perlu sedar BN bukan sebuah parti satu kaum. BN mewakili semua kaum Melayu, Cina, India dan minoriti kecil yang lain.

“Jika BN hanya mewakili satu kaum sahaja bagaimana kita hendak membina sebuah negara yang rakyatnya hidup harmoni dan saling menghormati,” kata Chin Kok.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, rata-rata netizen mengharapkan MCA dapat merebut kembali kerusi yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Janganlah terlalu angkuh sangat dengan rakyat. Apakah mereka juga perkauman? Saya ulangi gesaan saya agar MCA berubah menjadi sebuah parti Cina yang sederhana bagi membentuk masyarakat Cina.

“Janganlah ikut rentak DAP seperti apa yang kalian lakukan sekarang. Kerana lambat laun, orang Melayu boleh hilang sabar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan MCA supaya tidak mempersiakan sedikit kesabaran dan kepercayaan yang ada dalam masyarakat Melayu sekarang.

“Kepada pemimpin-pemimpin parti politik Melayu, dengarlah permintaan rakyat marhaen yang tidak mahu lagi kerusi-kerusi majoriti Melayu dipertaruhkan atas nama tawar-menawar politik,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/mca-tetap-berkeras-mahu-kerusi-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 401 hits
MCA MIC berebut kerusi majoriti Melayu sebelum Umno Bersatu dan Pas berunding Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan ant...
Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

Mca Mic Berebut Kerusi Majoriti Melayu Sebelum Umno Bersatu Dan Pas Berunding

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 723 hits
MALAYSIA DATELINE Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan antara Umno dengan Bersatu dan Pas Presiden Ikatan Muslimin Mal...
Calon Muslim Mesti Di Kawasan Majoriti Melayu Jangan Serah Pada Mca Mic

Calon Muslim Mesti Di Kawasan Majoriti Melayu Jangan Serah Pada Mca Mic

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 327 hits
Aminuddin YahayaGerakkan segala inisiatif demi agenda agama bangsa dan negara SEBELUM saya mengulas lanjut mengenai isu ini berikut merupakan 3 kerusi yang dituntut oleh MIC 1 Pasir Panjang 2 Behrang 3 Hutan Melintang Saya semakin syak mema...
Mca Desak Dap Tuntut Kerusi Tpm 2 Bagi Lim Kit Siang

Mca Desak Dap Tuntut Kerusi Tpm 2 Bagi Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 337 hits
ADRIAN LIM CHEE ENPetang tadi Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng sekali lagi menghasut orang Cina agar menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri bagi Lim Kit Siang Dakwa Tan Teik Cheng DAP dengan 42 kerusi Parlimen harus berdiri teguh menuntut...
Bersatu Dakwa Umno Lebih Pentingkan Kerusi Daripada Pertahan Kuasa Melayu Islam

Bersatu Dakwa Umno Lebih Pentingkan Kerusi Daripada Pertahan Kuasa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 416 hits
Anggota Majlis Pimpinan Bersatu Dr Rais Yatim menyatakan rasa terkilannya terhadap kepemimpinan Umno yang dilihat lebih mementingkan kerusi yang akan ditandingi nanti berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam Bekas menteri itu berkata ke...
Penulis Buku Kongsikan Kosa Kata Melayu Indah Yang Jarang Digunakan Hari Ini

Penulis Buku Kongsikan Kosa Kata Melayu Indah Yang Jarang Digunakan Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1463 hits
Umum mengetahui bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca yang digunakan oleh pedagang pedagang luar semasa kegemilangan Kesultanaan Melaka pada zaman dahulu dan sehingga kini bahasa Melayu antara bahasa yang paling...
Asal Usul Bangsa Melayu

Asal Usul Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 2440 hits
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a s begitu menurut Ibnu Athir seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau Bangsa Melayu menurut beliau ialah Bani Jawi iaitu keturunan lbrahim a s dari isterinya yang KETIG...
Exco Dap Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya Smash Bossku

Exco Dap Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya Smash Bossku

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 496 hits
Kita Akui Kebodohan Keklentongan pada DAP ini satu Anugerah Bodoh Tak Boleh Diajar Pandai Tak Boleh Diikut Inilah cara orang PH menipu tak kira yang tua tua atau yang muda EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang kata tiada satu sen pernah dibayar un...
Kena Fikir Sejenak Pagi Pagi Ni Kerajaan Melayu Isle Jugak Ke

Kena Fikir Sejenak Pagi Pagi Ni Kerajaan Melayu Isle Jugak Ke

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 402 hits
W FaudzinCamne cara Pas perbodohkan walaun mereka Mudah je jual agama Kalau nak kepada Islam sokong Pas sokong Hadi Ada di kalangan kita pulak nak perbodohkan penyokong PH jual mandat rakyat Kalau mahu ambil semula mandat rakyat kena sokong...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia