Mca Mic Hanya Akan Sokong Calon Umno Prn Ini


 


PETALING JAYA: Keputusan MCA dan MIC hanya menyokong calon Umno pada PRN bulan depan menyebabkan mereka berisiko lenyap jika kerajaan perpaduan meraih kemenangan besar, kata penganalisis.
Mereka berkata, langkah luar biasa MCA dan MIC itu adalah protes secara tidak langsung terhadap Pakatan Harapan (PH) kerana tidak memperuntukkan kerusi selamat untuk mereka bertanding, terutama di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Keputusan itu juga boleh dilihat sebagai menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi, yang berkata gabungan tersebut akan menyokong calon kerajaan perpaduan.
Kemenangan besar bagi parti dalam kerajaan perpaduan akan menjadikan MCA dan MIC tidak relevan dari segi politik, kata penganalisis itu.
Sebelum ini, Ketua MCA Selangor Ng Chok Sin mengisytiharkan parti itu tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyokong calon PH kerana PH tidak memenuhi “semangat kerajaan perpaduan”.
Penganalisis sosiopolitik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata tindakan MCA-MIC pasti akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan kongsi kerajaan perpaduan pada masa setiap undi dikira pada PRN 12 Ogos ini.
“Sikap ini bukan sahaja dilihat menggugat kepimpinan BN dan Presiden Umno Zahid, mereka juga menentang semangat BN dan kerajaan perpaduan.
“Mereka mengambil pendirian berisiko. Jika Umno dan PH berjaya mencapai kemenangan lebih besar, ini akan memakan diri kerana mereka tidak akan diperlukan sama sekali pada masa hadapan.
“Kita tahu langkah mereka adalah satu bentuk protes terhadap DAP kerana tidak memberikan mereka sebarang kerusi selamat di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor. Saya percaya MCA dan MIC akan membuat langkah seterusnya selepas melihat bagaimana undian berjalan,” katanya kepada FMT.
Awang berkata kedua-dua parti boleh hilang segala-galanya jika terus protes.
James Chin dari Institut Asia University of Tasmania berkata, langkah kedua-dua pihak itu semata-mata untuk cuba dan kekal relevan ketika nasib mereka semakin merudum.
Beliau berkata, realitinya kedua-dua parti itu mempunyai sedikit sokongan dalam kalangan masyarakat Cina dan India.
“MCA dan MIC hidup pada masa lalu, mereka tidak mampu melakukan pembaharuan. Mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali bergantung kepada model lama BN dan berharap Umno kembali berkuasa. Kemudian mereka boleh memainkan peranan sebagai Kapitan Cina dan Kapitan India. “Mereka sebenarnya tidak begitu relevan dalam politik hari ini. Sekarang, politik bukan Melayu tertumpu kepada DAP dan PKR. Melainkan ada perubahan besar dalam PRU akan datang, inilah realitinya,” katanya.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia mempersoalkan rasional protes MCA-MIC.
“Mengapa DAP perlu memberikan kerusi selamatnya kepada MCA?” katanya. “Peraturan parti penyandang untuk mempertahankan kerusi yang mereka pegang adalah munasabah dan perjanjian terbaik untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakan gabungan.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/07/mca-mic-hanya-akan-sokong-calon-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
By Staying Out Bold Mca Mic Are Telling Big Brother Umno You Too Don T Stand A Chance In State Polls

By Staying Out Bold Mca Mic Are Telling Big Brother Umno You Too Don T Stand A Chance In State Polls

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 324 hits
RATHER than suffering another round of humiliation MCA and MIC have perhaps made the wisest decision by skipping the six state elections slated for Aug 12 for both communal parties are well aware of their chances should they contest MCA sec...
Bn Terima Penjelasan Mca Mic Tak Mahu Kempen Calon Ph Sumber

Bn Terima Penjelasan Mca Mic Tak Mahu Kempen Calon Ph Sumber

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 465 hits
BN dikatakan menghormati pendirian MCA dan MIC dua parti komponennya untuk tidak turun berkempen bagi calon Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri akan datang di enam negeri Keputusan itu diambil dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Mena...
Mca Mic Tak Tanding Prn Ini Mungkin Penamat Bn Kata Shahril Hamdan

Mca Mic Tak Tanding Prn Ini Mungkin Penamat Bn Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 300 hits
satuberita myBy July 8 2023Pemimpin tertinggi BN meraikan kemenangan parti tu dalam Pilihan Raya Negeri Johor apabila pada 12 Mac 2022 KEPUTUSAN MCA dan MIC tidak bertanding pilihan raya negeri bulan depan mungkin menjadi titik permulaan ke...
Mca Selangor Tak Perlu Sokong Calon Ph

Mca Selangor Tak Perlu Sokong Calon Ph

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 415 hits
Rex TanKUALA LUMPUR Tiada keperluan bagi MCA menyokong calon Pakatan Harapan menjelang PRN kata ketuanya di Selangor Ng Chok Sin Isu asasnya kerana PH tidak memenuhi semangat kerajaan perpaduan Justeru tiada keperluan bagi MCA menyokong cal...
Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 230 hits
agendaily com12 07 2023Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undan...
Mca Mic Risk Oblivion With Move To Support Only Umno

Mca Mic Risk Oblivion With Move To Support Only Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 325 hits
Barisan Nasional members MCA and MIC have decided to support only Umno candidates at next month s state elections PETALING JAYA The decision by MCA and MIC to support only Umno candidates in state elections next month leaves them at risk of...
Prn Dap Pkr P Pinang Remajakan Senarai Calon Kata Sumber

Prn Dap Pkr P Pinang Remajakan Senarai Calon Kata Sumber

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 360 hits
Dua parti utama PH itu dijangka menampilkan muka baharu dan mungkin menggugurkan personaliti utama 21 Jul 2023 2 40pmSenarai calon Pakatan Harapan untuk PRN Pulau Pinang dijangka diumumkan Ahad ini GEORGE TOWN Senarai akhir calon DAP bagi P...
Pas Tolak Individu Berdosa Besar Sebagai Calon Prn

Pas Tolak Individu Berdosa Besar Sebagai Calon Prn

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 223 hits
PETALING JAYA Majlis Syura PAS yang menapis lebih 300 nama dicadangkan sebagai calon PRN telah menolak individu mempunyai masalah moral dan berdosa besar kata Mursyidul Amnya Hashim Jasin Hashim berkata tapisan dibuat Jumaat lalu itu dibuat...
Senarai Calon Bn Yang Bertanding Dalam Prn Kali Ini

Senarai Calon Bn Yang Bertanding Dalam Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 255 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Barisan Nasional mempertaruhkan 108 calon pada PRU15 peringkat negeri 12 Ogos ini sebahagian besarnya muka muka baharu Pengerusi Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan 63 calon dacing kali ini muka baharu dan hanya 18...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin