Mca Dan Dap Terus Sekata Dalam Hal Kepentingan Bersama


ULASAN
TINDAKAN Polis membatalkan kongres Jawi yang dirancangkan Dong Jiao Zong di Kajang hari ini adalah tepat dan perlu dihormati semua pihak tanpa menimbulkan apa-apa persepsi buruk. Polis mendapat perintah daripada Majistret Syahrul Sazly Md Sain agar membatalkan kongres dijangka dihadiri 1,000 perwakilan dari berbagai pertubuhan Cina itu. 
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof polis mengambil tindakan itu demi keselamatan awam dan sudah tentu bagi mengelak tindakan daripada pihak yang kurang senang dengan maksud kongres itu diadakan. 
Tentu pihak polis ada maklumat dari risikannya dan punya tafsiran sendiri berhubung kongres itu jika ia diterus seperti mana dirancangkan. Bagaimana pun langkah polis itu tidak disenangi oleh dua parti Cina, MCA dan DAP. Mereka seakan sepakat apabila kedua parti itu mempertikai tindakan polis itu dan menuduh tindakan itu sebagai satu diskriminasi kepada kaum Cina

MCA menerusi Setiausaha Agungnya, Chong Sin Woon mempersoalkan dan menganggap pembatalan itu sebagai satu disksiminasi dengan membangkitkan kenapa kongres Jawi anjuran Cina yang hendak diadakan tertutup itu dibatalkan, tetapi polis membenarkan Kongres Maruah Melayu (KMM) yang diadakan baru-baru ini. 
Keadaan itu beliau menjadikan alasan tindakan polis itu sebagai diskriminasi.  Ada mesej amaran juga daripada beliau apabila memberi peringatan dengan mengatakan menyekat pemikiran manusia lebih bahaya daripada menyekat sungai

Manakala Ketua Pemuda DAP Howrd Lee pula menyifatkan langkah polis mendapat perintah mahkamah itu sebagai bercanggah dengan hak perlembagaan rakyat Malaysia berhubung kebebasan dan berhimpun secara aman. 
Menurutnya langkah itu sebagai satu reaksi berlebihan dan menetapkan duluan yang tidak baik untuk Malaysia baru.

Hujahnya lagi seperti dilapor, polis sepatutnya tidak menyekat tetapi melindungi hak Dong Zong berhimpun secara aman seperti mana penganjuran kongres maruah Melayu, disamping menegaskan hak untuk berbeza pendapat di kalangan warga adalah tulang belakang demokrasi.

Tampaknya kedua parti yang menjaga kepentingan Cina tidak bersetuju dan tidak sedia mematuhi pembatalan kongres berkenaan walaupun menurut polis ia dibuat untuk keselamatan awam. 
Sepatutnya MCA dan DAP faham dan mengerti serta meletakkan soal ketenteraman awam lebih utama daripada kepentingan politik kepartian. Mereka perlu berhenti menggunakan isu-isu sensitif untuk dijadikan modal murah berpolitik. 
Alasan pembatalan itu sebagai duluan yang tiak baik bagi kerajaan Malaysia baru (PH) seperti dakwa Howrd Lee itu, sesuatu yang menjelaskan kejahilan dan kurang fahamnya ketua pemuda itu soal ketenteraman awam dan tidak nampak akan potensi timbul kekalutan daripada kongres itu jika ia diadakan

Apakah beliau sengaja membutakan mata kerana mengharap sesuatu yang lain

Dan dari sudut lain apa yang tampak disini, jelas MCA dan DAP bersepakatan dalam isu-isu kepentingan bersama (Cina) sehingga sanggup meletakkan kepentingan awam (Malaysia) di belakang kepentingan bangsa dan kaum mereka dan dalam masa sama melupai perbezaan ideologi dan pendekatan politik mereka selama ini. 
DAP dan MCA boleh bertentangan dalam sesuatu hal tetapi mereka boleh akrab dan selesa dalam hal-hal lain. Apakah orang Melayu tidak menyedari situasi ini? 
Sesungguhnya sikap dan perangai begini tidak membawa kebaikan kepada Malaysia sebagai sebuah negara milik Melayu mutlak yang telah banyak bertolak ansur. Apapun bagi orang Melayu yang berjinak dengan dunia politik elok meniru perangai MCA dan DAP itu. [wm.kl. 11:05 am 28/12/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/12/mca-dan-dap-terus-sekata-dalam-hal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Joins Dap To Condemn Police For Banning Anti Jawi Assembly

Mca Joins Dap To Condemn Police For Banning Anti Jawi Assembly

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 295 hits
MCA has joined in DAP s public criticism against the police for preventing Dong Zong s planned congress In a statement today MCA spokesperson Chan Quin Er said the party regrets the move by the police in obtaining a court order to block the...
Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 260 hits
Tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa diri dan DAP sebagai parti pejuang Cina akan menguatkan lagi persepsi bahawa belia dan partinya adalah pejuang cauvinis Cina yang anti perpaduan Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu juga akan mengukuh...
Boleh Menangis Pemimpin Dong Zong Gerakan Mca Dan Dap Bila Baca Status Ni

Boleh Menangis Pemimpin Dong Zong Gerakan Mca Dan Dap Bila Baca Status Ni

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 569 hits
Foto FacebookBeza minda yang terbuka dengan minda yang tertutup bagai katak dibawah tempurung
Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 458 hits
BERITAMCA menyuarakan bantahannya terhadap pembatalan kongres anjuran Dong Jiao Zong berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung esok Menyifatkannya sbagai diskriminasi setiausaha agungnya Chong Sin Woon membangkitkan penganjuran Kongr...
Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 402 hits
Kira kira 300 peserta menyertai Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong yang berlangsung di hadapan Sogo Kuala Lumpur
Ingat Balik Boleh Terus Buat Kerja

Ingat Balik Boleh Terus Buat Kerja

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum Korang yang mana friend dengan Cik Nor mesti ke mana Cik Nor pergi kan Cik Nor sebenarnya ke Kuala Lumpur memenuhi jemputan dari pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur untuk kempen Visit Malaysia 2020 Rombongan ini bukan sahaj...
Klsummit Jalan Terus Walau Tanpa Kehadiran Pakistan

Klsummit Jalan Terus Walau Tanpa Kehadiran Pakistan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 334 hits
Jumlah negara kuantiti bukan sesuatu yang PALING utama tetapi kualiti yang vokal Dalam ketika OIC yang makin tidak berfungsi dan Arab Saudi yang sangat berkiblat ke Amerika adalah perlu Malaysia menyediakan langkah alternative lain untuk me...
4 Cara Menjaga Kesehatan Perut Kendati Usia Terus Bertambah

4 Cara Menjaga Kesehatan Perut Kendati Usia Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 227 hits
Menurunnya kondisi perut ini bisa membuatmu tidak lagi bisa makan sebebas sebelumnya Menjaga kesehatan perut merupakan hal yang sangat penting untuk hidup di masa tua yang sehat
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya