Ingat Balik Boleh Terus Buat Kerja
Assalamualaikum..
Korang yang mana friend dengan Cik Nor mesti ke mana Cik Nor pergi kan? Cik Nor sebenarnya ke Kuala Lumpur memenuhi jemputan dari pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur untuk kempen Visit Malaysia 2020. Rombongan ini bukan sahaja dari negeri Kelantan malah negeri Pahang dan Terengganu pun ikut serta
Kita tinggalkan dahulu pasal kehilangan Cik Nor itu. Kita fokuskan kenapa Cik Nor tak boleh terus buat kerja bila balik dari bercuti. Bukan penat ke apa sebenarnya. Kalau ikutkan penat memang penat jugak la sebab perjalanan pergi balik memakan masa 14jam jugaklah. Tapi itu tak kisah sangat sebab bukan Cik Nor yang drive pun.haha. Cik Nor tidur jer sepanjang perjalanan
Yang menjadi masalahnya ialah line internet. Bila dia buat hal semua kerja tak jalan la. Mana taknya, nak taip entry tu memang lepas la tapi part nak masukan gambar tu masak weh nak menunggu dia lepas satu-satu gambar. Gambar yang nak dimasukkan tu bukan besar mana pun saiz nya. Dalam format jpeg pulak tu
Dahla masa kat sana tu asyik teringat jer ada job review yang masih tertangguh. Bila sampai rumah berkobar-kobar nak buat tapi bila macam ni tarik selimut lagi best kot hujan-hujan ni.haha. Nampak kekecewaan jelas terpancar. Eh..betul ke kecewa ni? Ke Cik Nor yang malas ni.haha
Malas tu ada jugak sikit tapi tadi dah cari sikit info untuk review. Belum sempat habis menulis sawan menguap datang, macam tak tidur sebulan. Cik Nor apa lagi, layan mata jer la. Nak tunggu line internet macam siput ni memang tak la
Itu jer sebenarnya nak bagitahu korang. Manalah tahu kot korang ter rindu atau teringat-ingat celoteh merapu Cik Nor ni. #perahsantan jer Cik Nor ini orang rindu dia.haha. Ko tak ada orang lagi suka tau Cik Nor.:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2019/12/ingat-balik-boleh-terus-buat-kerja_17.html