Mbh Medispa Pusat Rawatan Kecantikan Bumiputera Di Malaysia
Hi Korang Assalammuaalaikum.
Ada tak kat sini yang tengah cari SPA untuk untuk rawatan kulit muka? Okay aku nak cerita kat korang pasal MBH Medispa. Korang tau ke pasal MBH Medispa ni? MBH Medispa kini dkenali sebagai salah satu daripada pusat rawatan kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia. Dah bertapak selama 10 tahun tau uolls! Power gila! Nama MBH ialah singkatan kepada Maya Beauty House dan perkataan Medispa ialah gabungan perkataan medical dan spa.
Siapa Pengasas MBH Medispa?
Pengasas MBH Medispa, Puan Yaya Mohamad.
Puan Yaya telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk kencantikan dan membuat rawatan kecantikan dari rumah ke rumah. Pada tahun 2010, Puan Yaya telah mengembangkan perniagannya dengan membuka premis kecantikan pertama beliau di Kajang Prima, Selangor.
Apakah rawatan yang diberi di MBH Medispa?
MBH Medispa bukan sahaja menyediakan servis rawatan wajah, malah memberikan rawatan insentif untuk merawat masalah kulit yang lebih terperinci seperti parut jerawat, jerawat, jeragat dan sebagainya.
Ni list rawatan yang disediakan di MBH Spa. Banyak gila weh! Korang boleh pergi dulu spa dan consult dulu dengan consultant apa masalah kulit korang dan nanti dorang akan recommend rawatan yang sesuai okay :)
Perasmian dan Pembukaan MBH Medispa Terbaru Di Nilai, Seremban
Pada 24 Ogos 2019, aku berkesempatan untuk pergi ke perasmian MBH Medispa di Nilai.Dapat jumpa depan-depan pengasas dia Puan Yaya soooo humble and cantik sangattt!
Masa perasmian ni, memang banyak gila lah promosi untuk customers yang datang! Bloggers yang datang pun diberi baucer rawatan OMG tak sabar weh nak pergi, tapi tu lah keadaan tak mengijinkan ku huuuu so simpan hajat dulu.
Masa ni sementara tunggu program start, tunggu dalam kereta sebab dalam spa memang penuh gila customers! Kereta tinted, pasang aircond di tengah hari terik fuh memang ketenangan. Pastu dah la kereta tinted tetibe tertekan hon, habis semua orang pandang ingat gangster mana.
Lepas tu penat duduk dalam kereta, sambung makan di luar. Anak aku tambah bihun sampai 3 kali sampai kat tangan pun melekat bihunnya yaAllah lapar sangat ke anak aku ni ampun aku yaAllah..
Okayyyy, sambung.
MBH Mediaspa Nilai Cawangan Yang Ke 22!
MBH Medispa dah ada 2 Cawangan tau kat Negeri Sembilan, termasuk branch Nilai ni, sekaligus ia menjadi Cawangan yang ke 22 di Malaysia FUH GEMPAK. Majlis pembukaan MBH Medispa Nilai dirasmikan olen penyanyi rap terkenal W.A.R.I.S yang merupakan artis kelahiran negeri tersebut. Beliau juga merupakan antaran artis yang kerap datang ke MBH Medispa untuk membuat rawatan kulit wajah. Kau ingatttt lelaki takleh pergi spa? Kelas kau WARIS! HAHA.
Sementara tunggu perasmian, kami di brief juga tentang produk-produk under MBH Dermacare iaitu Set Dermaklair. Founder Puan Yaya sendiri yang brief tau. Bukan kaleng-kaleng ;D
Apa itu Dermaklair?
Dermaklair adalah produk penjagaan kulit semula jadi berasaskan bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit tidak kira wanita wahupun lelaki yang mengalami pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat, parut, pigmentasi, penuaan, nada kulit tak sekata dan sebagainya. Sebelum itu Dermaklair dikenali sebagai MBH Dermacare yang mana sekarang dah dibuat penjenamaan semula kepada Dermaklair.
Yang paling best, produk ni guna khidmat ahli kimia yang berpengalaman untuk memastikan produk yang dikeluarkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan. Mereka sentiasa membuat penyelidikan dalam meningkatkan fomulasi menggunakan bahan semulajadi untuk mendapatkan input terbaik terhadap produk dan aplikasi penjagaan kulit pelanggan.
Okay, ucapan sikit dari founder, Puan Yaya.
WARISSSS
Emcee dia best gila, speaking Negeri Sembilan, selamberrrr, best sangat!
Satu gambar dengan Puan Yaya. Omak ai tangkap gambar sebelah orang cantik terus muka jadi macam kipas.
Perasmian oleh WARIS dengan founder di hadapan spa.
Sebelum kami balik, kami dibawa melawat ke kawasan spa. Disini la aku sempat tangkap gambar beberapa shot je sebelum henpon ke kehabisan betri.
Consultant sedang buat skin analysis.
Okay last but not least,
Untuk tahu lebih lanjut pasal MBH Mediaspa Nilai ni, korang boleh layari laman sosial berikut :
Facebook : MBH Skin Expert - Nilai Instagram : MBH Mediaspa Nilai
Okay, bye!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hannamaruku.com/2019/10/mbh-medispa-pusat-rawatan-kecantikan.html