Mbh Body Theory Johor Untuk Mereka Yang Nak Langsing
MBH BODY THEORY JOHOR untuk mereka yang nak langsing | Baru -baru ni umi dan rakan blogger lain berkesempatan untuk datang ke perasmian MBH BODY THEORY JOHOR yang baru di buka di Bandar Baru Uda Alhamdulillah..mereka maju lagi setapak dengan pembukaan MBH BODY THEORY ni khas kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin kelihatan langsing dan mendapatkan body yang cantik. MBH BODY THEORY JB ini adalah Slimming centre di mana korang boleh dapatkan konsultasi bagi mengenalpasti masalah kegemukkan yang wanita di luar sana alami. Sebelum korang memilih untuk menjalankan treatment yang disediakan, terdapat konsultasi dari pakar mereka.Disitu korang akan diterangkan apa masalah yang terdapat di dalam badan korang, maksudnya adakah lemak yang terdapat di dalam badan lemak air atau lemak lain.Dan mereka akan tentukan rawatan apa yang sesuai untuk korang mengikut pada apa yang telah mereka lihat masalah korang tu. Yes, umi suka cara mereka yang melayan pelanggan dengan berhemah ni.Apa yang perlu dan tidak perlu, mereka akan bagitahu.Dan yang paling penting adalah, korang kena ikut saranan mereka, kalau tak maka takkan menjadilah rawatan korang tu.Contohnya apa yang umi dengar dari mereka adalah, ada sesetengah pelanggan yang merungut tidak mendapat berat badan yang ideal apabila membuat rawatan.setelah dikaji pelanggan itu sendiri tidak mendisiplinkan diri dalam membuat rawatan.Of course bila buat rawatan perlangsingan mahupun rawatan muka, korang wajib kawal pemakanan dan juga minum air secukupnya seperti yang disarankan.Itu yang penting supaya rawatan yang korang dah buat tu menjadi. TREATMENT YANG TERDAPAT DI MBH BODY THEORY JB Meh umi perkenalkan antara treatment yang ada di sini dan bagaimana treatment ini membantu mereka yang mengalami masalah kegemukkan ye. MBH FAT BRACKER Siapa yang sesuai untuk rawatan ni? Mereka yang mempunyai masalah kulit menggelebeh Mempunyai masalah selulit selepas bersalin KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN FAT BRACKER Membakar lemak di bawah kulit dan lemak Membentuk badan Mengurangkan selulit di permukaan kulit Untuk pengetahuan korang, rawatan ini tidak sesuai untuk MEREKA YANG HAMIL,LEMAH JANTUNG,TEKANAN DARAH TINGGI/RENDAH. MBH FALT MELT AWAY MBH MELT AWAY adalah rawatan yang menggunakan teknologi terbaru iaitu cavitation dan ultrasound KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH MELT AWAY Mengegangkan kulit Memperbaiki struktur kulit Membetnuk semula badan Mengurangkan kesan Orange Peel Untuk pengetahuan korang Rawatan ini tidak sesuai untuk wanita hamil, lemah jantung, tekanan darah tinggi/rendah,Hyperthyroid,yang menggunakan perentak jantung,luka terbuka dan diabetes. MBH STRAIGHT LOSS SHELL MBH STRAIGT LOSS SHELL ni adalah rawatan untuk mencairkan lemak luaran dan dalaman menggunakan kaedah ala capsule. Sebelum pelanggan masuk ke dalam Loss Shell ni, mereka akan diurut dan diwrapping.Kemudian barulah mereka dimasukkan kedalam peralatan ni.macam gambo kat bawah ni kredit gambar : huda KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH STRAIGHT LOSS SHELL Membakar lemak di bawah kulit dan lemak visceral Membentuk badan Mengurangkan selulit di permukaan kulit Ingin umi tekankan disini rawatan ini tidak sesuai sama sekali kepada wanita hamil dan mengalami masalah kesihatan yang kritikal MBH FLAB U-LESS Rawatan ini membantu mengurangkan selulit dan menegangkan kulit.Selain itu, ianya juga membantu memanaskan dan membaik pulih tisu-tisu yang bertujuan melancarkan aliran darah dan sekaligus membantu memecahkan lemak dengan menggunakan alat RF. KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH FLAB U-LESS Mengurangkan benjolan lemak Mengurangkan selulit Mencantikkan kulit Menegangkan kulit kendur Membentuk badan yang menarik MBH FROZE FAT FAST Rawatan Froze fat fast ini menggunakan teknologi BTI, dimana ianya adalah proses membekukan lemak pada kawasan tertentu. KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH FROZE FAT FAST Mengurangkan benjolan lemak Mengurangkan selulit Mencantikkan kulit Menegangkan kulit kendur Membentuk badan yang menarik Untuk rawatan ini, terdapat dua jenis berlainan mesin yang digunakan untuk membuang lemak di dagu dan jugak perut dan di tempat yang lain.Pelanggan tak perlu berasa panas kerana alat yang digunakan sangat sejuk di permukaannya.Kalau nak tahu lebih lanjut, kena cubalah rawatan ini ye.Umi pulak tak sabar rasanya nak mencuba tau. PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN Sangat-sangat disarankan mereka yang menggunakan treatment ini menggunakan slimming lotion (MBH Burn it Fast) bagi tujuan membantu mengekalkan bentuk badan. Pengambilan makanan seimbang amat diperlukan Tiada pengambilan kafein Pengambilan air putih mengikut berat badan ideal Ada beberapa lagi rawatan lagi yang mungkin umi tak sebut di dalam entry ni.Tapi yang penting, umi tak sabar nak buang segala lemak yang ada kat perut ni. Untuk korang yang nak details tentang rawatan yang umi sebutkan di atas, boleh la terus ke MBH BODY THEORY yang bertempat di Bandar Baru Uda.Boleh jugak lihat page mereka di bawah ni ye. MBH BODY THEORY Facebook : MBH Body Theory – Johor Bahru Instagram : mbh_bodytheoryjb Website : http://mbhbodytheory.com Alamat : 12 – 02, Jalan Padi Emas 1/4, UDA Business Center, 81200 Johor Bahru, Johor. No phone :018 – 203 7019
The post MBH BODY THEORY JOHOR untuk mereka yang nak langsing appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/mbh-body-theory-johor-untuk-mereka-yang-nak-langsing/