Mb Sanusi Umum Projek Peruntukan Kerajaan Pusat Kalih Bagi Sama






 
Rakyat Kedah diminta memikirkan pihak manakah paling layak memerintah dan dilantik sebagai kerajaan mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor boleh mengumumkan apa sahaja yang beliau mahu buat sebagai manifesto negeri tetapi kewangan datang daripada Kerajaan Persekutuan kerana Kedah tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakan projek.

"Kita tunggu PN, dengar pengumuman (manifesto) Sanusi apa lagi dia nak buat? Pertama, dia nak teruskan Lapangan Terbang Kulim (seperti dinyatakan Sanusi sebelum ini). Sahabat saya Rafizi dah jawab masa dialog Rancangan Malaysia ke 12 bersama Sanusi

"Projek ini (KXP) projek swasta, depa tak ada duit. Kalau ada idea duit tak ada maka projek itu tak ada bank nak biaya.

"Bank akan biaya kalau kerajaan bagi kelulusan. Dengan kelulusan kerajaan, syarikat ini pergi ke institusi kewangan. Projek bila kerajaan dah lulus, menjadikan projek boleh dapat pinjaman. Tetapi lepas lapangan terbang siap, kargo cukup atau tak cukup bukan masalah syarikat pembina.

"Kedua, dia nak buat Zon Ekonomi Sempadan. Saya nak habaq Sanusi soal pembangunan sempadan melibatkan aspek keselamatan. Keselamatan bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan. Biar tahu tanggungjawab kita. Saya adalah Pengerusi Keselamatan Sempadan Negara.

"Kalau nak tawarkan, bukan sahaja soal ekonomi tetapi soal keselamatan sempadan negara tak boleh bocor (perlu diambil kira).

"Tawaran ini boleh (lebih mudah) berlaku dengan cara rakyat Kedah tukar 'kalih bagi sama', negeri dan Persekutuan sama kerajaan," katanya dalam majlis memperkenalkan calon dan pelancaran manifesto malam tadi.

Mengenai projek Loji Rawatan Air (LRA) pula, Saifuddin berkata, Sanusi yang telah gagal menyiapkan projek itu seperti dijanjikan sekali lagi berjanji untuk meneruskan projek tersebut, tetapi peruntukan pembinaan sebenarnya dikawal oleh kerajaan pusat.

"Saya dilantik oleh Kabinet sebagai pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah. Tugas saya memantau semua projek Persekutuan di negeri Kedah yang jumlahnya RM1.6 bilion termasuk memantau 5 projek LRA supaya projek ini siap. Sanusi boleh umum tetapi duit tak ada.

"Yang membolehkan loji rawatan air ini siap adalah jaminan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan. Lagi sekali rakyat negeri Kedah kena kalih bagi sama, baru projek LRA kita tambah dan pastikan peruntukan tiap tahun cukup," katanya.

Begitu juga dengan projek tanam padi 5 musim untuk 2 tahun, kata Saifuddin, peruntukan tidak datang daripada Kerajaan Negeri Kedah tetapi daripada kerajaan pusat.

"Sanusi umum nak projek tanam pagi 5 kali dalam 2 tahun. Dia boleh umum tetapi 2 minggu lepas PM turun di kawasan MADA untuk umum RM3 bilion menyelenggara tali air untuk mudahkan tanam padi 5 musim. Itu bezanya. Sanusi umum, kita salur peruntukan untuk buat. Itu beza.

"Sanusi nak teruskan Kulim Hi Tech Park. Taman teknologi ini tugasnya satu saja, siap tanah dan tapak kemudian bawa pelaburan berteknologi tinggi. Persiapan itu semuanya ditanggung oleh dana Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kedah. Ini fakta tak berubah. Dia boleh umum nak tambah fasa pembangunan tetapi duit dari Persekutuan," katanya lagi.

Justeru itu, kata Saifuddin, slogan "kalih bagi sama" perlu diamalkan pengundi dalam PRN Ogos ini agar Kerajaan Negeri dan Persekutuan dari parti yang sama.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/mb-sanusi-umum-projek-peruntukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pusat Tak Rugi Apa Apa

Kerajaan Pusat Tak Rugi Apa Apa

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 205 hits
Mat ManKuasa ditangan rakyat dah 30tahun rakyat bagi kuasa kat lebai memerentah tetapi x ada apa yg rakyat dapat yg senang lebai dapat kereta mercedes elaun wakil rakyat naik tapi servis utk rakyat mengecewakan Prn kali ni ubahlah bagi kepe...
Undi Ph Bn Kalau Undi Paspn Pun Bukan Tukar Kerajaan Pusat

Undi Ph Bn Kalau Undi Paspn Pun Bukan Tukar Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 216 hits
Majoriti pengundi atas pagar mula berfikir susahnya kerajaan negeri yang tak seiring dengan Kerajaan Pusat Bahkan penyokong PN sendiri pun mula ada yang kendur sokongan terhadap mereka Ada kemungkinan undi mereka akan pergi Kerajaan Perpadu...
Pm Zahid Umum Peruntukan Tiada Kena Mengena Prn

Pm Zahid Umum Peruntukan Tiada Kena Mengena Prn

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 184 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 30 2023 Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan pengumuman peruntukan oleh Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mempunyai kaitan dengan pilihan raya Katanya kerajaan persekutuan masih beroperasi dan aka...
Hassan Tidak Setuju Ahmad Zahid Umum Peruntukan Pada Kempen Prn

Hassan Tidak Setuju Ahmad Zahid Umum Peruntukan Pada Kempen Prn

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 296 hits
satuberita myBy July 31 2023Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul KarimOleh ABU UBAIDILLAH RAHMAHAHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim tidak bersetuju tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukankepada Maj...
Umum Peruntukan Kempen Prn Ahmad Zahid Langgar Larangan 3c Bersih

Umum Peruntukan Kempen Prn Ahmad Zahid Langgar Larangan 3c Bersih

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 245 hits
satuberita myBy July 30 2023Gambar hiasanTINDAKAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu telah melanggar dua daripada tiga larangan 3C iaitu No Conditions No...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up