Mb Kedah Bela Manusia Yang Baik Tanpa Perkauman Penghijrah
KALAU ada yang terfikir Menteri Besar (MB) Kedah turun padang mendekati rakyat seperti sengaja dibuat-buat untuk raih sokongan, atau sekadar sandiwara yang bersifat sementara, fahamilah ini bukan baru bagi beliau.
Sebagai Pegawai Persatuan Pengguna Pulau Pinang, sebagai Pengarah PASRelief, beliau sudah lama aktif membantu mereka yang bermasalah termasuk mangsa bencana dalam dan luar negara yang jauh lebih dahsyat.
Kalau ada yang curiga soal pandangannya terhadap Rohingya, sudah bertahun-tahun beliau terlibat secara langsung membantu mereka secara dekat.
Daripada pengalaman itu, beliau punya pemahaman mengenai etnik Rohingya yang ternyata lebih daripada kita. Sebagai kelompok manusia, Rohingya juga ada yang baik, dan ada yang buruk. Macam kitalah juga!Sudah tentu, yang dibela adalah yang baik, yang teraniaya, yang jadi mangsa dan amat-amat memerlukan pembelaan.Yang sering jadi punca salah faham, bukan semua etnik Muslim dari Myanmar itu Rohingya. Ada juga warga Myanmar bukan-Islam yang pegang kad UNHCR berada di negara ini. Dari segi rupa, hampir sama dan sukar dibezakan oleh kita yang tidak mendekati mereka.Etnik Kela (Muslim)! Misalnya, juga dari Myanmar. MB juga seperti kita, sayangkan negara dan orang-orang kita sendiri. Jadi berpada-padalah dalam mencurigai supaya kita terhindar daripada dosa memfitnah, untuk kebaikan kita sendiri juga.Dulu, beliau semata-mata aktivis. Sekarang sebagai ketua kerajaan, dalam mengambil langkah tindakan, ada limitasi dalam pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.Ada yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengikut undang-undang. Sudah tentu, dalam apa jua tindakan, beliau akan utamakan rakyat Kedah yang 2.2 juta ini.MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 26/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...Pertama:Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah. Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya. Kedua:Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia.
Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.
Perhatian:Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?Landak 5: Stigma Negatif..Landak 6: "Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"
Bagaimana mendapatkan benihnya? Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/mb-kedah-bela-manusia-yang-baik-tanpa.html