Mb Baru Kedah Sah Angkat Sumpah Esok


Susan Loone
Diterbitkan Hari ini 1:30 pm

Rakyat Kedah sah akan mendapat menteri besar dan kerajaan baru, dengan majlis angkat sumpah akan diadakan pada pukul dua petang esok, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Ia menandakan tamatnya pentadbiran Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah buat kali kedua, yang dipegangnya selama dua tahun setelah PH menang di negeri itu pada PRU ke-14.

Kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tidak dapat dipertahankan setelah Bersatu keluar daripada PH, yang menyaksikan tumbangnya pentadbiran gabungan itu di peringkat persekutuan.

Beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah dua adun PKR, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin, keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Ia disusuli dengan empat Adun Bersatu.

Sebanyak 23 akuan bersumpah (SD) daripada Adun Kedah juga dipersembah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan mencadangkan calon baru menteri besar.

Di Alor Setar, persiapan untuk majlis tersebut bermula hari ini dengan raptai angkat sumpah bakal menteri besar, Adun Jeneri daripada PAS Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi
Ia bermula kira-kira pada pukul 10.55 pagi dengan ketibaan Sultan Sallehuddin, yang turut terlibat dalam raptai untuk esok.

Dalam satu notis kepada media daripada sumber polis, pada pukul tiga petang esok, setelah ketibaan Sultan Sallehuddin, setiausaha kerajaan negeri akan melafazkan surat pengisytiharan pelantikan menteri besar yang baru.

Semalam, kesemua 36 Adun Kedah menghadap Sultan Sallehuddin sebelum baginda memutuskan pelantikan menteri besar.

Difahamkan Mukhriz dan PAS juga akan mengadakan sidang media di Alor Setar esok.

Pada Februari 2016, ketika memimpin kerajaan BN di negeri itu, Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang majoriti sokongan di DUN. Tempatnya digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/mb-baru-kedah-sah-angkat-sumpah-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 394 hits
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Ment...
Jadual Angkat Sumpah Mb Kedah Baru Tersebar

Jadual Angkat Sumpah Mb Kedah Baru Tersebar

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 634 hits
Kedah siap sedia pemimpin PAS dilantik MB baru Satu jadual yang menyenaraikan upacara angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru esok tersebar dalam kalangan PAS yang dijangka kembali menerajui kerajaan negeri itu selepas kalah kepada Bari...
Alhamdulillah 10 Exco Kedah Selesai Angkat Sumpah Ini Portfolio Menteri Besar Dan Exco

Alhamdulillah 10 Exco Kedah Selesai Angkat Sumpah Ini Portfolio Menteri Besar Dan Exco

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 628 hits
10 EXCO Kedah angkat sumpahAlhamdulillah Selesai sudah Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman hari iniPortfolio Menteri Besar...
Sanusi Angkat Sumpah Jawatan Mb Kedah

Sanusi Angkat Sumpah Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 403 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman di Alor Setar Muhammad Sanusi 46 melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Ked...
Terkini Yab Tuan Hj Muhammad Sanusi Md Nor Adun Jeneri Angkat Sumpah Jawatan Mb Kedah Ke 14

Terkini Yab Tuan Hj Muhammad Sanusi Md Nor Adun Jeneri Angkat Sumpah Jawatan Mb Kedah Ke 14

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 874 hits
ALOR SETAR 17 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman di sini Muhammad Sanusi 46 melafaz sumpah memegang jawatan itu di hada...
Sanusi Angkat Sumpah Mb Kedah

Sanusi Angkat Sumpah Mb Kedah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 495 hits
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke 14 esok Difahamkan majlis angkat sumpah akan diadakan pada sebelah petang sebelum satu sidang media diadakan di K...
Sanusi Dari Pas Angkat Sumpah Mb Kedah Yang Baharu

Sanusi Dari Pas Angkat Sumpah Mb Kedah Yang Baharu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 636 hits
ALOR SETAR Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah hari ini Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Sallehuddin di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman petang tadi Sanusi meng...
66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 461 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menafikan ada orang yang mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah laknat pada 20 Disember tahun lepas dengan tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari tahu...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai