Mb Baharu Kedah Jamin Lantikan Politik Tidak Dianiaya




Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan akan menjalankan pemerintahan secara berhemah, adil dan saksama kepada semua pihak

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu berkata, tidak akan berlaku penganiayaan atau ketidakadilan terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan daripada kategori lantikan politik oleh kerajaan terdahulu


“Mengenai projek pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu, ada program yang akan kita teruskan, yang memerlukan penambahbaikan kita akan lakukan

“Ada juga sektor yang mungkin memerlukan kita tekan butang ‘total reset’.  Ini akan dilakukan dengan perhatian yang teliti dengan rakyat sebagai keutamaan,” katanya pada sidang media pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah ke-14 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini


Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri yang baharu juga akan sentiasa komited untuk bekerjasama dengan perdana menteri, jemaah menteri dan seluruh jentera kerajaan Persekutuan dalam mengurus tadbir negeri



“Di peringkat negeri, kami memahami peranan penting Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (KCS)  sebagai tulang belakang pemerintahan dan pentadbiran negeri, (justeru) peranan dan kedudukan KCS akan sentiasa dihormati,” katanya


Sementara itu, ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), Muhammad Sanusi berkata segala keputusan berhubung perkara itu telah diputuskan oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) peringkat pusat

“Memang kita ada bincang tapi senang sahaja, keputusan (pelantikan exco) pusat sudah buat jadi kita ikut sahaja dan tidak perlu berebut-rebut. Majlis pelantikan exco pula akan dilakukan secepat yang mungkin,” katanya

Mengenai cabaran yang dihadapi apabila dilantik sebagai menteri besar semasa dunia dilanda pandemik Covid-19, Muhammad Sanusi berkata beliau akan mengharungi segala kesukaran ini bersama rakyat

Katanya, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan wabak itu terutama peniaga kecil

Bagi pihak PAS dan PN Kedah pula, beliau berkata pihaknya menjunjung kasih kepada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang telah memperkenan pelantikannya  untuk memimpin kerajaan negeri yang baharu ini

“Saya juga amat harapkan kerjasama daripada seluruh kakitangan awam negeri dan Persekutuan untuk sentiasa berganding bahu dan bekerja keras memacu pertumbuhan ekonomi negeri

“Kepada menteri besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang kini berada di barisan pembangkang, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti kepada rakyat dan negeri yang telah dicurahkan sebelum ini,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/mb-baharu-kedah-jamin-lantikan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Jom Lihat Kronologi Politik Kedah Yang Bermula Februari Sehingga Berubah Kerajaan Baharu

Panas Jom Lihat Kronologi Politik Kedah Yang Bermula Februari Sehingga Berubah Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 358 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke 14 hari ini sekali gus menamatkan andaian dan teka teki mengenai perubahan kerajaan negeri ini Perubahan pentadbiran kerajaan Kedah se...
Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

Senarai Lantikan Ahli Parlimen Adun Pemimpin Politik Pengkhianat Nasional Ke Glc Dan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 350 hits
Umno 1 MP Jelebu Umno Dato Jalaluddin Alias Pengerusi UDA Holding2 MP Gerik Umno Dato Hasbullah Osman Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad3 MP Cameron Highlands Umno Dato Ramli Pengerusi Amanah Raya Berhad4 MP Padang Terap Umno Dato S...
Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 375 hits
Sidang media memperkenalkan barisan Exco Perikatan Nasional Kedah di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini ALOR SETAR Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ...
Sanusi Bakal Mb Kedah Baharu

Sanusi Bakal Mb Kedah Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 357 hits
Noorazura Abdul Rahmanam hmetro com myMUHAMMAD Sanusi bersama ahli ahli DUN Kedah ketika mengadakan sidang media mengenai kepimpinan Menteri Besar Kedah yang hilang sokongan majoriti di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut FOTO AMRAN HAMIDK...
Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 299 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke 14 dan majlis pelantikannya akan berlangsung hari ini Beliau adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah dan menduduki jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 P...
Sanusi Dari Pas Angkat Sumpah Mb Kedah Yang Baharu

Sanusi Dari Pas Angkat Sumpah Mb Kedah Yang Baharu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 546 hits
ALOR SETAR Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah hari ini Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Sallehuddin di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman petang tadi Sanusi meng...
Kronologi Kemelut Politik Kedah

Kronologi Kemelut Politik Kedah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 263 hits
24 Februari Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan 27 Februari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan
Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 395 hits
Perikatan Nasional dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperolehi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri mencukupi hari ini Sumber memaklumkan dua ADUN dari PKR iaitu ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Rob...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024