Mayat Nelayan Ditemukan Dalam Bilik Jentera Bot Karam
Mayat mangsa tiba di Jeti Maritim Bukit Malut untuk pengecaman sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. – Foto Maritim Kedah/Perlis
LANGKAWI – Mayat nelayan yang hilang selepas bot dinaiki 17 nelayan warga Thailand karam di perairan Pulau Payar pada Isnin ditemukan pada jam 12.05 tengah hari Selasa.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, mayat mangsa, Phanu Tarurak, 27, ditemukan dalam bahagian bilik jentera bot yang karam itu.
Menurutnya, seramai empat penyelam bebas melakukan kerja-kerja menyelam ke dasar laut sekitar jam 11 pagi untuk menjejaki mangsa disyaki terperangkap dalam bot karam.
“Ketika operasi pencarian menyelam itu, satu mayat ditemukan di kawasan kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat dilakukan penyelam sejurus itu dan operasi terbabit ditamatkan jam 2 petang Selasa.
“Operasi Carilamat itu dimulakan seawal jam 8 pagi dengan penglibatan sebuah aset Maritim, bot Perkasa 1225 dan lima bot nelayan tempatan,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Selasa.
Mohd Zawawi memaklumkan keluasan sektor operasi pencarian merangkumi kawasan seluas 2.8 batu nautika.
“Mayat mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Bukit Malut menggunakan bot Perkasa 1225. Sejurus tiba di jeti pada jam 1.10 tegah hari, pengecaman mayat dilakukan oleh majikan dan diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Mayat mangsa tiba di Jeti Maritim Bukit Malut untuk pengecaman sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. – Foto Maritim Kedah/Perlis
Dalam kejadian jam 10.40 pagi Isnin, kesemua nelayan berusia antara 27 hingga 57 tahun itu sedang menangkap hasil laut pada kedudukan 5.0 batu nautika dari barat laut Pulau Payar.
Seramai 16 mangsa termasuk tekong sempat diselamatkan nelayan tempatan sebelum dipindahkan ke bot penyelamat.
Seorang daripada mangsa terselamat dilaporkan cedera di tangan dan dada manakala seorang hilang.
Mohd Zawawi berkata, bot terbabit dilaporkan mengalami kerosakan selepas ‘seawater inlet hose’ tercabut menyebabkan air masuk ke bahagian bilik jentera sehingga bot tenggelam dalam masa singkat.
Mayat nelayan ditemukan dalam bilik jentera bot karam
Baca Artikel Menarik:
Kereta Shuk terbabas masuk parit (Video)
Wordle jadi kegilaan global sehingga jenama hebat terpengaruh
Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating
Gadis tudung hijau disamakan dengan watak lucah buat laporan polis
PRN Johor: ‘Bertanding atau tidak saya tetap buat kerja’
Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]
Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
Tulang belakang anak bengkok 40 darjah, galas beg berat
Siapa sebenarnya salah guna kuasa, ‘gelapkan’ duit?
Kapal Genting Hong Kong kena rampas
Netizen kecam Sajat pakai bikini nampak ‘burung’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]
Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia
The post Mayat nelayan ditemukan dalam bilik jentera bot karam appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/08/mayat-nelayan-ditemukan-dalam-bilik-jentera-bot-karam/