Maya Karin Jual Burger Bakar Dapat Sambutan Ramai Siap Dapat 60 Order
Wah! Pelbagai jenis bisnes yang diusahakan oleh artis Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kan? Lagi-lagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru jer mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
Last week buat burger bakar untuk jiran2, ramai yg rekomen kat kawan2 dan family. Ramai pulak yang tanya nak lagi, “boleh beli tak?” Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni. 😀
Semalam order masuk utk staff office sampai 24 burger. Hari ni, order 60 sekali!! #burgerbakar pic.twitter.com/a8iJ1cX3a0— Maya Karin (@maya_karin) April 10, 2020
Apa yang lebih menarik kali ini adalah seorang pelakon yang bernama Maya Karin memanfaatkan waktu ini dengan menjual burger bakar. Nampak sedap tu gais. Baru-baru ini, Maya memuatnaik satu posting di Twitternya, @maya_karin dengan memakai apron di salah sebuah kedai burger.
Last week buat burger bakar untuk jiran-jiran, ramai yang rekomen kat kawan-kawan dan family. Ramai pulak yang tanya nak lagi, "boleh beli tak?" Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni. Semalam order masuk untuk staff office sampai 24 burger. Hari ni, order 60 sekali!!
Pada mulanya, burger bakar yang dihasilkan oleh Maya Karin itu hanya untuk jiran-jirannya tetapi secara tiba-tiba air tangannya mendapat sambutan orang ramai tau! Siap dapat 60 order gais.
Alhamdulillah. Ohmedia pun nak juga Maya! Hehe. Menurut pandangan Ohmedia, artis macam ni lah kita nak sebab dia tak rasa malu pun untuk melakukan seperti ni dan bukannya meminta bantuan khas daripada kerajaan sampai cari gaduh dengan netizen.
OHMEDIA: TERBAIKLAH MAYA! SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI SELALU.
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca minat Maya Karin di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/04/maya-karin-jual-burger-bakar-dapat.html