Maverick Si Kucing Down Syndrome Kisah Hidupnya Yang Pilu Kini Sudah Bertuan
Kebanyakan penggemar kucing pastinya akan memilih kucing-kucing yang memiliki bulu yang lebat, gebu, comel dan sebagainya. Cuma hanya ada segelintir sahaja yang tidak memilih rupa yang terdapat pada seekor kucing tersebut.
Lain pula cerita bagi wanita ini apabila dia sanggup menerima seekor kucing yang agak unik serta ganjil untuk dibelanya ini.
Kisah Maverick, seekor kucing Down Syndrome
Kisah seekor kucing yang bernama Maverick ini terjadi pada bulan Ogos 2019 yang lalu. Maverick ini telah diserahkan kepada pusat jagaan haiwan New York oleh tuannya sendiri ketika dia berumur 6 bulan.
Difahamkan, tuan kepada Maverick ini terpaksa menyerahkannya kepada pusat jagaan atas sebab alahan.
Malangnya, pusat jagaan itu dikhabarkan telah penuh dan jika Maverick pilih untuk tinggal disitu juga, Maverick berkemungkinan terpaksa ditidurkan buat selamanya.
Nasib menyebelahi Maverick apabila seorang pekerja di pusat jagaan tersebut tidak sampai hati untuk melihat Maverick mati dan berusaha mencari jalan untuk menyelamatkannya.
Maverick disahkan lahir dengan chromose yang berlebihan. Keadaan ini sama dengan Down Syndrome yang lazimnya berlaku kepada manusia.
Maverick adalah seekor kucing yang unik dan memerlukan persekitaran yang boleh menyediakan keperluan istimewa untuknya membesar dengan selamat.
Pekerja di pusat jagaan tersebut telah bertindak menghubungi pengasas The Odd Cat Sanctuary iaitu Tara Kay bagi menyelamatkan Maverick.
The Odd Cat Sanctuary ini adalah sebuah pusat perlindungan haiwan NGO yang terkenal dengan dedikasi dalam membantu kucing-kucing yang memerlukan keperluan khas.
Apabila kes Maverick ini berjaya menarik perhatiannya, dia terus menerima Maverick ke pusat perlindungannya tanpa ragu-ragu.
Nasib Maverick kini terbela apabila dia menjadi salah satu ahli keluarga pusat jagaan tersebut dan telah mendapat rumah untuk didiaminya buat selamanya.
Sumber: National Kitty
The post Maverick Si Kucing ‘Down Syndrome’, Kisah Hidupnya Yang Pilu Kini Sudah Bertuan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/14/maverick-si-kucing-down-syndrome-kisah-hidupnya-yang-pilu-kini-sudah-bertuan/