Matinya Angsa Bertelur Emas Itu


oleh Ab Jalil Backer
DALAM tempoh enam bulan pertama Pakatan Harapan memerintah, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) telah merosot sebanyak AS$6.6 bilion. Ini bersamaan dengan hampir RM27.4 bilion.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia ialah AS$87.6 juta. Pada 2017, Rizab BNM meningkat dari AS$95 bilion kepada AS$101 bilion.
Apabila Najib meninggalkan jawatan Menteri Kewangan dan perdana menteri, Rizab Antarabangsa BNM ialah AS$109.5 bilion (data pada 30 April 2018).
Rizab Antarabangsa BNM merosot kepada AS$108.5 bilion pada 31 Mei 2018. Ini berlarutan pada bulan-bulan seterusnya, iaitu kepada AS$104.7 bilion (Jun 2018), AS$104.5 bilion (Julai 2018), AS$104.4 bilion (Ogos 2018) dan terkini AS$103.0 bilion (September 2018).
Sehingga 15 Oktober lalu, Rizab Antarabangsa ini menyusut lagi kepada AS$102.8 bilion. Ini bermakna dalam tempoh dua minggu sahaja rizab BNM susut sebanyak AS$200 juta. Jika trend ini berterusan, tidak mustahil negara akan berhadapan satu lagi krisis kewangan seperti 1997.
Tiada siapa yang tampil membuat penjelasan mengapa berlaku kemerosotan yang begitu ketara. Apakah wang tersebut digunakan untuk mempertahankan nilai Ringgit yang menyusut atau jumlah eksport kita berkurangan terlalu banyak dalam masa lima bulan ini?
Pada Ogos 2018, BNM merendahkan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara untuk tahun ini dari 5.5 – 6% kepada 5%. Sebahagian penganalisis ekonomi melihat jangkaan ini juga sukar dicapai kerana pertumbuhan ekonomi dalam suku kedua hanya pada kadar 4.5%.
Tindakan kerajaan membatalkan beberapa projek besar, meminda dan menukar banyak kontrak lain dan kegagalan menarik pelaburan asing dalam misi perdagangan beberapa bulan ini dilihat sebagai masa depan yang suram kepada ekonomi negara.
Selain pertumbuhan ekonomi, kedudukan Ringgit juga turut menjadi tanda tanya. Sebagai negara pengeksport minyak mentah kedudukan nilai mata wang negara banyak bergantung kepada harga minyak mentah dunia.
Secara mudah apabila harga minyak mentah dunia naik, maka nilai Ringgit pun akan mengukuh kerana kita mendapat banyak mata wang asing dan ada permintaan yang banyak kepada Ringgit. Justeru sangat misteri apabila harga minyak dunia telah naik sehingga AS$74 setong, namun nilai Ringgit terus merosot kepada RM4.17 berbanding Dollar AS.
Sekadar perbandingan ringkas, pada Jun 2015 ketika harga minyak mentah dunia AS$60 setong, Ringgit diniagakan pada nilai RM3.78 berbanding Dollar AS. Pada awal Januari 2018, ketika harga minyak dunia naik kepada AS$60 setong, Ringgit mengukuh kepada RM3.89 berbanding Dollar AS.
Alasan ada kejatuhan mata wang serantau tidak relevan kerana mata wang serantau mempunyai alunan ekonomi yang berlainan. Fakta yang relevan ialah jarang sekali Ringgit Malaysia berterusan lemah ketika harga minyak mentah dunia melebihi AS$60 setong.
Justeru apakah yang menyebabkan ekonomi negara menjadi suram dan seolah-olah akan mengalami krisis pada tahun hadapan?
Kerajaan Malaysia berhadapan krisis kebolehpercayaan (deficit of trust). Pelabur sedia ada memilih jalan berhati-hati berhadapan polisi tidak menentu kerajaan baharu ini. Ia bukan sahaja dalam polisi ekonomi dan pentadbiran, malah juga kestabilan politik.
Kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dari parti yang hanya mempunyai 13 kerusi telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur mengenai kestabilan politik negara.
Pelabur Timur Tengah, China dan Jepun menunggu dengan penuh debar apa polisi dan perancangan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Mahathir dan Anwar mempunyai pemikiran politik yang berbeza. Dr Mahathir cenderung kepada Jepun, Anwar cenderung kepada Amerika Syarikat.
Keadaan ekonomi negara pasca 9 Mei 2018 mengingatkan penulis mengenai satu cerita turun-temurun yang telah melalui pelbagai rekayasa. Ia sangat sesuai dengan keputusan rakyat pada 9 Mei lalu.
Pada suatu masa dahulu terdapat sepasang suami isteri yang hidup sederhana hasil daripada seekor angsa yang bertelur emas dalam jangka masa tertentu. Pada suatu hari mereka menjadi tamak dan menyangka angsa tersebut mempunyai lebih banyak emas tetapi menyembunyikan di dalam badan.
Atas ketamakan mereka menyembelih angsa tersebut bagi tujuan mendapatkan lebih banyak telur emas dengan cepat. Malangnya tiada telur emas dalam badan angsa tersebut kerana proses menghasilkan telur emas tidak semudah yang disangkakan. Akhirnya mereka menjadi papa kedana kerana tiada lagi angsa bertelur emas itu.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)
SINAR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/10/29/matinya-angsa-bertelur-emas-itu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pada Hari Itu Universiti Kami Dikepung Polis

Pada Hari Itu Universiti Kami Dikepung Polis

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 286 hits
Pada 8 Disember 1974 seramai 1 200 anggota polis telah melancarkan serbuan di kampus kampus universiti dalam satu operasi untuk menangkap pemimpin pemimpin dan aktivis akvitis mahasiwa yang terlibat dalam satu demonstrasi besar di Kuala Lum...
Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 460 hits
Bukan nak makan ubat sangat pun tapi bila kaum isteri demam dia cuma harapkan suami tersayang ambil berat tentangnya atau paling tidak temankan dia makan bersama Itulah tandanya dia sangat dahagakan kasih sayang suami nak suami belai dan me...
Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat

Pihak Polis Dedahkan Punca Utama Warga Asing Itu Melanggar Wan Amirah Dan Mereka Sebenarnya Tiada Niat

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM Polis tidak menolak kemungkinan kejadian langgar lari di Shafbury Square Cyberjaya pada Khamis lalu berpunca daripada tindakan suspek tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan di premis berkenaan Pihak Polis Dedahkan Punca Ut...
Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 459 hits
Dah banyak kali aku berdepan dengan situasi pemandu teksi bodoh sombong di KL terutamanya Kali ini panas lagi di Johor pagi tadi Aku ke pusat teksi minta hantar jauh destinasi 20km Katanya RM25 Aku minta kurang dia kata tak jadi pun tak ape...
Apakah Itu Keluarga Sunnah

Apakah Itu Keluarga Sunnah

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 477 hits
Assalamualaikum hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL Sabtu lepas Baca jgn scroll je rugi besar kalau tak baca sampai habis sgt...
Gambar Itu Gambar Baru Kecoh Fasal Intan Liana Buka Tudung Netizen Cari Bukti

Gambar Itu Gambar Baru Kecoh Fasal Intan Liana Buka Tudung Netizen Cari Bukti

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 663 hits
Semalam kecoh di media sosial apabila bekas isteri pemuzik bebas Ude Wahid Intan Liana Salih dikatakan telah menyertai sebuah program tarian dan membuka tudung GAMBAR Itu Gambar Baru Kecoh Fasal Intan Liana Buka Tudung Netizen Cari Bukti
Sebab Itu Lah Pentingnya English Education Dah Tanggung Jawap Kena Lah Tau

Sebab Itu Lah Pentingnya English Education Dah Tanggung Jawap Kena Lah Tau

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 321 hits
Sebab Itu Lah Pentingnya English Education Dah Tanggung jawap Kena Lah Tau Sebab Itu Lah Pentingnya English Education Dah Tanggung jawap Kena Lah Tau
Apakah Jatuh Cinta Itu Rezeki

Apakah Jatuh Cinta Itu Rezeki

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 461 hits
ARTIKEL KE 869 JATUH CINTALAH KARENA CINTA ITU REZEKI Mungkin para jomblowers sering bertanya pertanyaan ini Mengapa orang menikah Toh banyak yang tak menikah hidupnya baik baik saja Yang penting bisa makan cukup duit buat bertahan hidup da...
Model Cantik Yang Kecelakaan Dengan Suaminya Orang Itu Meninggal Dunia Di Rs Madiun

Model Cantik Yang Kecelakaan Dengan Suaminya Orang Itu Meninggal Dunia Di Rs Madiun

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 442 hits
Rini Puspitasari alias Rindu Puspita ladies companion cantik korban kecelakaan maut dengan selingkuhannya di Sarangan Magetan Sabtu lalu meninggal dunia Sempat sepekan bertahan perempuan cantik yang mengemudikan Honda CRV dan terjun ke jura...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Kumpul Duit Untuk Melancong

Ter Untuk Anak Bonda

Pgslot 30 24 Pgslot Top 93 By Corine Pgslot Hongkong456 Co

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal