Mati Lemas Adakah Dikira Mati Syahid



Kita sering mendengar tentang mati syahid – biasanya orang yang mati di medan perang dipanggil sebagai mati syahid. Namun adakah mati lemas atau mati terbakar juga dikira sebagai mati syahid?
Maksud Mati Syahid
Syahid dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab ‘sya-hi-da’ (شهد), yang bermaksud bersaksi atau hadir. Antara maksud syahid sebagaimana dikatakan oleh Ibnul Ambari ialah:
لِأَنَّ اللَّه تَعَالَى وَمَلَائِكَته عَلَيْهِمْ السَّلَام يَشْهَدُونَ لَهُ بِالْجَنَّةِ . فَمَعْنَى شَهِيد مَشْهُود لَهُ
“Kerana Allah Ta’ala dan malaikatnya ‘alaihimus salam menyaksikan orang tersebut dengan syurga. Makna syahid di sini adalah disaksikan untuknya.” (Syarh Shahih Muslim, 2/142, juga disebutkan dalam Fath Al-Bari, 6/42).
Jenis-Jenis Kematian Yang Dikira Sebagai Mati Syahid
Daripada Sa’id bin Zaid R.A, sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Maksudnya: “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid.”
Riwayat Ahmad (1652), Abu Daud (4772), al-Nasa’ie (4095) dan al-Tirmizi (1421). At- Tirmidzi berkata: Hadis hasan sahih
Imam al-Munawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata: Syahid di sini ialah syahid akhirat, bukanlah syahid dunia (di mana ia tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya). (Lihat Faidh al-Qadir, 6/195)
Dari Abu Hurairah R.anhu, Rasulullah SAW bersabda,
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Orang yang mati syahid ada lima, yakni orang yang mati kerana tho’un (wabak), orang yang mati kerana menderita sakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati karena tertimpa reruntuhan dan orang yang mati syahid di jalan Allah.”
(HR. Bukhari, no. 2829 dan Muslim, no. 1914)
Ada pula riwayat yang lain menambah bahawa mereka yang mati ketika melahirkan juga tergolong dalam mati syahid.

Dari Jabir bin ‘Atik R.anhu, Nabi SAW bersabda,
الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ
“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah ‘azza wa jalla itu ada tujuh orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa reruntuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan (dalam keadaan nifas atau dalam keadaan bayi masih dalam perutnya, pen.) adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadis ini sahih. Lihat keterangan ‘Aun Al-Ma’bud, 8/275)
Daripada keterangan hadis di atas dapatlah kita mengetahui bahawa jenis-jenis kematian yang dikira sebagai mati syahid antaranya:
1. Mati kerana wabak (contohnya wabak taun)
2. Mati kerana menderita sakit perut/ luka pada lambung
4. Mati ditimpa runtuhan
5. Mati lemas
6. Mati terbakar
7. Wanita yang mati kerana melahirkan
8. Mereka yang mati kerana mempertahankan agama, diri, keluarga dan harta
Ibnu Hajar membahagikan golongan yang mati syahid ini kepada dua bahagian:
1. Syahid Di Dunia Dan Di Akhirat
Iaitu mereka yang meninggal di medan perang kerana menghadapi musuh. Golongan ini jenazah mereka tidak perlu dimandikan dan boleh jika tidak disolatkan.
Anas bin Malik R.anhu menceritakan,
أنّ شهداء أُحد لم يغسّلوا، ودفنوا بدمائهم، ولم يُصَلَّ عليهم؛ غير حمزة
“Para syuhada perang Uhud tidak dimandikan, mereka dikuburkan bersama darahnya, tidak disolatkan, selain Hamzah.” (Sahih Sunan Abu Daud no. 2688).
2. Syahid Di Akhirat
Syahid di bawah kelompok ini adalah seperti yang telah diterangkan di atas (mati kerana wabak, sakit perut, lemas dan sebagainya). Syahid jenis ini disebut sebagai syahid akhirat kerana pengurusan jenazahnya masih tertakluk sebagaimana jenazah bagi kematian yang biasa di dunia. Mereka perlu dimandikan, disolatkan dan dikafankan.
Semoga penerangan ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang hal yang sangat dekat dengan kita iaitu kematian. Sesungguhnya orang yang mati syahid bukan sahaja diampunkan semua dosa mereka (kecuali hutang), malah mendapat ganjaran yang tinggi nilainya di sisi Allah.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Mati Lemas, Adakah Dikira Mati Syahid? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/mati-lemas-adakah-dikira-mati-syahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suri Rumah Kemurungan Ditemui Mati Lemas

Suri Rumah Kemurungan Ditemui Mati Lemas

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 380 hits
SHAHRULANOOR ISHAK 01 Februari 2019 3 53 PM KUANTAN Seorang suri rumah dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati lemas di Tasik Taman Bandar Indera Mahkota di si
Hukum Berkenaan Adakah Batal Solat Jika Air Liur Terkena Pada Pakaian

Hukum Berkenaan Adakah Batal Solat Jika Air Liur Terkena Pada Pakaian

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 463 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaHukum Berkenaan Adakah Batal Solat Jika Air Liur Terkena Pada PakaianHukum Berkenaan Adakah Batal Solat Jika Air Liur Terkena Pada PakaianCredit pic Soalan Jika air liur atau seluak susu bayi terkena baju seluar adak...
Dua Tiga Hari Ini Macam Pelik Sikit Dengan Kelakuan Dia Luahan Ibu Bayi Ditemui Lemas Tersembam Dalam Baldi

Dua Tiga Hari Ini Macam Pelik Sikit Dengan Kelakuan Dia Luahan Ibu Bayi Ditemui Lemas Tersembam Dalam Baldi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 593 hits
Dua tiga hari ini macam pelik sikit dengan kelakuan dia Ibu bayi ditemui lemas tersembam dalam baldi Bayi lelaki yang ditemui lemas di dalam baldi di rumah keluarganya kerap berulang alik ke bilik air dan menunjukkan beberapa kelakuan pelik...
Trafik Blog Jatuh Mendadak Adakah Disebabkan Oleh Sumber Trafik Yang Banyak Dari Israel

Trafik Blog Jatuh Mendadak Adakah Disebabkan Oleh Sumber Trafik Yang Banyak Dari Israel

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 354 hits
Trafik blog jatuh mendadak Adakah disebabkan oleh sumber trafik yang banyak dari Israel Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza terus berkongsi cerita Beberapa bulan kebelakangan ni Fiza perasan yang trafik blog Fiza tur...
Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 339 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 31 Januari 2019 8 30 PM KLANG Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas di tasik Bandar Puteri di sini petang tadi
Hukum Berkenaan Adakah Najis Tompokan Darah Selepas Berbekam

Hukum Berkenaan Adakah Najis Tompokan Darah Selepas Berbekam

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 323 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaHukum Berkenaan Adakah Najis Tompokan Darah Selepas BerbekamHukum Berkenaan Adakah Najis Tompokan Darah Selepas BerbekamCredit pic Soalan Setelah berbekam saya dapati banyak tompok kecil darah pada baju Adakah ia naj...
Adakah Ini Kerajaan Maqasid Syariah Acuan Ph

Adakah Ini Kerajaan Maqasid Syariah Acuan Ph

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 257 hits
KOTA BHARU Pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai penajaan sepenuhnya lawatan rasmi pegawai kanan Polis Diraja Malaysia ke Turki oleh syarikat judi Da Ma Cai telah membuka mata rakyat bentuk sebenar kerajaan Maqasid Syariah acuan...
Adakah Sudah Boleh Login Akaun Tabung Haji Online

Adakah Sudah Boleh Login Akaun Tabung Haji Online

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 958 hits
Adakah Sudah Boleh Login Akaun Tabung Haji Online Boleh buka akaun Tabung Haji di Maybank CIMB Bank Islam Banka Rakyat atau Pejabat Pos Ramai yang bertanya kepada Mypt3 sebenarnya boleh atau tidak login Tabung Haji online sekarang ini Seben...
Prk Semenyih Calon Ph Tidak Disenangi Adakah Calon Akan Ditukarkan Menjelang Penamaan Esok

Prk Semenyih Calon Ph Tidak Disenangi Adakah Calon Akan Ditukarkan Menjelang Penamaan Esok

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 458 hits
Protes Terhadap Calon Mungkinkah Berlaku Kejutan Dalam Kem Pakatan Harapan Esok Semalam calon mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil N24 Semenyih diperkenalkan Bagaimanapun kurang 24 jam calon diperkenalkan suara suara tidak puash...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba