Mata Bayi Berair Dan Bertahi Video Urut Mata Bayi
Anak korang pernah ada pengalaman mata bayi berair dan bertahi mata tak? Anak kelima saya ni sejak lahir lagi mata kirinya dah nampak berair. Bila berair, lama kelamaan ianya akan jadi bertahi mata kekuningan.
BACA > Pengalaman bersalin anak ke 5
Dah nampak comot sangat. Setiap hari mesti kene cuci dengan kain dibasahkan air suam. Sebab kalau lap tanpa letak air, nanti matanya jadi merah melecet. Kesian saya tengok.
Saya buntu juga sebab ingatkan ianya akan hilang dalam masa beberapa hari. Tapi masih juga berair sampailah umurnya 5 bulan. Lama kan? Selama itu jugalah kami kene selalu cuci matanya.
Pelbagai tips saya cuba
Macam-macam dah saya buat, cuci dan lapkan dengan tuala yang diletak air suam, titiskan susu badan dalam matanya, tapi tetap matanya masih berair.
Ada orang kata bagi minum air kelapa sebab panas dalam ni, tapi saya tak cuba pun petua tu. Setiap kali jumpa doktor untuk check up Ammar, doktor kata ianya bukanlah perkara serius dan titikkan je ubat mata yang diberikan doktor. Tapi saya tak titiskan pun ubat tu, degil punya mak ko ni ya hahaha.
Mata bayi bertahi disebabkan saluran ditepi mata yang tersumbat
Nasihat doktor tentang mata bayi berair
Sehinggalah satu hari tu saya bawa Ammar ke klinik sebab nak dapatkan imunisasi 5 bulan Ammar. Doktor perempuan ni kata baby dia pun pernah ada pengalaman macam ni dulu. Tapi apa yang saya suka adalah penerangan doktor ni sangat details tak macam doktor yang saya jumpa sebelum tu.
Apa yang sebabkan mata tu bertahi adalah kerana disebabkan saluran tepi mata yang tersumbat dan menyebabkan mata berair dan terjadilah bentukan tahi mata. Barulah saya faham, sebab saya tak pernah google tentang ni.
Jadi apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah :-
Bersihkan mata bayi dengan kain lembut dan gunakan air suam. Lap mata bayi dengan hati-hati dan lakukannya 2 kali sehari.
Gunakan jari anda dan urut bahagian tepi dan bawah mata bayi, dan di batang hidung mereka.
Lakukan dengan hati-hati dengan lembut dan sebaiknya supaya tidak tercucuk dalam mata bayi anda.
Itulah ikhtiar saya lakukan. Dan doktor ada bagitau jangan risau sangat kalau mata bayi berair ni sebab bila bayi membesar, saluran airmata ini akan turut membesar dan ianya akan kembali normal seperti anak-anak lain.
Tapi jika ianya masih berterusan, minta korang jumpa terus dengan doktor ya. Dan jangan lupa sentiasa berdoa dan ikhtiar.
Ammar dah pun 8 bulan, dah elok pun matanya tu
Dan Alhamdulillah bulan ni genap umur Ammar 8 bulan, dan saya perasan bila umur Ammar dah masuk 6 bulan masalah mata bayi berair sudah mula tiada, Alhamdulillah.
Berkesan nampaknya urutan yang saya amalkan untuk baby Ammar.
Cara urut mata bayi berair
Saya kongsikan juga cara saya urutkan mata kiri Ammar ya. Urut perlahan dan jangan terlalu kuat risau menyakitkan mata anak korang. Berkesanlah cara ni nampaknya kan.
Kene rajin dan konsisten urut mata bayi berair ni. Tapi saya ingatkan lagi jangan urut terlalu kuat ya. Just perlahan-lahan je. Urutan ni diajar oleh doktor perempuan yang bagi nasihat berkesan tu.
Alhamdulillah bagi saya urutan ni memang menjadi. Dan kene rajin je lah untuk buat atau tidak. Saya selalu buat selepas anak mandi atau sambil tengok tv gitu.
Pada saya selagi cara tu tidak memudaratkan atau mencederakan anak, kita boleh je usahakan. Siapa tak sayang anak wei. Binatang pun tau sayang anaknya kan.
Tapi kan, lamanya ibu Ammar nak publish entri ni ya hahahha. Dari umurnya kecik sampailah dah 8 bulan, barulah sempat nak publish. Huhu memang lama.
kira oklah sebab dah nampak kesan sebelum dan selepas urut gitteww!!! Itulah orang kata lain anak, lain pengalamannya. Sebab anak saya yang lain belum pernah ada pengalaman macam ni. Hmm apapun semoga anak ibu ni membesar dengan baik dan sihat.
The post Mata bayi berair dan bertahi | Video urut mata bayi appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/10/cara-video-urut-mata-bayi-yang-berair-bertahi-mata.html